TROLL: Sound Sikit Pasal Cinta

Sekian lama gua nak petik cerita pasal benda ni. Tapi, gua asyik sekat diri gua nak cerita, mengenangkan kontroversi yang mungkin berlaku. Haih, dia punya feel simpan benda ni macam nak berak tapi tahan sampai majlis tamat. Lu pernah rasa? Gua pernah rasa. Balik dari majlis, lepas hajat. Dia punya lega ya amat. Jadi, ini kali. Gua tak nak simpan, gua nak lepas apa yang gua dah simpan sejak gua menubuhkan Terfaktab.

Sejak menjak ini dah ada dah gua dengar banyak suara-suara memperlekehkan Terfaktab. Ok, tak lah memperlekehkan. Just kritik dengan cara 'baling batu, sembunyi tangan'. Kritik nya macam biasalah, yang gua dah agak. Dari segi Islamik punya jenis. Macamlah korang tak faham-faham kan? Sekarang kan zaman orang nak kongsi ilmu agama kerana merasa perkembangan sosial negara kita terlalu teruk. Ya, teruk. Gua akui. Memang teruk. Dengan kes buang anak lah, cerai lah, main lah, romen dalam taman lah, dalam kereta lah, panggung wayang lah, tak pakai kondom lah, dah berbini berlaki tapi curang lah. Ini semua menjadikan masyarakat kita terutama yang Muslim berpraktis menjadi lebih prihatin. Ada yang prihatin, tapi jangan lupa. Ada juga yang saja nak tunjuk dia pandai dalam ilmu agama. Dan juga ada yang kongsi benda alah tu semua tapi tak praktik, atau dia pun sama dua kali lapan buat kerja tak elok jugak.

Jadi, bila benda-benda ni berlaku. Gua tak tahulah. Mungkin atas sebab prihatin ke, cemburu ke, nak tunjuk hero ke atau saja nak sound kasi lemahkan semangat ke. Diorang tahu Terfaktab ini mengetengahkan isu cinta dan relationship. Maka di situ dia petik benda alah ni;

Couple itu haram.

Hahaha. Gua dah agak. Gua dah agak. Sampai masa mesti ada orang akan hubung-kait benda alah ini dengan Terfaktab. Dakwa Terfaktab mengagungkan cinta lah. Lebih-lebihkan cinta manusia lah dari cinta pada Tuhan. Orang-orang yang ikut Terfaktab ni (membaca) boleh masuk neraka lah sebab agungkan cinta. Galakkan maksiat dengan couple lah. Pumpang-pumpang banyak lagi. Gua malas nak petik semua. Pergi balik sama juga pointnya ye dak?

Kalau lu orang tanya gua adakah 'Couple itu haram?'. Adakah gua terima fatwa ni, ada orang cakap, hukum, sebab benda-alah ni dah dibincang oleh para ulama. Ijtihad lah senang cakap. Gua sebenarnya... Ok. Gua bukan nak cakap gua buat penafsiran sendiri. Tapi, masa gua menuntut ilmu di universiti dulu, hal 'Couple Itu Haram' dah berlaung di universiti gua dulu dengan pelopor dia mestilah dari Persatuan Mahasiswa Islam. Mestilah kan? Takkan lah Persatuan Pelajar Sains Farmasi nak jadi pelopor benda alah sosial macam ni. Segenap banner dan flyers di sebarkan untuk menengahkan fatwa ini. Khasnya untuk membendung masalah couple yang berleluasa di peringkat universiti dan masyarakat. 

Pandangan gua mengenai couple ini mungkin tak sama dengan lu orang di luar sana. Di luar sana, ramai menafsirkan couple direct kepada persepsi Islamiyah. Gua tak. Gua lain. Gua kalau nak tafsir satu benda ni, gua akan bermula dari benih dulu. Tak sama macam di luar sana yang menafsirkan couple sebagai;

Pasangan bercinta yang terjebak/hampir kepada zina.

Sedangkan gua menafsir couple sebagai;

Pasangan. Dwi. Dua pihak yang terikat.

Beza bukan? Lu nampak tak beza penafsiran direct ke dahan pokok dengan penafsiran bermula dari benih? Inilah masalahnya antara lu dengan gua. Lu nampak couple ini sebagai suatu yang lu dah nampak akibat impak sosial. Tapi, gua masih nampak couple ini dari segi sesuatu yang normal dalam aspek kejadian Tuhan.

Bagi gua (dari penafsiran gua tadi), couple merupakan sesuatu yang harus. Dua pasangan yang berkahwin. Dua molekul bercas positif dan negatif. Dua atom terikat H dan Cl. Dua pihak menjadi partner dalam permainan badminton beregu lelaki. Dan termasuk sekali dua orang pasangan yang bercinta.

Tetapi dinihari, setelah mengikut kerelatifan masa. Masyarakat dan manusia-manusia melihat couple sebagai suatu budaya luar kerana istilah couple ini acapkali di label sebagai 'dua pasangan yang bercinta dan menghampiri zina'. Atau dua pasangan yang belum berkahwin menonton wayang. Mungkin juga dua orang pasangan lelaki perempuan yang berjalan di taman berpegangan tangan. Paling terkesan, dua pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sedang melakukan hubungan seks di ranjang dan videonya terdedah di laman web awek impian.

