The King of Unrequited Love.


King Edward the Eighth - King of United Kingdom, Emperor of India and Britain Dominion.

Dalam aku berusia 27 tahun ni - aku dah lalui berapa banyak terfaktab dalam percintaan sampai aku dah tak tahu dan tak ingat. Bila belek-belek diari aku balik bila balik rumah mak bapak aku kat Seremban ni, banyak "oohh" dan "ehhh" terkeluar dari mulut aku. Ada yang aku tulis - aku ingat balik - emo sampai menangis-nangis - tapi bila tengok balik - aku gelak je sambil berkata "ngeng punya Nami, macam ni pun nak nangis."

Dalam sepanjang hidup aku bernafas - aku masih ingat pengalaman aku masa hendak mula bercinta ialah seawal 10 tahun. Gila punya awal - orang lain 10 tahun ni masih lagi main gasing atau main guli. Tetapi kat sekolah aku ni loser - sapelah awek nak lelaki yang gempal, serabai dan memang takde kawan. Aku kat sekolah memang suka duduk belakang dan tak berkawan dengan sesiapa.

Aku masih ingat first time aku kena reject dengan awek. Seawal 10 tahun - masa ni aku sekolah di Taman Cuepacs. Minah ni paling cun-melecun di sekolah dan naik satu bas dengan aku. Demi minah ni - aku sanggup bangun awal pagi nak pergi sekolah, sanggup belikan dia pop-ice dan karipap sardin, aku sanggup pikul beg dia naik bukit pergi sekolah. Sekolah aku - Sekolah Rendah Taman Cuepacs tu atas bukit. Tak caya pergi sendiri sekolah tu.

Macam-macam aku buat - tolong siapkan homework awek tu - aku buat - tapi homework aku tak buat. Takpelah aku kena sebat dengan cikgu asalkan dia tak kena sebat. Macam tu punya pengorbanan - last-last minah tu dengan orang lain yang tak payah buat macam aku pun. Aku emo gila hari tu yang kebetulan serentak dengan hari Argentina kalah dengan Romania yang kebetulan pulak Diego Maradona kena gantung sebab dadah. Apa pun - tu adalah kegagalan pertama - dan kegagalan demi kegagalan terus berlaku.

Banyak kali aku gagal bercinta. Kadang-kadang aku termenung kenapa apakah yang badinya aku ni. Member aku si Sepul tu senang je dapat awek. Member aku si Shafiq tu pun senang. Apasal aku ni loser sangat nak ada awek? Aku dah start cari awek sejak dari dorang ni main guli main lempar selipar - tapi dorang yang dapat dulu. Antara rejection paling puaka aku pernah dapat ialah, aku pernah suka kat awek ni - tapi awek ni suka kat member aku si Sepul. Sebab Sepul ni muka dahi licin dan bibir pink. Kadang-kadang gua rasa bebal jugak perempuan yang suka lelaki muka dahi licin dan bibir pink ni. Bagi aku perempuan yang suka lelaki jenis macam ni adalah perempuan yang nak jadi lesbian tapi tak berani. Melanggar batasan ugama katanya. Macam suka Justin Bieber misalnya. Kalau nak lelaki, ambiklah lelaki yang muka calo balo macam Rambo, baru lelaki namanya. Ambik jambu-jambu ni, jadah?

Anyway gadis yang bernama Tasha ni suka kat Sepul dan reject gua. Ah gua redho jelah. Tapi gua tetap member dengan Sepul sampai tiba-tiba minah ni sound kat gua, "kenapa kau sebok sangat, aku nak jumpa Sepul bukan dengan kau, kau ni apsal tak sedar diri, kau kencing kat tempurung, pastu kau tengok muka kau - kat situlah taraf muka kau".

Peh - sentap beb. Dah reject aku tu satu hal, aku nak lepak dengan member aku pun tak boleh minah ni. Dan lepas tu siri kegagalan aku terus datang sampailah tahun 2002 bila Intan datang dalam hidup aku. Ini baru pertama kali aku ada couple.

Tapi tak lama pun - 3 bulan lepas tu - terfaktab gak. Sebab dia ada member yang kenal dengan anak datuk yang kaya raya dan boleh beli teddy bear besar gabak untuk dia peluk. Siri kegagalan aku ni banyak nak cerita sampai boleh tulis satu cerita epik.

Ada yang pindah oversealah, ada yang putus sebab cemburu butalah, ada yang dah kikis duit ASB aku sampai riban-ribanlah, ada yang putus sebab buruk sangkalah, yang gagal nak mengorat toksah kiralah - aku sendiri tak larat nak kira. Yang paling sedih - ada yang bila dah sayang - semua seolah-olah hampir bersatu - ajal pula yang memisahkan.

Sehingga aku bertemu dengan Erica - gadis yang sebelum ni pun ada sejarah cintanya jugak. Masing-masing - macam aku jugak. Aku ingat aku sorang je yang banyak kali gagal - sampai boleh nobatkan diri The King of Unrequited Love - sebab gua dah gagal dah banyak kali.

