Kitab Terfaktab Launching : Terima Kasih!

Cun!
SUBANG JAYA : Melangkaui transformasi perhubungan yang dinamik. Itulah kesimpulan yang boleh diberikan setelah pelancaran secara santai-nya Kitab Terfaktab di Uya Distro, Subang Jaya kelmarin. Dengan kehadiran para peminat dan tetamu kira-kira 5000 orang (tipu), venue Uya Distro sesak dengan pelbagai aksi dan gelagat penulis dan peminat Terfaktab. 

Acara yang dimulakan lewat setengah jam gara-gara menunggu semua puaka-puaka Terfaktab, Sarkasis, Sokerleaks, KontrolHisteria (geng projeKomrad) tiba dengan paluan kompang dan tiupan wisel. Namun, itu tidaklah mencacatkan aturcara majlis kerana kesempoian para lovers yang sanggup menunggu dengan penuh sabar dan istiqamah. Menunggu untuk dapatkan tandakaki dan tandatangan serta tak lupa juga bergambar secara puaka dengan penulis.

Event kali ini dipengacarakan oleh ketua editor Kitab Terfaktab iaitu saudara Syazrul Aqram atau lebih dikenali sebagai Aqram. Dengan gaya neves kerana menjadi pengacara bidan terjun. Saudara Aqram memulakan acara dengan menjemput persembahan pembukaan oleh puaka-puaka yang kacak bernama Afiq dan Don untuk memulakan majlis dengan lagu-lagu cover (sambil bermain gitar) dari Radiohead.

Selepas itu, kemunculan persembahan band bernama ANDREA yang bakal menggegar pasaran muzik tanahair yang diketuai oleh Penulis.Sahaja mengambil tempat. Dikatakan beliau bakal menggantikan Aizat jika kena dengan gayanya yang kool dan bersahaja. Menyampaikan beberapa buah lagu, band Andrea mencuit hati para lovers dengan lagu-lagu ciptaan mereka yang ada style dan santai.

Persembahan puisi oleh seorang jejaka ultimate dari Penang iaitu Asang amatlah menggegarkan jiwa dan sanubari. Dengan puisi yang didedikasi khas untuk mereka yang telah meninggalkan kita (mati), suasana Uya Distro yang sebelum ini hiruk-pikuk bertukar menjadi senyap.

Lejen lejen lejen!
Dapat dilihat, walaupun sesak, namun ia tidak menghalang sesi bergambar dan jual-beli buku yang diadakan dalam bilik berair-cond. Kitab Terfaktab yang dijual pada hari tersebut telah disertakan dengan cendermata paper-bag yang comel dan penanda buku yang stylo. Beruntunglah mereka yang datang membeli Kitab Terfaktab sewaktu launching. Untunglahh.

Event ini juga dihadiri tetamu jemputan seperti Obefiend dari BlogSerius, penerbit novel Fixi iaitu Amir Muhammad dan lain tak bukan mestilah tukang pelancar majlis iaitu Fadzil Zahari. Yang merupakan penulis skrip untuk filem Bini-Biniku Gangster. Dan adik Farid Kamil. Dan ramai makwe-makwe nak bergambar, dan ramai lelaki jeles. Dan-dan aih. Oh, Yana Samsudin dikhabarkan datang, tapi selepas majlis. Cis cis!

Acara kemudian juga menampilkan persembahan Aifaa Rizwan dan rakan-rakan. Sungguh menggembirakan dan menyayat hati persembahan mereka. Comel. Juga kemudian acara memperkenalkan barisan skuad Terfaktab, di mana dapat dilihat bagaimana saudara Brader Leplep menggigil membacakan sajak dan lantangnya kak Shahirah Khairudin lantang membacakan puisi. Persembahan kemudian disusuli oleh persembahan Cikgu Vee dengan violin indahnya. Ya Allah, sumpah jatuh cinta wei. Tak lupa juga acara membacakan beberapa rangkap dalam Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor dan Zine Sarkasis Horizon Raya oleh geng-geng projeKomrad. Dan di akhiri dengan persembahan istimewa oleh Nik Jidan. Bersemangat, power dan lejen. Nyanyian semangat yang membara untuk para remaja. Siap Cikgu Vee iring dengan violin lagi. Power power power!