Couple telah menjadi berevolusi ke lembah hina.

Bagi gua, ok. Couple macam tu (berpasangan lelaki dan perempuan secara melebihi batas) memanglah haram. Enough said. Couple yang melebihi batas sememangnya haram dan terus-terang kalau dah terjadi macam tu, baik pisahkan. Ya, pisahkan.

Namun, adakah semua couple itu hina? Adakah semua couple itu melebihi batas? Gua rasa, dan gua yakin masih ramai orang di luar sana yang berpasangan tetapi tidak melebihi batas. Masih pandai menjaga diri. Masih waras akal. Masih baik. Apa? Lu tak percaya masih ada orang baik di dunia ini? Kepala otak lu tak betul ke apa? Apa lu ingat semua orang jahat macam lu nampak di Harian Metro atau di I Luv Islam? Ke lu sorang je perasan diri lu baik? Heh.

Ok, gua sambung. Gua sebenarnya... rasa tak adil. Iaini gua rasa dengan menjatuhkan fatwa ke atas terma 'Couple' sebagai haram semata-mata adalah tidak adil. Ya, tidak adil dan perlu rombak semuala. Sebab apa? Yang jatuhkan fatwa ini macam terlalu menghukum. Tapi, serius shit bagi gua. Dia ulama ke, ustaz ke hatta mufti sekalipun. Dia tak fikir panjang dan kaji betul-betul. Dia tak turun bawah melihat situasi sebenar, suara majoriti, pandangan peribadi, pandangan dan situasi sekeliling. Yang dia tahu ialah buat kerja gaji buta, penuhkan kocek dengan duit ceramah dan populariti sebagai 'fakta kaum beruk'. Gua tahu, setiap kali kita (orang Islam) hadapi masalah, kita dinasihatkan, malah diwajibkan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukan? Namun, kita perlu ingat bahawa, sekembalinya kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah macam mana pun, kalau kita menafsir dengan akal yang lemah, dengan tidak mengkaji betul-betul. Celah guna apa kembalinya? Kau tengok Ajaran Kahar sudahlah. Dia claim diri dia kembali merujuk pada Al-Quran, tapi macam mana dia kembali? (tafsir). Ngaku diri dia Rasul Melayu dan siap letak jawatan lagi. Kehkehkeh!.

Itu maksudnya apa? Itulah maksudnya kalau kau nak kembali dan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kau juga perlukan ijtihad yang adil dan saksama.  Sekarang mengenai isu couple ini? Gua tak rasa ia adil dan perlu rombak balik. Gua tegaskan di sini sekali lagi. Tak adil dan rombak balik.

Sebab apa? Sebab pertama gua dah cakap. Bagaimana dengan orang yang bercouple (ikut tafsiran semasa) tetapi menjaga batas pergaulan?

Kedua. "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

Kat sini saja sebenarnya lu dah salah kalau lu terus tafsir 'couple' itu dari penafsiran ke dahan sedangkan Allah Taala dari ayat tersebut, jelas pernyataan-Nya merujuk 'pasangan' atau couple sebagai terma yang harus. Jadi, lu siapa mahu lebih hebat dari Tuhan nak tafsir perkara yang asasnya harus menjadi haram mengikut situasi semasa suka-suka hati. Lu salah bai. Inilah dikatakan lu dah kira mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tanpa lu sedar.

Ok, mungkin lu boleh bagi nas mengenai zina, hampiri zina semua tu. Itu memang benar lah. Tapi, fikirlah semula. Kalau lu yang basic ni pun dah memandai haramkan. Celah mana adilnya? Celah mana yang betulnya penafsiran lu ni? Yang berzina, memang salah. Yang tak berzina, lu nak heret sama sekali salahnya?

Ketiga. Mengapa lu juga perlu salahkan atau heret dengan cinta? Apa ke sialnya kerana masalah couple, lu perlu kecah sibuk-sibuk claim cinta itu mengarut, cinta tak perlu, cinta bawa derita, dan sampai kata cinta juga mengheret pada zina? Tak payah bercinta katanya, tunggu je cinta tu datang. Kahwin. Wak lu bai. 

Lu ingat kahwin ni macam tunggu bulan ke riba? Apa lu ingat lu cuma tinggal berdua dalam bumi ni? Hello!! You're not alone. Ada dua puluh lapan juta manusia dalam Malaysia ini. Ada enam billion manusia di muka bumi. Apa lu ingat kalau lu jadi perfect solehah solehin sampai maksum sekalipun, lu pasti cinta lu boleh datang tanpa usaha? Dan lu ingat semua orang mempunyai effort yang sama? Takdir yang sama? Tengkorak kau bai. Lu ingat Tuhan cipta lu sorang je ke atas muka bumi ni? 

Cinta itu percuma. Percuma untuk semua. Tuhan tak cas enam persen pun untuk cinta yang manusia ni terima. Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. Atau lebih tepat, the right partner. Ni bukan kisah Adam dan Hawa mahupun kisah Nur Kasih. Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW. Lu yang tak maksum ni boleh pulak cakap lu nak tunggu tanpa berbuat apa. Oh, buatlah sikit katanya. Jadi orang baik, masak sikit-sikit. Nanti adalah orang jenguk sunting bunga di taman. Sunting MY ASS kalau lu semua benda nak merungut bagai.