Kadang-kadang ada sebab kenapa kita gagal - sebab di Lauh Madfuz ke, di bintang Venus ke, di mana-mana pun - telah tertulis - ini adalah destinasi kita - bukan destiny. Kadang-kadang kau dah macam suka dan mahu bermastautin dengan tempat yang kita singgah - tapi ia bukan tempat untuk kita. Kita terpaksa pergi mencari yang lain. Dan kadang-kadang bila kita mencari yang lain, air mata, tangisan, hingusan, kahakan, ludahan serta apa-apa jua yang keluar akan keluar. Sehingga kita bertemu lagi dalam perjalanan - dan ia terus begitu bila kau gagal lagi dan lagi.

Ada beza antara destinasi dan destiny - destinasi adalah tempat yang kau singgah dan lepas tu kau harus pergi. Destiny ialah tempat yang kau akan berada di situ sampai kau hembus nafas terakhir. Kita tak tahu mana destiny kita - mungkin ya, mungkin tak. Semua benda kau jumpa mula-mula kau anggap tu destiny kau. Bila fail kau menangis guling-guling pastu kau cari baru.

Cuma dalam kehidupan kita ini - kita ada sebab untuk kita terus mencari. Hampir empat tahun aku enggan terima kematian Sherina - tapi hari ini aku rela hati biarkan dia pergi. Kau cuba bayangkan, empat tahun - aku masih tunggu dia reply YM aku. Empat tahun selepas dia meninggal. Hari ini, aku sudah berani gagah menerima hakikat dia dah pergi.

Sebab dalam setiap jalan kau menuju destiny - kau mesti sampai destinasi dulu. Sama macam kau drive dari KL pergi JB, kau singgah R&R Seremban, Air Keroh, Pagoh pastu Machap baru kau sampai. Cuma kau menunggu-nunggu - siapakah yang bakal jadi destiny kau.

Aku berani bercinta atas kegagalan aku yang lepas-lepas. Hari ni aku tengok anak muda bercinta semua nak lepas marah dan mengamuk - kadang-kadang pasal periuk pun nak gaduh. Pasal assignment tak siap pun nak gaduh. Cepat sangat naik hangin. Mungkin kedua-dua pasangan tu tak pernah banyak gagal banyak kali macam aku. Mungkin dia tak tahu apa perasaan bila cinta itu gagal - terguling dia macam mana, stress dia macam mana. Mungkin dia tak tau apa maknanya cinta.

Hanya mereka yang pernah gagal dalam percintaan sahaja - yang akan terus menghargai cinta.

p/s:Korang tau kenapa aku letak gambar King Edward VIII ni? Sebab mamat ni - lepas bapak dia King George V mati - dia ni jadi raja. Tapi dia ni bercinta dengan seorang gadis Amerika bernama Wallis Simpson. Tapi disebabkan cintanya terhadap Miss Simpson dihalang oleh undang-undang diraja Britain "kau tak boleh kahwin dengan orang kebanyakan" pada masa tu, dia dengan rela hati letak jawatan sebagai raja dan kahwin dengan Wallis Simpson. Bagi aku, orang yang sanggup ketepikan harta benda mahupun negara - demi cinta - adalah manusia yang punya nilai cinta yang kudus.

Ulasan

Wadi AR berkata…
bace ni aqram.
Fatt berkata…
kuatkan semangat ko..hidup ni mmg byk jatuh & bangun tp kita kena tempuh jgk..all the best!
mr_right berkata…
wohoh. tape.. ramai lagi perempuan kat luar sana. chill ~ chill ~
ayue! berkata…
dedicate khas tuk aqram ker?
Tanpa Nama berkata…
Betul,hidup ni banyak dugaan.Chill sudah.
AlexiaAqram berkata…
apahal petik nama gua yang komen atas tu?

kahkahakha!
Unknown berkata…
biasa la hidup ada up n down. so blaja la dr pngalaman
SN berkata…
asal ada nAma aku tu..kah3

jambu2 bukan gay ke..hahahaha
Tanpa Nama berkata…
style penulisan ko!
Tanpa Nama berkata…
So, you are saying, I AM YOUR DESTINY?

Hopefully yes. I am sick of the love game anyways.

I love you, teddy!

- Erica Micheal
Tanpa Nama berkata…
kau tau x...
jangan ckp pmpuan y suka dahi licin n bibir pink 2 org y ske pmpuan tp tkot nk jd lesbian/
sb...ak tgk ciri pmpuan y ko pilih pn, y cun.so?ap bza ko dan pmpuan 2??
jangan suka cari salah org.tp lihat la diri ko.
jangan perasan bagus.tiap org berhak memilih.
Cob Nobbler berkata…
Tanpa Nama:sebab lelaki memang kena pilih perempuan dahi licin,bibir pink.

Sebab itu sifat perempuan.

Perempuan yang suka pilih sikap perempuan - walaupun ada kat lelaki - aku cop dia lesbian.

Kecuali la kalau aku minat perempuan yang bertubuh sasa, berotot, bermisai dan berjambang - tu kau boleh kata aku gay.
Tanpa Nama berkata…
asal asyik ulang peristiwa sama weh? bosan dowh.. sblum ni baca cite ko mmg best.. tp tiap2 entry kebanyakannye msti ko akan selit scene2 sama je.. okay, aku phm pristiwa2 yg jadi tu kira cam boleh buat org "whoa, cmtu skali ko kena kan?", tp lama2 ko ulang bnda sama jd bosan lak nk mmbaca..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.