Jatuh Cinta Dengan Sahabat Baik.



Azrin Amiruddin(bukan nama sebenar) dari Johor Bahru(bukan tempat sebenar) telah e-mail kepada aku,

"Dear Cob Nobbler aka Nami, first sekali aku ingin ucapkan congratulation kepada skuad Terfaktab kerana berjaya siapkan buku Kitab Terfaktab dan kepada kau sendiri kerana buku Awek Chuck Taylor. Aku harap kau dan semua penulis Terfaktab akan terus menulis dan berjaya.

Aku nak bertanya kau, kalau kau ada masa - bolehlah jawab. Macam ni, aku ada seorang kawan baik. Perempuan. Dia ni aku kenal dari aku form 1 lagi. Dia ni kira rapat la dengan aku, sebab kitorang banyak aktiviti bersama, macam aku masuk Kadet Bomba sekali dengan dia, lepas tu kitorang pun duduk area yang dekat jugaklah. Dia ni memang baiklah dengan aku, kalau aku ada masalah dialah orang pertama aku mintak tolong.

Soalan aku kat sini, aku rasa aku mula jatuh cinta(halamak ayat poyo la pulak) dengan dia. Aku rasa macam dia sorang je yang mampu faham tentang aku. Aku tak tau macam mana sebab aku takut kalau kitorang bercinta nanti, kalau faktab relationship ni mesti dah tak berapa best dah. Patut ke aku kekalkan persahabatan ni, atau aku jadikan dia kekasih aku.

Sekian."


Terima kasih Azrin(bukan nama sebenar).

Pertama sekali pasal bercinta dengan kawan baik ni, aku pun dulu pernah bercinta dengan kawan baik aku. Masa tu aku couple dengan dia sebab dia ni baru break up dengan balak dia. Sebenarnya idea nak bercouple ni datang dari ruang dan masa yang sedang berlaku ketika tu - aku baru break up dengan girlfriend aku, yang aku dump - sebabnya dia enggan kompromi dengan keadaan aku (ada ditulis dalam ACT), dan dia pulak - sebab boyfriend dia dah takde hati dengan dia lagi. Sebenarnya aku (dan dia barangkali) takde apa-apa perasaan pun sesama sendiri. Kitorang terus bercouple sebab terfaktab dengan relationship sebelum dan nak menjaga sesama sendiri - sebagai kawan rapat.

Tapi - masa couple dua-dua macam tak boleh blah. Nak bergurau senda tak boleh. Macam dulu sekeh kepala sepak-sepak kaki tampar menampar serta berbabi-babian tidak ada masalah. Tiba-tiba bila couple semua benda tu jadi tak boleh sebab tak nak terguris perasaan. Sampai seminggu couple tiba-tiba popped up atas kepala kitorang, "dude, gua rasa gua tak boleh couple dengan lu lah. Gua jadi plastik."

But then bila dah putus couple - tak bermakna kami putus kawan. Kitorang still contact sampai sekarang. Kitorang still rasa persahabatan dan sekeh menyekeh kepala itu masih lagi relevan dalam hubungan kami. Somehow relationship kami are not mean to be - better kekal kawan. So kira okaylah.

Aku tahu ada ramai kengkawan kita yang lepas break up dengan ex lama terus bakar jambatan. Burn the bridge kata kaum Anglo Saxon. Ada yang aku tahu bila clash je terus ghaib dari pandangan. Ada yang lepas clash - nak dengar nama ex pun dah naik phobia. Ada yang nampak ex je terus larikan diri.

Aku admit ada ex-ex aku yang macam tu. Ex aku sorang terus jadi lesbian lepas break up dengan aku. Ada yang terus ghaib dan tukar phone number sebab tak nak aku call. Ada yang bawak diri sampai jauh ke mana-mana. Ada yang maki unmention aku kat Twitter dan eventually block aku dari Twitter. Benda ni aku tak boleh elaklah. Bukan aku nak burn the bridge pun. Dorang je emo lebih despite dorang ada jugak buat palat dengan aku. Bagi aku, kalau antara dari mereka terbaca entry ni - aku pohon ampun dan pohon maaf kalau aku ada buat salah.

But then - aku tak suka bermusuh dengan orang yang ada sejarah dalam hidup aku - lebih-lebih lagi ex girlfriend aku sendiri. Walaupun ada yang jadi si pengikis duit ASB aku dari banyak sampai licin dia kikis, ada yang dump aku sebab dia ada skandal lain, ada yang sebab jumpa anak datuk, tapi terus terang aku tak nak bermusuh pun. Memang palatlah - tapi yang sudah tu sudahlah.

Aku tahu ketakutan utama kau - kau takut kalau terjadi perkara palat nanti - kau bukan sahaja hilang awek - tapi hilang seorang sahabat baik.