Keempat. Gua fikirkan benda ini sebagai qiyas. Tuhan melarang kita (orang Islam) makan daging babi. Haram makan daging babi. Tapi, bila sampai masa iaini darurat, kita dibenarkan makan daging babi. Di sini, apa yang gua fikirkan. Walaupun Tuhan larang memakan babi, tetapi kerana Tuhan itu Maha Adil. Maka ada kelonggaran untuk di makan babi mengikut sesuatu faktor yang membenarkannya.

Jadi, mengapa ini tidak terjadi kepada Couple seperti yang lu olah dan tafsirkan? Mengapa lu secara terus cap couple itu haram tanpa lu beri sedikit kelonggaran yang membenarkannya? Kenapa lu kejam sangat? Kenapa lu jadikan lu lebih power dari Tuhan ha? Senang cerita, fatwa lu ni adil ke tak sebenarnya?

Gua dah cakap tadi. Memang tak adil. Bagi gua, gua cadangkan macam ni. Kita patut rombak dan gubal pernyataan 'Couple itu Haram' kepada dua tafsiran cabang iaini;

"Berpasangan atau couple secara melebihi batas, memudaratkan dan menghampiri zina adalah Haram. Tiga pilihan-cara mengatasinya; Berpisah, bertaubat atau menyegerakan pernikahan! Tetapi, berpasangan atau  couple secara tidak memudaratkan, tidak melanggar batas dan menjauhi zina adalah harus.".

Gua taknak cakap ia halal. Gua claim sebagai harus. Sebab dalam terma menjatuhkan fatwa, halal dan haram bukan boleh dibuat main-main. Sebab couple (berpasangan) ini bagi gua adalah suatu kejadian yang Tuhan ciptakan seperti yang dah di sebut dalam Al-Quran terang-terang.

See? Nampak panjang, tapi ia simple to follow. Simple to understand. Budak darjah satu sampai nenek menopause pun boleh faham. Takdelah ramai orang menggelabah nenen nak tunjuk power bukan-bukan sana sini. Cursed orang macam celaka. Perlekeh dan ejek orang lain. Ini budaya apa ni? Budaya Yahudi yang nak jadi lebih terer dari Tuhan?

Kamonnlah wehh. Stop being ridiculous. Stop being paranoid with 'couple itu haram' terms. Marilah kita perbetulkan balik persepsi kita ini dengan meningkatkan dakwah yang tak buat orang naik darah dan bergaduh. Kesian weh dekat orang yang tak bersalah panik semacam sampai putus cinta, putus sahabat, putus sedara, putus jiran kerana tafsiran dan fatwa yang salah serba mengarut ni. Lu pun tahu kan kalau kita putuskan persaudaraan sesama agama lebih tiga hari jatuh hukum apa?

So, adakah Terfaktab menggalakkan maksiat dan zina dengan isu cinta? Gua nak cakap; Kepala hangguk kau. Lu ingat ni laman porno ke? Ini laman perbincangan cinta dan relationship ke arah kebaikkan, ilmiah, logik, hiburan ringan, sindiran dan trollisme. Faham? Baca tak deskripsi sebelah side-bar tu?

Ni pandangan gua. Kalau lu terasa, nak marah, gua peduli apa. Lu nak kata gua tak Islamik, tak percaya, tak follow dengan ulama, mufti, ustaz azhar, ustaz zaharuddin, ustaz kazim elias, imam muda ashraf, haron din, nik aziz bahkan rosmah puaka sekalipun apa gua peduli. Kalau lu sedia awal baca blog gua (lensarosak), lu dah tahu siapa yang gua rujuk selalunya dalam hal Islamik macam ni. Kental gua pada Syeikh Nuruddin, pada buku-buku tulisan Syeikh Arsyad Al-Banjari masih membara. Pergilah cari Kitab Nuqtatul-Ajlan kalau lu nak tahu sangat pasal wanita dan hal suami-isteri macam mana gayanya.

And, finally. Terus-terang gua tubuhkan Terfaktab dengan niat yang baik. Menyemai semua orang dengan cinta supaya kita semua ni tak bergaduh. Kahwin cepat, kahwin bahagia. Cinta adalah benda paling tertua dalam sejarah manusia. Sebab masa Adam dan Hawa wujud. Cinta lah benda awal yang terjadi. Bukannya politik, bukannya bola sepak mahupun cerita pasal kiamat. Takdelah nas bila Nabi Adam terjadi je dia tanya; 'Bila kiamat?'. Tak, tak. Adam sujud pada Tuhan kerana syukur, kerana cinta dan dia rasa dia sunyi hidup sorang-sorang tahu? Nak peneman. Maka, terjadilah Hawa. So, takdenya gua nak agung-agung kan sangat cinta manusia. Bagi gua cinta manusia dan tuhan kena seimbang. Baru lu rasai kemanisan jadi manusia yang baik macam mana. Paling penting, Terfaktab ni memang landasan mengembalikan semangat orang yang putus cinta. Sebab, gua tengok setakat ini, dah ramai benor orang putus cinta sampai nak bawa bunuh diri. Lu tak nak kesiankan cinta orang, tapi lu kesiankanlah mak bapak lu yang dah bercinta sampai lu keluar kat muka bumi ni sudeyhhh. Orait?