Acara kemuncak seterusnya ialah pelancaran Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor oleh saudara Fadzil Zahari. Tepuk skit! Hehe.

Aifa Rizwan & the gang!
Apa yang menarik selepas pelancaran ialah acara makan-makan. Kita ada satay Haji Samuri yang dibekalkan khas oleh saudari Bent Pencil. Dengar cerita memang berpusu-pusu orang berebut makan satay. Baca bismilah ke tak, wallahualam. Juga ada cream puff yang sedap dibekalkan oleh saudari Elena Reeney.

Pihak skuad Terfaktab dengan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran para peminat dan puaka-puaka yang datang memeriahkan majlis terutamanya pihak Uya Distro dan penerbit Lejen Press iaitu saudara Linglung dan Deus. Ada yang datang dari Penang siap, ada yang sanggup tak hantar kucing yang sakit, dan ada yang datang memang nak cari pakwe dan makwe bagai. Yang pasti, event ini bukanlah macam gathering blogger mahupun #twtup bagai. Syukur dapat elak dari kejadian tak diingini.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada Cob Nobbler atas pelancaran Awek Chuck Talylor dan tahniah juga kepada pihak Sarkasis atas pelacaran Zine Sarkasis Horizon Raya. Sukses untuk semua. Jumpa kami di Ipoh pula. Orang Ipoh. Kome semua dah ready ke kami semua nak datang niii?

Event launching tamat pada pukul 7 petang.

Ulasan

Faaein Talip Roy berkata…
wah.. bestnya.. tahniah kepada semua pihak yang terlibat.. semoga teruskan usaha terfaktab ni.. ^^,
Tanpa Nama berkata…
curi2 pandang aqram :)
Tanpa Nama berkata…
bile nk mai ipoh? nk autograf!
aljambz berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aljambz berkata…
tahniah terfaktab. kalau aku free, kita jumpa di ipoh pula nanti.
Abang Zam berkata…
untunglah dapat release kitab & zine
nurulnadiaroslan berkata…
tahniah!!

lepas ni harap2 ramai lagi yang ikut jejak langkah korang :)

zinesatumalam ade tak eh?
specsy berkata…
dah macam baca karangan laporan! hhaha
norinaomar berkata…
syabas team terfaktab!!!
moga lebih sukses yeahhhhhhh!!!
Eyka berkata…
warga ipoh dah readyy...erkk bila dtg cni?? wahhh!! hahaa:P
Milimilo berkata…
haha. ingatkan aqram muka ganas rupanya jauh gila dr bygn. lol. congratz team terfaktab. dah khatam baca kitab nnt kang nak beli awek chuck taylor lak. :D
Aifaa R. berkata…
nama kita Aifaa Rizwan. Bukan Aifa Rizwan :(

Anyway, good job guys! :) Nak tunggu kitab kedua lak hihi
Unknown berkata…
benggang ! aku tak gaji2 lagi . . arghhh nk beli . . !
Tanpa Nama berkata…
kenapa nama Mr K takde lgsg. hehe.
TheBentPencil berkata…
Thanks for your wishes guys n girls!

@Nurul Nadia:
takde, tapi budak2 kontrolhisteria dan sarkasis ada zine dia hari tu.

@tanpa nama 8:21:
author ni jeles kot Mr K dapat jeritan kuat hari tu, tu pasai tak letak nama. haha opss!

p.s tu Mr K dlm gambo....hikhik
Chempaka berkata…
x tunggu sampai habis pon... tapi dpt jumpe skuad terfaktab n beli buku2 indie tue pun best sgt dah... all the best !
chaohm133 berkata…
awesome!jumpe kt ipow if xde aral melintang~

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.