Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cinta itu aneh

Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Imej
Tahukah anda, anak kedua: -Manis mulut, manis juga rupa -Mudah ketawa, dan mudah juga menangis -Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan -Kuat merajuk, Drama Queen -Suka makan coklat bersama tempoyak, serta suka tipu dan troll orang? Kahkahkah. Gurau aje. Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha. Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush ana...

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...

Beauty and The Beast

Imej
Pada saat ini, aku telahpun menonton Beauty and The Beast (tak, jangan tanya aku tonton di mana). Cuma, aku harap yang di luar sana, despite all the controversy , masih cukup berminat untuk menontonnya, sebuah kisah princess tanpa tiara tapi jiwanya lebih regal daripada royalist di luar sana. Dan juga--sebab ia relatable. Aku tak pasti kenapa- tapi tika aku melihat Belle, aku terbayang beliau seperti gadis pendiam di kolej, yang sentiasa duduk di kerusi depan dewan kuliah; yang tak pernah ada kekasih sepanjang empat tahun studi; yang matanya tertancap kepada buku sepanjang hari dan tangannya bersulam dengan assignment papers tiap malam, yang hidupnya hanya untuk menyedut sebanyak mungkin ilmu sebelum meninggalkan menara gading. And she did it wonderfully, too . Dan Gaston - ha, Gaston, dia tu macam abang MPP kat kolej - berkarisma, pandai berkata-kata, kacak dan jadi kegilaan semua junior, tapi tiap sem cukup-cukup makan 1.57. Dia khabar dirinya penuh dengan ilmu, tapi ha...

Lepak Luar Lepas Kahwin: Kupasan Khas

Amboi, Kupasan Khas wok lu! Anyway, semenjak dua menjak ni isu laki suka lepak dengan member jadi isu hangat sekejap. Terutama bila FB influencers (yg ni term aku kasi sendiri kepada gang2 FB yang asal depa tulis je ribu-ribu shares dapat) tulis pasal hal ini. Nak pulak ramai yang setuju dan ramai yang tak. Pendapat aku? Hm..Aku tak setuju.  Mesti engkorang rasa aku acah-acah nak jadi "Cool Girl" Amy Dunne kan , konon sporting padahal dalam hati terbakar? Hahaha. Dah agak dah. Tapi bagi aku, keperluan lepak luar ni berkadar terus kepada jenis lelaki tersebut. Jenis intorvert dan extrovert? Ya. Macam yang korang tau (kalau tak tau google lah sendiri, dah banyak orang bincang hal ni kot) extrovert ni kena "recharge" semula dengan social situation. Maknanya kalau kerja pumpangpumpang penat gila siap OT kena tembak dengan boss lagi, last thing dalam fikiran ialah "kena pi lepak ni, kat mana eh?" Sebab diorang dah drained, dah habis emosi, dan l...

AlQuran Pink Kaler dan Jodoh

Imej
Adakalanya dalam hujung minggu yang agak hening dan membosankan, saya sering juga keluar bersiar-siar bersama rakan atau saudara terdekat. Kalapun hanya melepak di mall berdekatan, bukan untuk membeli belah, tetapi sekadar melihat pemandangan. Ah, who am I kidding? Saya kena jadi  peneman  orang dating la. zzzz. Tau la  foreveralone.  Keluar pun kalau ada orang mengajak jadi tukang teman. Adapun, suatu kisah menarik dari gadis yang saya temankan dating haritu. Mengenai AlQuran merah jambu yang ditunjukkannya pada saya. "Nak dengar tak cite  pasal AlQuran merah hati ni?" ujarnya manja. "Apasal?" tanya saya. Kot kot, terjumpa dalam masjid ke, menang hadiah Power Root ke, atau dapat nombor satu dalam Tilawah AlQuran di sekolah. Dia menidakkan, dengan memulakan cerita: "Adalah satu hari tu--dah lama dah dulu--kite nampak AlQuran tu atas shelf dekat kedai. Cantik sangat, merah hati. Teringin sangat nak ada AlQuran sendiri. Tapi, kite ni ...

Awak, Kita Sayang Awak...

"Abang! Tunggulah... Janganlah jalan laju sangat." Puas Kina mempercepatkan langkah untuk mendekatkan jarak dengan abangnya yang hendak ke padang. "Eh, Kina tu perempuan. Orang perempuan mana main bola kat padang. Pergi tolong ibu kat rumah la. Jangan ikut abang!" Masam mencuka terus muka Kina ditempelak sebegitu rupa. "Abang ni... Sampai hati... Orang nak ikut pun tak boleh. Takpe, takpe. Kina bagitahu ayah, abang rosakkan printer ayah hari tu." Taktik ugutan saje yang berkesan setakat ni. "Ish, diam ah! Kalau nak ikut tu, jalan jauh-jauh sikit. Huh!" Pantas Kifli berlari meninggalkan Kina yang sentiasa cuba mendapatkan abangnya. ***** Oi, kata nak training petang ni. Tak nampak pun batang hidung kau kat padang. Satu mesej daripada nombor yang tak dikenali menerjah masuk ke dalam inbox Xperia Ray kepunyaanya. "Eh, aku ada janji dengan bebudak ni ke nak training debat petang ni? Tapi, sejak bila pulak aku nak trainin...

The Checkmate (preview)

Imej
Source Naja memegang kotak berbunga itu. Erat. Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia. Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona. “Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja. “Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja. Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam. Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan. ----------------------------...