Chalo asalamualaikom!

p/s : sebenarnya, mmg rasa tak sedap bila kita ada makwe/pakwe. tiba2 ada datang sekor makhluk ckp; 'woi, couple itu haram'. series kau nak makan kasut ke? bahasa tu jaga skit beb. ingat semua org ni jahat ke?

Ulasan

AA berkata…
"woii couple itu haram" HAHAH, couple takkan jadi haram,selagi kita tak buat benda-benda haram :)
Fauzan Zain berkata…
baca sambil tahan napas..
shahirahkhairudin berkata…
panjangnya... i like bos. errr.. tapi kenapa kena ada enam persen? pfft ~
AlexiaAqram berkata…
panjang kan? entri ni pada mulanya untuk kitab terfaktab #2. untunglah korang..
ogies berkata…
panjangnya penjelasan... yg pntg, i got ur point there.. ^_^
Abang Zam berkata…
respek. serius respek
Isaac Ismael berkata…
aku x rsa pnjg pun.mcm aqram dok sembang bgtau aku je.haha.

nak dgr lagi ni.
PointBlankShot berkata…
hambik kau seketul. dua kali baca baru habis. panjang gilaaa
MinahSpekMerah berkata…
hahaha.best2.sama mcm manusia y ttbe ckap ucap hari ibu adalah haram.wtf giler.

islam itu mudah je.manusia y bg jdi komplikated.
panjangnye......

terBAIK!!!!

aishiteerrruu~~~~
faizs berkata…
ok aku tunggu terfaktab #2.
RaNee berkata…
deepavali memberi cahaya kpd aqram untuk keluar ngn post yg hebat! tahniah! hidup cinta tambhy-meenachi!
Syaby berkata…
steady lah terfaktab. biar je la apa org nak cakap, asalkan korang jangan terpesong jauh kan.

header baru lawa wuuu
Ibu Ammar berkata…
kapel tu haram ok bai
dayah berkata…
ni la aku syg g terfaktab..bg aura lebey org putus hrpn, bhaha

nice pjg..






entry lu, satu2 gua baca, thx
tyka teddy ;) berkata…
Kalau boleh nak like sejuta kali entry nie :)
fatinizzati berkata…
panjang doe. aku baca skip2 je. tapi aku setuju. korang takla agungkan cinta manusia sangat sebab bila aku clash dulu aku start baca terfaktab then baru aku sedar cinta yang mana lebih penting. thumbs up ye aqram !
Tanpa Nama berkata…
lek la aqram.. entry ko slalu jenis nk menyentap je.. huhu bg ak r, ni semua pendapat msing2... mybe org yg kate couple tu haram ade ulasan depa sendiri.. so, msing2 buat ape yg msing2 faham.. x pyah nk bagi pendapat bagai, bukan ape, riso kalau ade yg amek pendapat kita, tiba2 pendapat kita salah, x ke dah jadi payah nanti.. so, happy diwali.. chalo bettey!
~cinderella~ berkata…
aqram...ni entry yg best sgt!!
untunglah da ade MAKWE!! auwwww
yui berkata…
kapel tu memang haram pun.. kalau nak jadikan ia halal, nikahlah..

siapa kata nikah itu susah dan mustahil kalau tak bercouple? mak bapak kita tok kita kawen xda masalah pun.. mostly atas pilihan keluarga dan cinta datang selepas nikah..

barulah cinta suci namanya.. couple itu bukannya azali haram tapi melihatkan kesannya kepada masyarakat sebab tu dikatakan haram..

islam nak jaga manusia tp kdg2 manusia yg sengaja nak membuka ruang untuk kerosakan..

sekian =p
Tanpa Nama berkata…
epic.they cannot kill the idea.lol
p/s:even aku single aku xde la pegi kecam bdk2 yg couple.heh heh

-loserscarecrow-
AsyieqiN Rkey berkata…
finally the boss had spoken....mmg bengang ngan owg yg jenis nk jatuhkan hukum sesuka hati...suke nak carik yg negatif dari yg positif..
Alya Doushite berkata…
Wa hari tu usha laman web mana tah. JAIS lah x silap wa. Ada org tanya apa hukum bercinta. Then jawapan dia harus. pasal zina hati tu, ramai salah anggap. Rindu pakwe je ZINA HATI. Wa baca pasal Zina Hati. Zina hati tu mcm ,...ada niat nak berzina x silap wa. Wa sendiri tanya Ustaz wa, haram ke couple? Ustaz wa kata, x haram kalau tujuannya nak kawin. Tp haram kalau stakat nak enjoy.
Eyka berkata…
sokong yui92 :P

kapel tu memang haram pun.. kalau nak jadikan ia halal, nikahlah..

siapa kata nikah itu susah dan mustahil kalau tak bercouple? mak bapak kita tok kita kawen xda masalah pun.. mostly atas pilihan keluarga dan cinta datang selepas nikah..

