bertunang






bertunang.
satu fasa manis yang mana kebanyakan dari kita akan tempuh sebelum meneruskan langkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan.orang kata, semasa di dalam fasa pertunangan ni, darah sedang manis. dan orang selalu bilang, banyak dugaannya yang akan kita tempuh nanti. dugaannya lebih besar lagi dari yang sebelumnya.

well.. ya tak dapat dinafikan sebenarnya dugaan semasa di dalam fasa pertunangan ini adalah lebih hebat lagi. malah, kalau kita gagal mengawal emosi, kalau kita gagal mentadbir perasaan sendiri, juga perasaan tunangan kita, perselisihan yang kecil boleh membawa kepada berantakan bahkan boleh membawa kepada runtuhnya sebuah janji yang termeterai beriring tepak sirih dan gelung emas yang tersarung di jari. sudahnya, semua yang dirancang tidak menjadi. syaitan yang sepatutnya menangis tidak lama lagi pun, mula bersorak gembira. maklumlah, putus sudah janji, dan anak adam tidak jadi bergoncang jabat melafaz akad. 

tipikal orang kita sering saja mengaitkan kejadian putus tunang dengan dugaan berat yang harus ditangani oleh pasangan yang ingin bernikah. errr.. macam mana nak cakap ek. ye la, kadang-kadang kebanyakan dari kita skip satu step. tak mahu bertunang, kononnya mahu elakkan kejadian yang seperti ini. putus tunang. didebatkan hal ini dengan arjuna hati semalam. 

meh sini nak share, pandangan peribadi dua manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari khilaf dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari tuhan, manakala yang tidak itu berpunca dari kelemahan diri kami sendiri. 

pertama.
pada pandangan aku la kan. dugaan yang kita tanggung ketika fasa pertunangan adalah lebih berat sebab selangkah kaki kita sudah cecah pun ke fasa yang satu lagi iaitu fasa pernikahan. sikit je lagi kita akan buat semua syaitan menangis. jadi, syaitan berusaha dengan lebih gigih pada waktu ini. membisikan amarah dan perasaan kurang sabar ke dalam hati kita. atas sebab itu lah pasangan yang bertunang ni selalu bercakaran, banyak berselisih pendapat. jadi, kita ni perlu ingatkan diri sendiri balik untuk lebih sabar dalam menangani masalah yang datang. bukan main terus naik darah je. 

kedua.
yang ini pandangan pihak yang satu lagi.
dugaan tetap dugaan. masalah tetap masalah. masa zaman sebelum bertunang pun, ada je isu yang menjadi punca kepada perbalahan. cuma, apa yang berbeza, semasa di dalam fasa pertunangan ni, pasangan itu lebih banyak terlibat dalam perbincangan yang membawa kepada suatu keputusan. fasa bertunang ni menuntuk kita untuk membuat banyak keputusan. belum lagi masuk cerita campur tangan dan pandangan keluarga. setiap keputusan harus ditimbangkan dengan sewajarnya. kadang-kadang kita nak macam ni, tunang kita nak yang macam tu. family nak yang macam lain pula. keadaan ini menimbulkan situasi yang kurang senang kepada pasangan. so, sebenarnya tak timbul isu putus tunang sebab dugaan berat. pokok pangkalnya diri sendiri. penyebabnya diri sendiri. kalau tak bertunang, terus kahwin pun sebenarnya dugaan yang harus ditempuh tu serupa saja. 

so.. 
kesimpulannya di sini, jangan takut untuk menempuhi fasa pertunangan. bukankah bertunang itu juga salah satu perkara yang dianjurkan dalam agama? berkhitbah namanya kalau aku tak silap. 

kalau putus di pertengahan jalan tu, bukan sebab bertunang. jangan pulak kita lekatkan dalam fikiran kita begini:

"sebab bertunang punya pasal la ni. kalau nikah terus kan tak jadi macam ni"

kita kembali kepada qada dan qadar tuhan. sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu terletak ditangannya. ada hikmahnya di sebalik jalan cerita yang tercatat di dalam kalam takdir kita. have faith.


p/s: pendapat korang cemane?
p/s/s: opah selalu cakap, jangan nak ingkey sangat.

