Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel confession

(comic) I'm always like this.

Imej
* So hard lah. Got any tips? *

The Checkmate (preview)

Imej
Source Naja memegang kotak berbunga itu. Erat. Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia. Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona. “Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja. “Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja. Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam. Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan. ----------------------------...

#2 Musalmah dan Kasim -- prequel

Imej
[gambar sekadar hiasan] Hari itu Musalmah ke dewan seminar di bangunan fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Esok tarikh seminar berlansung, event yang menentukan lulus-gagal dalam salah satu subjek yang diambil. Setibanya di dewan, yang kelihatan cuma dua orang rakan sekelasnya. Musalmah berborak sebentar dengan seorang rakan yang juga pengarah projek seminar yang bakal berlansung. Dikisahkan akan perihal dirinya yang enggan menduduki perperiksaan akhir. "Rugi Musalmah," kata tuan pengarah projek kepadanya. Musalmah tersengih sahaja. Menyembunyikan gelodak perasaannya yang menjadi punca keengganannya menduduki perperiksaan.  Perbualan mereka terganggu dek kerana panggilan telefon yang diterima si pengarah projek. Sementelah tuan pengarah projek melayan panggilan yang diterima, Musalmah berjalan masuk meninjau ninjau keadaan dewan. Kelihatan seorang lagi rakan sekelas tadi sedang mengerjakan sesuatu. Musalmah tidak pernah bertegur sapa pun dengannya, walhal sudah beb...

#1 Musalmah dan Kasim

Imej
[gambar sekadar hiasan] Musalmah, gadis yang baru sahaja melepasi fasa rabak dalam hidupnya. Hampir hampir jahanam juga lah. Namun berbekalkan semangat yang kuat, Musalmah berjaya melepasi fasa rabak itu tanpa menjahanamkan hidup nya sendiri walaupun sebelum ini dia merasa seolah olah hilang harapan untuk hidup. Petang itu Musalmah bersiar siar dengan Kasim di sebuah taman. Sejak akhir akhir ini Kasim selalu menemani Musalmah. Musalmah senang sekali berbicara dengan Kasim. Kasim ini, hobinya mengambil gambar. Musalmah pula gemar bila gambarnya di ambil. Petang itu, ini lah aktiviti mereka. Musalmah duduk di tengah padang. "Pakcik, ambik gambar makcik duduk tengah padang boleh?" "Boleh. Pergi duduk. Posing lah macam mana pun" Lalu Musamah duduk bersila di tengah padang yang luas hijau. Selesai dua tiga petikan, Kasim join Musalmah duduk di tengah padang. "Err.. Makcik.. pakcik ada benda nak kasi tahu makcik" "Apa dia?" tanya Musalma...

Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.

Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap. “Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram. “Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung. “Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.” “Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk. “Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula. “Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya. “Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi. “Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi. “Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri. . “Dah! Dah korang se...

kalau perempuan, adat lah malu-malu.. tapi kau lelaki kan?

Imej
lelaki kau pandang mata perempuan yang kau suka dalam-dalam dari mata kau boleh baca hati perempuan yang engkau suka jangan tunggu perempuan confess bertuah lah kalau perempuan nak mengaku dulu kalau kau tak cakap yang engkau benar suka, perempuan tak akan tahu ingat telepati ke boleh baca hati masing-masing, siap berdialog hati ke hati? lelaki cakap tau cakap yang kau suka.

Deeper Conversation

Imej
My heart is taken. Even  if it's just for just a little while, I... Will enjoy every bits Of our deeper conversation.