barulah cinta suci namanya.. couple itu bukannya azali haram tapi melihatkan kesannya kepada masyarakat sebab tu dikatakan haram..

islam nak jaga manusia tp kdg2 manusia yg sengaja nak membuka ruang untuk kerosakan..

sekian =p

keh keh keh :P
nots berkata…
HAHA , kalau kau duduk kat sekolah menengah AGAMA , comfirm budak2 alim mesti cakap "Weh korang nih tak tahu ke 'Couple tuh HARAM' ?" cakap pandai pulak couple haram , tapi yang alimm tuh couple jugak . macam tahii ! Couple tak HARAM , selagi kau tahu mana yang HALAL anad mana yang HARAM . *emo pulak eak , sebab teringat zaman sekolah . hew hew .
anGah berkata…
couple tu haram bila kuar date berdua dua pegang tangan ke duk gosok gosok ke ape kebenda lagi la.. kalau bercinta lek lek sambil himpun dwet nak kawen.. nak kenal hati budi.. gua setuju pendapat lu.. tpi kalau kapel peh tu ringan ringan, nak men men nak apa kebenda lagi la.. sah sah haram.. ala.. kapel ja pun.. bukan nikah lagi..

bila nak kuar kitab #2? bg pjg skit.. giler nipis y lama
maksurozana berkata…
wowowowowo panjangnya but nice one aqram!!!
qalam_timur berkata…
Cinta itu adalah anugerah Allah SWT yg indah pada umat manusia.Lelaki dan wanita adalah saling melengkapi dan menjdai pasangan antara satu sama lain(gay&lesbian citer lain).

Apabila pasangan yg bercouple itu sendiri cenderung kearah kemaksiatan,maka ianya tentulah "HARAM".Namun jika keduanya saling mencintai kerana Allah SWT,tentu mendapat pahala dan dipermudahkan segala urusannya(menikah le maksud saya tu).

pasangan yg jadi "couple" itu semestinya bercinta.

couple=pasangan.
Cik Amni berkata…
setuju dengan @Tanpa Nama dan yui92,

apapun, setiap orang ada pendapat masing-masing. Yang paling penting, kita sendiri la kena pandai mengemudikannya.. kalau salah kemudi, jatuhlah jadi harap..

ustaz aku masa belajar kat UTM dulu selalu pesan, kalau dah couple, jgn putuskan.. tapi, jadilah insan yang lbh baik.. maksudnya? segerakan kahwinnya kalau nak selamat..

just my 2cents.. =p
sheeraY berkata…
setujuk dengan eyka dan yui92

kbai
Unknown berkata…
Couple tidak akan datangkan haram, kalau kita tahu jaga batas. GoodJob Aqram :)
Hannah Haykhall berkata…
rasa lega bila baca entry ni.
macah 'fuhh', inilah yang aku dok fikir dulu..

serious isu ni berat, dan kau dapat rungkaikan ia dengan cara kau. tahniah!..ya, nama pun pendapat.Tak semua orang boleh terima bukan? So, chill la..Jangan nak emo sangat.

aku fikir cinta/sayang tu sangat cantik, tapi nafsu yang akan selalu 'kotor' kan semua perasaan yang indah itu kan.

apekejadahnya sayang/cinta kalau dah start geli-geli walau baru seminggu kenal.

cinta akan buatkan manusia berubah lebih baik daripada diri dia sebelum itu.. Yes, that's is the healthy relationship..Kalau jadi makin teruk dan liar, memang kau dah dibutakan dengan 'cinta'..
nisha nisho! berkata…
cinta tu suci, nafsu yang selalu kotorkan. masalahnye, ramai ke yang boleh tahan nafsu tu.*gelenggelengkepala. haram ke tak depends on diri sendiri jugak.
Tanpa Nama berkata…
aqram..jom kapel.
aswadz berkata…
ntah2 org yg dok pumpang2 "couple itu haram", dia sendiri pun bercouple agak nyer.
zunika apandi berkata…
@ntcm von misteriusha

kalau kau tw haram..kau cple jugak..bangang..!!!couple 2 ta haram doe! slagi masa cple 2 ta buat dosa..ta haram..kau 2 belum faham ape maksud zina mata,zina hati,zina tangan,,,weyh doe...cple tak semestinya nak kne pegang tangan,bukak aurat,peluk2..tak! kalau kau buat perkara yg dilarang ALLAh mase cple 2 baru jatuh haram.one more! cple 2 tak haram slagi kau boleh jaga diri kau sebagai seorang islam.
nurialaimtawei berkata…
@ntcm von misteriusha

kau apahal? kau kata kapel tu haram, tapi kau kapel jugak. macam keling. kapel takkan bawa mudarat selagi kita tau batasnya.

