#1 Musalmah dan Kasim
[gambar sekadar hiasan]
Musalmah, gadis yang baru sahaja melepasi fasa rabak dalam hidupnya. Hampir hampir jahanam juga lah. Namun berbekalkan semangat yang kuat, Musalmah berjaya melepasi fasa rabak itu tanpa menjahanamkan hidup nya sendiri walaupun sebelum ini dia merasa seolah olah hilang harapan untuk hidup.
Petang itu Musalmah bersiar siar dengan Kasim di sebuah taman. Sejak akhir akhir ini Kasim selalu menemani Musalmah. Musalmah senang sekali berbicara dengan Kasim. Kasim ini, hobinya mengambil gambar. Musalmah pula gemar bila gambarnya di ambil. Petang itu, ini lah aktiviti mereka.
Musalmah duduk di tengah padang.
"Pakcik, ambik gambar makcik duduk tengah padang boleh?"
"Boleh. Pergi duduk. Posing lah macam mana pun"
Lalu Musamah duduk bersila di tengah padang yang luas hijau. Selesai dua tiga petikan, Kasim join Musalmah duduk di tengah padang.
"Err.. Makcik.. pakcik ada benda nak kasi tahu makcik"
"Apa dia?" tanya Musalmah seraya itu memandang wajah Kasim.
"Err.. pakcik kan.."
Dengan tak semena mena, cuaca yang tadinya redup berganti terang. Cahaya matahari bersimbahan.
"Eh dah panas la pakcik. Jom duduk bawah pokok"
"Ok"
Mereka berjalan beriringan menuju ke kerusi batu bermozek biru di bawah sepohon pokok. Kelihatan anak anak cina masih girang bermain frisbee i tengah padang hijau.
"Makcik, pakcik ada benda nak bagi tahu makcik ni"
"Apa dia?"
"Hmm.. takpe lah. tak ada apa apa"
"Okey"
Mereka melabuhkan duduk di atas kerusi batu bermozek biru. Musalmah menghalakan pandangan lepas bebas ke tengah padang hijau.
"Makcik, pakcik ada benda nak bagi tahu ni"
"Ya rabbi.. apa dia pakcik"
Kasim berdehem pendek sebelum kembali berbicara.
"Pakcik sebenarnya suka kan makcik"
Musalmah terkesima. Air liur yang ditelannya terasa bergumpal di tekak.
... bersambung
Ulasan
itu pun kalau ad smbgn .
^^
Keh keh keh
makcik tu umor berapa?
kenapa musalmah mengalami fasa rabak?
kenapa?
kenapa blog ni suka tulis pasal cinta?
kahkahkahkah
cepat lah sambunggggggg ! ;D
err. -___-