Long Gone and Moved On

Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Nurul Ain Nadirah Bukhri. Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Nurul Ain Nadirah Bukhri atas kiriman artikel yang di hantar. :)
__________________________________________________________________________________

Masa buat kerja, aku tiba-tiba terasa nak layan perasaan dan aku pun bukak playlist The Script. Sedang leka buat kerja, playlist sampai dekat lagu nombor 6; Long Gone and Moved On. Mulut aku ikut miming dan humming syok sendiri sedangkan aku ingat-ingat lupa lirik lagu tu.

“Cause I still don't know how to act.
Don't know what to say
Still wear the scars like it was yesterday
But you're long gone and moved on
But you're long gone
But I still don't know where to start, still finding my way
Still talk about you like it was yesterday
But you're long gone and moved on
But you're long gone, you moved on”




Kerana aku taktau bagaimana nak bertindak, taktau apa nak dikata, masih mempunyai luka itu seperti semalam tapi kau sudah lama pergi dan teruskan hidup. Tetapi aku masih taktau dimana nak mula, masih mencari jalan, masih bercerita tentang kau seperti semalam tapi kau sudah lama pergi dan teruskan hidup.

Secara automatic, otak aku menterjemah.

Sampainya dekat korus lagu tu, tangan aku berhenti daripada membuat kerja. Tiba-tiba teringat dekat kau dan entah macam mana otak aku boleh fikir yang alangkah bagusnya kalau suatu hari kau terdengar lagu ni dekat radio dan terfikir yang aku dah moved on dan ‘kita’ dah long gone.

Aku tersengih sumbing terbayang kau layan perasaan dengar lagu tu kat radio. Mesti kau rasa merana masa tu, mesti kau rasa sakit masa tu. Heh, memang aku dah dapat bayangkan segala ekspresi kau sambil kau cuba menghadam cerna dalam maksud lagu tu.

Sedang enak membayangkan kau merana, tangan aku gatal menaip nama kau dalam Facebook search bar. Entah macam mana, aku tersentak.

Kenapa aku cari kau dalam Facebook? Kenapa?

Masa tu aku tersedar. Macam ada orang baling batu bata yang berat tu dari tingkat 20 dan batu tu jatuh terhempas atas kepala aku. Kalau aku yang fikir tentang kau masa lagu tu berkumandang, bukankah maksudnya aku yang masih tak move on? Bukankah sudah lama dijatuh hukum yang ‘kita’ dah long gone?

Aku rasa macam nak tergelak. Gelak sedih. Ironis sungguh.

Bukan kau yang sedang melayan lagu sedih dan teringat tentang ‘kita’, tapi aku. Bukan kau yang sedang merana dan sakit, tapi aku.

Dan dan dan bukan kau yang sedang terfikir yang aku dah moved on dan ‘kita’ dah long gone tapi aku yang sedang berfikir kau sudah moved on dan ‘kita’ dah long gone.

Aku segera tutup Facebook kau. Akulah watak dalam lagu tu, bukan kau. Heh.

Kerana aku taktau bagaimana nak bertindak, taktau apa nak dikata, masih mempunyai luka itu seperti semalam tapi kau sudah lama pergi dan teruskan hidup. Tetapi aku masih taktau dimana nak mula, masih mencari jalan, masih bercerita tentang kau seperti semalam tapi kau sudah lama pergi dan teruskan hidup.

Kau, kau mesti tengah tersenyum sumbing lebih daripada kambing sekarang kan?

Ulasan

AsyieqiN Rkey berkata…
kene atas batang idung...
Hakim. berkata…
sangat ironic
Wadi AR berkata…
HAHAHA gua tergelak. aku bukan
MuNie berkata…
hmm.. rupanya, ramai yg pakai kasut yg sama. (sila fkr dlm bhs inggeris)
Teeha Mohd berkata…
haaaa. same boattt
muhsin.aminudin berkata…
damn. aku rasa cam aku yang tulis. damn
miaTheSeducer berkata…
pfft.. i feel you..
miss lily berkata…
hmmm...rasa yg sama, masih mencari jln yg perlu dilalui utk teruskan hidup...
JANE berkata…
aku rasa aku yang menulis entri nie.
Tanpa Nama berkata…
Ak ase ak y 2les. Wah. How i miss that moments. Chillax. Aishhh.
221143
Tanpa Nama berkata…
terasa -.-
Syaby berkata…
macam aku. :)
Tanpa Nama berkata…
sekarang memang musim orang clash-kah?
Tanpa Nama berkata…
terasa!
AK berkata…
baru start ikut blog ni sejak yonna promote...
bro, aku suke giler entri ni bro...
serius, suka giler!!!
TheFayyadh berkata…
demmm...kelepap kene kat dahi...hukhuk
oda narwida berkata…
aku benci bila jangkaan aku salah.demm now i hate you more ex #takdereasonpun
Tanpa Nama berkata…
macambabi.
sapphire;) berkata…
jika kau rasa apa yang ku rasa ....
Tanpa Nama berkata…
susah nk move on. tapi 1 ari nnti pasti boleh. aku akan mulakan dari sekarang.
nots berkata…
ahh , dush dushh . ><

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.