zunika, gua argee sama lu.
N berkata…
Aku pernah pergi ceramah, usrazah ckp couple itu tak haram, yg membuatkan ia haram adalah apabila semasa couple, kau buat benda2 haram. Simple. Masalahnya bebudak skrg asal couple je nak kepit, pegang tgn, kiss hug xoxo. If u really love someone, berjalan dan bercakap pasal matematik pun boleh bahagia!
Tanpa Nama berkata…
yg ayt,"Dan segala sesuatu Kmi ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah".. ni obviously xda kaitan untk couple2 ni..ayt ni untk org yg mncri jdoh or nk kawen bukn untk mnghalalkn couple..dah jls jngn mnghampiri zina n couple is 1 step towards zina..
Kya Von Misteriusha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
@zunika apandi
woooaahh ini nmpk sgt tanda orang tanak terima fakta
dh memang kapel tu haram
zina mata,zina tangan, zina mulut
sume kau taw..
yg secara fizikal kau taw
zina hati kau taw?
ekekeh kalau tataw sila tanya org alim dlu ye

*tarik nafas dan chilled*
AlexiaAqram berkata…
haha. lepas terkomen pakai akaun sendiri. delete komen. lepas tu komen guna anonymous. haha.

pelik2 aku tgk korang ni.
Syuhada berkata…
aku selalu doakan orang2 yang couple ni cepat2 kawen.

kepada korang yang couple tu, aku doakan dikuatkan iman korang supaya tak menghampiri zina. dan dipermudahkan laaaa untuk kawin. ameen.

aku dulu penah gak couple, but then aku tersedar benda tu takkan bawak aku ke mana-mana. kitorang mmg tak pegang2 watsoever, dan entah macam mana, at one point, aku rasa benda tu salah walaupun ex aku tu mmg tak penah amek kesempatan. aku doakan ex aku dapat isteri solehah, inshaallah.

jadi disebabkan perasaan tak sedap hati aku tu, tanpa berlengah lagi aku tinggalkan couple. Nabi kata kalau ragu-ragu baik tinggalkan.

dan ingat, bagi sape2 yg nak menegur orang lain tu, Allah paling murka orang yang cakap tak serupa bikin. ingat tu. ini peringatan untuk diri aku jugak terutamanya.

kesimpulannya, kalau couple, kena cepat2 usaha ke arah pernikahan. kalau tak couple, jangan nak condemn orang yg couple sebab kita tak tahu ntah2 amalan dia lagi bagus dari kita. dan bagi yang nak tegur orang lain, check dulu kita buat ke tak ape yg kita nak cakap tu, baru tegur.

eh sory la tuan tanah, panjang pulak. hehehehe.

wallahua'lam. aku mintak maaf siap2 ye brothers and sisters sekalian. peace and out.
farah waheeda berkata…
nitnot abc...haha.. dulu pon aku skola agame. sana sini orang cakap pasal kapel tu haram. biler ade dak skola agama tu yg kapel je, konpem student laen akan cemuh n pandang mcm dia dah buat satu perkara yang hina gler....

aku kapel ngn pakwe aku boleh la di kategorikan sbg cinta jarak jauh. dia kat johor, aku kat perak. contact guna mcg itu pon bkn stp mase, mcg pon ktorang x pon bercakap mnde2 yg x elok.itu pon maksiat ker???walawey!
Syuhada berkata…
eh tambah sikitttt lagi.

aku terlupa pulak couple yang Aqram cakap adelah pasangan, dwi, dua orang yang terikat. somehow aku rasa aku dah tersilap konsep pulak.

heh.

jadi, couple yg berlandaskan nafsu adelah konfhem haram. couple yg halal adelah yg couple yg dah nikah. bahasa lainnya, pasangan yg dah nikah.

kesimpulannya, merujuk kepada konteks couple = dua pihak yang terikat, halalkan ikatan dulu, baru lah couple jadi halal.

wallahua'lam.
ZeBentPenzel berkata…
wow aqram, you beat me to this--i wanna write this first, honestly! haha

tu lah kan. nak komen panjang2 couple tu haram, saya takut saya cakap macam tu hanya kerana saya masih single. entah esok lusa terangau kat jantan mana entah, terus nak couple. entah2 lagi dasat dari korang.

tapi kan, saya tengok hukum couple ni sama macam hukum MLM. asal hukum perniagaan MLM adalah harus, tetapi perkara2 gharar (x clear, penipuan) yang diselitkan dalam tu membuatkan ia haram.

same as couple, bagi pendapat sayalah. sebab saya pernah jumpa couple yang bawa muhrim time dating, itupun x pegang2 tangan-duduk jauh2. (saya biasa jadi chaperone-pengiring orang couple, saya tahulah). ada yang tak heboh pun mereka couple, takde sayang2 kat FB/Blog/tweet tapi perasaan sayang sesama sendiri tu jelas.

dan ya, selalulah couple dengan PERKAHWINAN dalam fikiran. kalau rasa macam tak ke mana-mana. berenti. jadi kawan dahulu.
Tanpa Nama berkata…
salam.pertama sekali,bab2 hukum ni mmg selalu org pertikai.lg2 bila masuk hukum hubngan antara 2 jantina berbeza tanpa ikatan sah.


kita sbg manusia selalu nk ambil jln mudah.Islam tu simple.pegang dgn ayat Quran:jgnlah kamu menghampiri zina dh cukup.dan couple salah satu jalan menuju mendekati zina.cuba elakkan.tapi jgn terlampau membenci,takut kita pulak yg jd makin teruk.nauzubillah.