Macam nilah, kalau kau jujur dengan diri kau, jujur dengan perasaan kau - kalau kau rasa dia adalah soulmate kau, baik kau cuba je. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Daripada kau pendam-pendam macam gampang last-last dia melepas dengan orang lain tak guna juga. Tapi kalau kau rasa ini cuma niat escapism forever alone kau - atau kau rasa terfaktab atas previous relationship, aku rasa baik kau reconsider keputusan kau. Kalau dia okay macam ex aku merangkap member baik aku tu takpe jugak, kalau dia jenis bakar jambatan macam tu kau jugak menghilang.

Somehow aku ada jugak ex girlfriend aku yang still baik dengan aku sampai sekarang. Macam Ez, walaupun aku dump dia cara agak sial juga lah, tapi dia still tolong aku bila aku dalam kesusahan. Dulu masa aku mula-mula kena halau dari rumah pun dia send duit dari oversea kat aku. Dia tolong aku tanya member-member dia kat Malaysia tanya kerja yang bersesuaian dengan aku. Somehow, dia ex girlfriend yang sangat baik. Dan dia sekarang dah ada kanser pun dia still concern pasal aku.

Jadi macam nilah, ada baiknya kau tengok latar belakang previous relationship dia. Tengok dia macam mana. Kaji dia macam mana. Kau cakap kau dah kawan dengan dia sejak form 1 kan? Mesti kau tau pe'el dia macam mana - aku tak tau pe'el dia macam mana ke apa.

Lagi terbaik ialah girlfriend kau adalah best friend kau. Maksud aku, dia bukan sekadar girlfriend kau - tapi best friend kau yang boleh kau bergurau, boleh kau buat kelako - dan best friend yang benar-benar memahami kau. Macam arwah Elly pernah cakap, "title boyfriend girlfriend ni bukannya title macam dato tan sri - tapi ia datang dari hati". Tak guna kalau dia tu bertitle girlfriend kau tapi dia tak faham kau. Dan kalau kau rasa dia adalah destiny kau - why not kau luahkan perasaan kau.

Ataupun - let it go with the flow. Banyakkan masa lepak dengan dia. Perlahan-lahan dia dapat bacalah apa yang kau rasa. Kamon, relaxlah. Cinta ni memang kadang-kadang kompleks - tapi kau tak perlu runsing sangat macam kau nak selesaikan matematik rocket science.

Dedikasi untuk kawan kau.

Ulasan

penjejak badai berkata…
gila2 punya setuju...
Hellioz berkata…
imho,
don't ruin the bestfriend relationship.

find someone else.

bukan senang nak carik bestfriend opposite side of gender yang boleh ajak sepak terajang.
srsly.

ciao.
emy'n berkata…
salam..

nak kata kwn baik sgt tu tak la, tapi da lama kawan, hampir 3 tahun dan skrang dah 6 bulan in relationship.. huhu

setuju ngn terfaktab bila kata girlfren bukan takat girlfren je tapi leh jadi bestfren and still dpt jadi mcm kawan dulu2 :))
Unknown berkata…
benda ni pernah jd kt aku .. in the end, ktorg clash sbb aku rasa bertahun kwn ngn die, ble couple die ta fhm ak cmne die fhm ak time ktorg kwn dlu . . hmm . . ktorg da ta bnyk b'gurau dan die da jd someone y ta sme mcm ak knl dlu . .

now, ak still sygkn die tp die da pergi jauh bw diri . . ak pn keliru . . ak msh sygkn die sbgi kwn or wht . . sbb ak nk ktorg jd kwn . . tp die kta die ta boleh . . if ktorg break, ktorg ta kn jd mcm dlu lg . . dn die da buktikn . . so upset :(
anwarsyie103 berkata…
admin..ko dah bape kali break up ha!!
haha..dah macam2 kisah ko ade.macam dah expert je ade experiance banayk.aku nak jugak woo...
kaizen berkata…
perghhh... terbaik bro....
_aliahwafa_ berkata…
tahu tak mengapa.. aku pon mcm same, masa kawan bercarut carutan, dah lebih kawan, dah mcm tak syok nak gurau kasar2.
say- O berkata…
actually i had experienced it before with my best friend. at first wasn't sure whether it's forever alone or jealousy or else, but lepas 3 tahun baru aku kompem yang ia bukan main2. tapi dah terlambat,though she already went for the other guy which is my friend too, still i confessed (nak buang beban di hati kan). keputusan-of course rejected

oh yeah kami bertiga memang berkawan sama2 dari awal lagi, haha~

nami, aku pun ada dedicate lagu ni kat dia gak dulu. memang kena syial lagu ni dengan situasi minat best friend. weezer win.
Hakim. berkata…
if dari bestfren,terus boleh jadi couple-i-love-you-you-love-me,itu sangat cool...serius
super-1 berkata…
wah~~ lagu faveret aku.....
Tanpa Nama berkata…
apa maksud terfaktab eh?