Ulasan

shahirahkhairudin berkata…
keh keh keh. bahasa org perak. jangan ingkey = jangan suke benor.
Rara berkata…
yup setuju..
if putus tunang jgn salahkan sebab
bertunang pulak..
adoyaii
Unknown berkata…
pada sy, bertunang ke apa ke. sama je. x bertunang pun gaduh, bertunang lagilah gaduh. yg penting cara cemana kita tangani sesuatu masalah tu bersama. semuanya back to Islam. kalau kita letak Allah di hati, selamat Insyaallah. tp kalau hati kosong, tu yg kacau tu. Wallahualam.
Cob Nobbler berkata…
cc Khairul Fahmi Che Mat.
Azira Y berkata…
agree with you :)
Kaki Merapu berkata…
gua pun naik seriyaw, masyarakat kita macam "NAK" sangat tgk org bertunang putus di tengah jalan, cthnya

"eh tak baik tunang lama2 xelok" bukankah ini negative(ya aku tau agama kita suruh cepatkan, kalau boleh smua org nak cepat..hahahaha...)...
Wadi AR berkata…
lg satu, tunang ni kne diam diam. kawen baru dihebohkan
norinaomar berkata…
saya pernah melaluinya dua kali dan ini masuk kali kedua..sesungguhnya perit apabila putus di tengah jalan dan saya hanya berpegang yang Allah temukan kita dengan orang yang silap supaya kita akan jumpa orang yang tepat satu hari nanti.
bergaduh dan bercakaran itu bukan saja masa bertunang,sedangkan lidah lagi tergigit...

satu saja yang saya ingin kongsikan,bersederhanalah untuk tiap sesuatu..kalau kita sedang bercinta atau bertunang,tak semua perlu kongsikan..less is more.
narjihahmuslim berkata…
pernah terfikir untuk bertunang dalam jangkamasa yang agak lama. mungkin 4taun maybe. but after bace ni, rase teragak-agak. tapi bile fikir-fikir balik, pokok pangkal hati,kan? tak kire la bertunang ke, tak bertunang ke, kawen terus ke, tapi hati tetap pada orang yang kita pilih tu. :)
AsyieqiN Rkey berkata…
waa..penah pts tunang....klu dah takde jodoh tu..kawen pon leh cerai ni kan plak tunang ye dak?
Nora Nadira berkata…
betul :) bertunang adalah menghitbah seseorang itu. kenal hati budi beliau. bila dah putus tunang, jgn salahkan fasa pertunangan tu. berbalik pada jodoh yang Allah tentukan. kadang2 Allah temukan kita dengan org yang salah sebelum kita jumpa dgn yang sebenarnya menjadi separuh dari kita. :) Salam Ramadhan.
Dunia Mommy Comel berkata…
bertunang memang banyak dugaan,terlalu banyak halangan dan perkara yang sape2 xkan duga terjadi,ia mmg menyakitkan dan paling sedih bila kita spt xda perhatian..kewujudan kita xpenah di hiraukan..bila dah xda baru nak mencari..(bercakap berdasarkan pengalaman) apa2pun sebelum putuskan untuk adakan ikatan pastikan betul2 bersedia n jgn lame..bahaya..takut hubungan sekerat jalan
Dunia Mommy Comel berkata…
@Nora Nadira

saya cuba berfikiran seperti kamo...huhu
Tanpa Nama berkata…
yes,sy mmg setuju yg bertunag lama2 ni tak elok sgt. but whatever happenned,we could always turn the negative things to the positive one.mybe we should grateful sume yg buruk2 tu jd masa btunang,bkn time dah kawen.klu tak,effect dia mesti lg teruk.kn?
and somehow sy rasa effect putus tunang ni act quite similar dgn putus cinta.heart broken.tp yg buat dia nmpak lg dasat; its not only about we n our partner but also involving both family ;(
Tanpa Nama berkata…
yes,sy mmg setuju yg bertunag lama2 ni tak elok sgt. but whatever happenned,we could always turn the negative things to the positive one.mybe we should grateful sume yg buruk2 tu jd masa btunang,bkn time dah kawen.klu tak,effect dia mesti lg teruk.kn?
and somehow sy rasa effect putus tunang ni act quite similar dgn putus cinta.heart broken.tp yg buat dia nmpak lg dasat; its not only about we n our partner but also involving both family ;(
little.pingu berkata…
yang paling tak bestnye, bile putus tunang, macam2 citer buruk2 kuar..nape kne bukak citer yang buruk2 bile dh putus..walau macam mana saket or pedih or perit, yang dibenci tu la yang penah jadi buah ati pengarang jantung, makan tak kenyang, tido tak lena sume..alih2 dh putus kuar la tak tahan la, dh lama sabar la..some things are best left unsaid..
nak tanye ah: kalau kita kenal partner kita untuk 3-4 tahun, pastu bertunang pulak contohnya untuk setahun, tak rasa ke macam membuang masa? lagi satu, bertunang ni nak kena ikut adat jugak ke? hantaran nak kena ber-dulang2. padahal mat saleh punya cara simple je. lelaki bagi cincin je kat aweknya. jangan marah, aku tanya je.
shahirahkhairudin berkata…
@SangDaraPujangga

kalau ikut anjuran agama kita, elok lah bertunang. kenal-kenal. tak payah hantaran berdulang pun. datang berwakil, khabarkan hajat ke pihak perempuan. tu pun dah memadai.

tak payah la ikut mat saleh nun. ikut anjuran agama kita pun ekceli dah cukup simple.

:)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.