mmg marah kalo ada org tegur atas muka mcm tu,tetiba jerit kata 'couple itu haram'.mungkin dia salah cara berdakwah.mungkin.ambil sikap positif,sebab Allah sayang kita,ada peraturan mcm ni,dan kwn yg tegur tu x nk kita buat byk dosa.marah x memberi kesan.cuba bertenang,dan muhasabah diri.x ade manusia perfect atas muka bumi:)


dan berhati-hati bila tafsir ayat Quran sekalipun.rujuk pd yg pakar terlebih dahulu.jgn sebab kita nk couple,sng je nk jatuhkan hukum harus.tu mmg menyimpang jauh.mentaliti kena betulkan.
hukum couple ni macam hukum merokok.ramai yg tentang.kalau dh tau byk buruk dr baik,kenapa x tinggalkan je.Tuhan tu maha Adil.mana tau bahagia tu akan kita jumpa bila kita tinggalkan benda lagho ni semua.



the point is:hukum couple ni Allah tak sebut secara terang-terangan dalam Quran bahwa ia haram.tp bila kita sedar byk kesan buruk,apa salahnya kita tinggalkan.cuba tanam azam,nak bina masjid terus,tak gitu?Tuhan pun tau fitrah hambaNya yg saling menyayangi.ambil iktibar dari kisah di Cordoba.kerana remaja taksub dgn budaya couple,spain jatuh ke tgn kafir.semua kerana cinta pd manusia melebihi dr cinta pd Pencipta.



anyways,thanx a lot 4 sharing d thought,en writer!

p/s:sgt berharap n berdoa moga mereka di luar sana yg bercouple tanpa ikatan sah,segera mendirikan masjid.wslm.
D-SIM berkata…
....Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW...lu tak highlight pun siti khadijah terus meminang baginda, tak main couple coupe nih. kalau betul lu baik sangat, jaga fatwa quote quran bagai apahal couple jugak ? lu takut makwe kesygan lari ? tak takut 'cinta' tuhan lari ke ?
cimöt berkata…
isu ni mmg dah lama dan tak habis2..
pada aku, dan apa yg aku lalui hingga kini..

kapel is nothing..tasteless..jiwa kau tak tenteram..jiwa kacau laaa..dan aku nak tunggu love after married..i believe in His way..
Tanpa Nama berkata…
haha...org yg sokong pendapat penulis ni msti geng2 yg couple & xnak mengaku yg dia salah...fitrah manusia,kebanyakan yg buat salah mst susah nk mngaku...apa2 pun,Al Quran ada,sunnah pun ada...so pndai2 la korg pikir,yg duk blajar kt univrsiti pun xkan x tahu nk guna otak lg..
p/s;rasulullah x couple pun sblm nikah??
DEENA berkata…
Astaghfirullahalazim.. dunia akhir zaman.. "Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh sesuatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk" -surah Al-Isra' ayat 32. Ak rase Allah guna perkataan 'mendekati' bukn 'melakukan' zina.. Dalam ayat ni dah terang2 Allah melarang sesuatu yg bole mmbuatkn diri kita mendekati zina.. memangla ad jek couple yg x berzina, tp couple tu sniri adalah salah stu perbuatan yg mmbolehkn seseorg tu menghampiri zina.. Hebat ny ko sbb berani menidakkn hukum Allah. n 1 more thing ko dh mnjadikn sesuatu yg dh terbukti haram sbg satu yg bg ko tdk haram. n maybe tnpa ko sedari kata2 ko sedikit sbnyk mempengaruhi org lain yg mungkin xbape clear dgn larangan Allah ttg zina neh.. Aku doakn supaya Allah mmbuka pintu hidayah pd ko spy bertaubat.. besar dosanya memperlekehkn hukum Allah.@Aqram
Tanpa Nama berkata…
kau ni dah macam nak mempersoalkan hukum Allah woi!..
ijam berkata…
aku dah bertahun couple xdak nak zina2 pun.serbanitas berlagak alim.satu jer aku nak cakap..."TOK HANG"!!!
zulhelmimalek berkata…
gua layan Couple, tu kira haram juga ke?

kah kah kah
Bella Zulkapli berkata…
Gwa dari peringkat agas dulu pon reti dengar kapel tu haram- tade ar tehegeh-hegeh sangat nak meramas punas mcm bebudak agas sebok becinta- alahai dunia-
Tanpa Nama berkata…
bercouple selepas kahwin adalah lebih indah. :)
rockivalo berkata…
menghampiri zina memang la haram. bersentuhan,bergayut lama2, zina mata,zina hati tapi what if dua jiwa yg couple, kata @aqram dua jiwa yg terikat, sentiasa play safe, tak buat satu pun perkara di atas? Jadi dia dikatakan menghampiri zina jugak ke?

yang aku faham itula yg aqram cuba sampaikan. Dlm keadaan yg penuh terbatas tu kita berusaha utk cari jodoh kita. Almaklum la manusia akhir zaman, perlu penilaian yg agak teliti bila kita nak pilih.

yg terang2 salah bila kita meletakkan kekasih kita. bf/gf tempat yg terutama bukan DIA Yg Maha Kuasa. Itu paling bahayaa.
the I in me berkata…
salaam, bro.