sorry baru tahu kewujudan blog ni dan baru follow :)
rozeeta rashid berkata…
kesimpulannya: lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi best friend sebab mesti ada 1 pihak yang terfeeling meeling. =)
Tanpa Nama berkata…
aku pernah rasa benda ni.. lepas aku dapat rasa yang aku cintakan dia, timbul pulak rasa benci. benci, sebab sayang dekat kwn baik sendiri. aku tak nak 'rasa' tu kacau keakraban kitrg nanti.dahla dua2 kepala batu.
Tanpa Nama berkata…
penah ada kawan baik aku suka kat aku..aku rejek dia...kecewa gila sampai bawak diri p sabah...urm...kesal gak aku rejek dia....dia baik..hormat pompuan....
nots berkata…
ouhh kisah kita sama . HAHA , after break , then main couple2 pulak dgn bset friend , tp ta boleh go on sebab rasa batu a.k.a kekok a.k.a plastic . HAHA , then now we're still best friend . D:
Tanpa Nama berkata…
My very best guy friend.
Dulu aku tak sayang, but he starts to be there for me more than a friend. Make me feel special. He even asked me to be his special someone. And bila aku dah terjebak, aku dah sayang, dia senang-senang tampar aku ngan ayat ni.

"I think we're better off as friends"

And he's no longer here for me at the time where i need him the most.

Sakit gila ok. Sebab tu lah susah nak kawan balik macam biasa. Susah nak pretend that i'm okay with it. Yes. Time will heal the pain. But until then, memang tak sanggup nak mengadap

So my advice, kalau kau tak pasti la kau sayang bestfriend kau tu as apa, jangan macam sial nak try-try couple dengan dia kalau kau tak berani nak commit. Because it's even harder to move on when ur ex is your best buddy where u guys belong to the same circle of friends. Nanti kawan2 semua sibuk tanya itu dan ini. Some more ppl are just curious kadang2, bukannya care pun.
azreen berkata…
engkau orang ni bagi komen,tak ikut fakta,kalau kau orang betul2 sayangkan seseorang,kenapa kau orang tak lakukan sholat isthikarah,sholat hajat,minta tolong dari pencipta.kalau dia itu betul2 jodoh kau orang insyallah selamat dunia akhirat.

bagi yg frust dgn gf atau bf,muhasabahlah...check apa silap kau orang.
Tanpa Nama berkata…
pesan je kat bestfriend tu...nanti aku dah ada karjaya,aku pinang engkau.kalau bestfriend kau tu perempuan,jangan kau bagi dia jealous sudah.jagailah persahabatan tu elok2,sebab kau pasti jugak kehilangannya apabila salah seorang dah berumahtangga.

goodluck
SomeAuthor berkata…
@azreen:

i did that and confessed to my best friend. heuheuheu

anything goes, eh?
rina berkata…
aku benci betul dengan bestfriend opposite gender ni,sebab boyfriend aku dulu sudah ada aku boleh cari bestfriend perempuan,dan aku nampak dia lebihkan bestfriend dia,bila nestfriend call dgn segera dia akan pergi,aku dah tak tahan aku dump dia.dia tak fikir kalau dia rapat dgn bf dia,tak ada org hendak tackle budak perempuan itu,mungkin sebab salah sangka,atau perangainya dah macam perangai lelaki jugak kut,dah bertepuk tampar.
azuwachan berkata…
aku paham problem budak sekolah ni. sbb aku pon sedang mengalami perkara yang sama.

well, dah nama pun perempuan. baik sikit, klako sikit, dah jatuh hati.

haihhh...

ape2 hal pun, thank you for this post.


dan ingat, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Yayaa berkata…
dulu ada bestfriend. tapi now dah jadik boyfriend. dah knl 4 years plus and in relationship 1 year plus. ^_^
Unknown berkata…
aku ada seorang bestfriend juga..gurl..my besties..then aku couple dgn kawan baik dia dari kecil..memang superb lah kan..lepas aku clash tue aku ada gak approach dia..but dia tak boleh nak take it seriously bcuz taknak sakitkan hati kawan baik dia a.k.a ex aku tue..

kesimpulannya, bestfriend korang boleh jadi gf/bf korang or vice versa..perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini memerlukan masa untuk berputik or whatsoever lah..bila korang dah berkawan untuk satu tempoh yang panjang, korang akan kekok sebenarnya bila nak tukar title hubungan tue..masa akan tentukan semua tue, korang bersabar je..
Masa muda nie kita memang mudah jatuh cinta... :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.