Awak Belajar Tentang Dia Setiap Hari




Selamat datang kasih sayang.
Selamat datang segala dugaan.
Selamat datang pahit manis kehidupan.
Selamat datang kebahagiaan perasaan.
Selamat datang kegembiraan.
Selamat pulang kedukaan.

http://farm7.static.flickr.com/6239/6262582299_9abd851404.jpg
[Koleksi peribadi] : Cawan atas meja kerja.

Awak.
Setiap hari adalah proses pembelajaran.
Pembelajaran yang menyeronokkan. 

Setiap apa yang dilalui ibarat kelas Sosiologi - belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam dengan memahami tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya. Apa yang dihadapi setiap hari adalah perkara baru yang membawa kepada perkongsian yang menggembirakan setelah melalui kepayahan yang panjang.

Awak.
Dia kata awak tidak mendengar.
Tetapi pada awak, awak sudah mendengar.
Awak sudah berikan perhatian dalam setiap butir bicara.
Bahkan awak boleh mengulangi setiap perkataan yang dia hamburkan.
Tetapi pada dia, awak sekadar mendengar.
Apa yang dia mungkin harapkan lain. 

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata awak tidak ambil kisah.
Padahal dia adalah manusia yang awak paling ambil kisah.
Manusia yang awak jaga dengan sepenuh hati.
Tetapi itulah, naluri awak dan dia tidak sama.
Awak dan dia perlu memahami persamaan dalam menilai perhubungan.
Dia mungkin perlu tengok awak sangat mengambil berat.
Awak mungkin perlu tunjukkan yang awak paling mengambil berat.
Aneh?

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata dia tidak rasakan awak bersama dia.
Padahal awak sedang berdiri di hadapan dia.
Renung mata dan amati gerak geri dia.
Pelik dengan cara dia.
Mungkin bukan kehadiran fizikal yang dia mahukan.
Mungkin benda lain.
Mungkin perasaan itu yang perlu ada.

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

http://farm7.static.flickr.com/6099/6265235667_4143273d0a.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr] : Ya, tangan aku.

Dan apa yang awak pelajari itulah sebenarnya bakal menguatkan awak dan dia dalam perhubungan. 
Awak akan menikmati satu rasa yang lebih baik (mungkin) setelah awak lebih kenal dia (dan dia kenal awak) dalam menyulam rasa.

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.

Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.

Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.

Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.

Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?

Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.

Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?



Itu sahaja.
Tinggal dahulu.

Selingan :
Kau tanya aku bagaimana menghirup udara yang kadangkala menyesakkan nafas dan menendang nyawa? Jawapannya mudah sahaja. Kau lebih tahu apa penapis untuk membiarkan kau terus bernyawa dan menikmati bahagia.

Lord Zara : Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?


Ulasan

RedSabella berkata…
cinta yang tak pernah ku rasakan kuat sedalamnya hingga mampu merempuh jiwaku membuatku rindu..
Eqa Yazid berkata…
hasil penulisan zara byk bagi inspirasi dekat blogger2..
memberi kesan dlm hati aku . :)
nurkaloi berkata…
usaha untuk dapat
bila dah dapat rase nk give up
mcm tu ker live eaa


hermm we should never give up
Eyka berkata…
speechless n bermakna..keh keh keh :P
Delle. berkata…
tiada lagi indah bila dia belajar tentang pasangan dia setiap hari, tapi bila gelora melanda dia lupa apa yang dia pelajari,
fatian athiea berkata…
kunci kebahagiaan ada pada org yg betul2 dapat buat kita bahagiakah?hurmm
leeyeonaa berkata…
i love ur blog :) slalu ade idea baru :) blogwalking visit :) follow ye . baru lagi :)
AA berkata…
peh, ayat . . . speechless,
anGah berkata…
aku suka betoi cara olah entry ini..
Tanpa Nama berkata…
penapis itu adalah penapis yokto keluaran Obe!
Unknown berkata…
kunci?? setiap hubungan memerlukan kunci utk mencapai kebahagiaan...aminnn

ske isu2 br yg dipaparkan..membina dlm kehidupan..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.