orait. straight to the point. in your previous article, aku dah pesan pada pembaca kau utk bertanya soal agama pada mereka yang benar2 arif dalam bidangnya.

tapi bila terbaca entry kau yang ini, aku rasa pesanan yang sama perlu juga aku titip untuk kau.

beginilah bro... meh aku kasi kau situasi. say, kalau kita pergi uni, ambik degree engineering. dari siapakah ilmu2 itu kita ambil? sudah pasti kita akan belajar dari pensyarah yang sudah punya kelayakan dalam bidang engineering dari universiti yg diiktiraf. dan untuk mendapatkan segulung ijazah engineering tu, macam2 kita kena buat untuk pasti kita dapat graduate dan akhirnya diterima berkerja lepas keluar nanti. pergh!! Tuhan saja yang tahu betapa bersusah-payah kena bersekang-mata siang malam, perah otak buat projek semata2 untuk memastikan kita lulus (sebaik2nya dengan cemerlang laa) masa kat universiti.

okay. sekarang... kau fikir ttg Syurga. bandingkan Syurga dgn universiti. mana yang lagi tinggi tarafnya. jangan tipu diri. dah pasti Syurga itu tempat yg paling tertinggi yg boleh kita masuk. so, kalau nak grad from Uni.. kau kena ikut segala syarat yg dah ditetapkan oleh uni dan lecturer kau utk kasi kau lulus dlm pengajian. tapi utk tahu apa requirement yg membolehkan kau dapat buat terbaik kat Uni, dekat siapa kau rujuk? dekat lecturers kau lah kan?

takkan kau nak merujuk pada lecturer Perakaunan untuk dapat tips untuk excel dalam degree Engineering kau? tak pun kau langsung tak refer pada lecturer... bedal je ikut suka hati kau.

jadi soal agama, benda yg berkaitan syurga & neraka yg ternyata lebih tinggi tarafnya dari universiti... kenapa perlu dipandang enteng? harus ada pengecualian?

maksud aku... kalau kau benar2 mahu tahu ttg hukum-hakam Islam, maka rujuklah pada ulamak yg muktabar. go and ask them personally. jangan menafsir ayat2 Quran dan hadis ikut apa yg kau faham. bahaya, tahu?

dan seriously laa... aku tak kisah pun kalau kau tak nak dengar nasihat aku. aku tak rugi apa. yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku.

but serious, bro. selagi kau tak dapatkan pengesahan dari mereka yg benar kefahaman ilmu agamanya... wa suggest lu sorokkan dulu entry lu ni. bukan utk kebaikan gua pun, but it's FOR YOUR OWN GOOD.

KALAU lah apa yg lu tulis ni mmg benar dari hukum syarak... then, Alhamdulillah.. lu kira selamat lah. i'm happy for you.

tapi SEKIRANYA lu sudah salah membuat hukum ttg benda penting camni dan telah mengelirukan pembaca lu yg akhirnya menghalalkan apa yg sebenarnya tidak.... maka lu dah berada dalam posisi yg sungguh bahaya. no... bukan. wa tak maksud nanti ada pembunuh upahan nak pergi serang hendap lu sbb entry ni... tapi my main concern is... wa tak nak lu tiba2 dapat share dosa org2 yang ber'couple' sbb diorang berpegang pada apa yg lu tulis.

so... kalau boleh lu simpan dulu entry ni dari dibaca lebih ramai org sebelum dapat kepastian ttg hukum couple ni. gua tak suruh lu delete okay?

simpan je dulu. mungkin, dengan izin Tuhan, sepuluh tahun akan datang, lu baru benar2 faham ttg hukum agama ni.. dan Alhamdulillah sempat membetulkan idea lu ni.

BUT what if... dalam masa sejam dua lepas lu baca komen gua ni tanpa sempat sorok entry ni, tiba2 Malaikat Maut dah panggil lu?

are you sure entry lu ni takkan beri apa2 kesan buruk pada imbangan dosa pahala lu kat kubur nanti?

kalau pasti 100%, okay. biar saja nasihat gua ni jadi seperti air yg dicurahkan ke daun keladi. as I said, wa tak rugi apa pun.

kalau lu tak pasti... then i'm sure you know deep in your heart... what's the best thing to do for your own sake. untuk keselamatan kau di Akhirat nanti :)
Tanpa Nama berkata…
tak susah nak faham pun...tak perlu nak pening2 gengan fatwa ulama masing2..perbezaan pendapat adalah satu rahmat...bukan kerja kita nk tetapkan hukum,stakat ilmu snipis kulit bawang tak perlu nak keluarkan fatwa sndiri...berkapel tidak haram bila berada di atas landasan dan niat yang betul...itu yang dimaksudkan berkapel menurut Islam...siapa kita nk kluarkan fatwa2,nk sruh ulama kita kaji fatwa...kita bukan ahli ilmu agama yang tinggi,kita bukan sesiapa...religion is not da place for troller........
pie berkata…
I've come across this in 2014 eventhou it's been a long time article..Satu je kita kena pegang, cari Allah dulu nanti In Shaa Allah semua benda yang cari kita perfectly.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.