Ex
Sebelum gua taip apa yang gua nak taip,gua nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang datang event kitaorang di Projek Rabak,Ipoh hari tu. Walaupun hujan tapi tetap lu orang datang jugak itu membuktikan betapa powernya lu orang!Ok,kembali ke topik asal.
Pada mulanya gua nak taip entri ni di blog gua sendiri sebab gua merasakan ini merupakan pendapat peribadi gua tapi bila fikir-fikir balik yang topik ni berkaitan cinta jadi lagi elok lah kalau gua terus taip kat sini ye dak? Jadi gua ulang semula,ni merupakan pendapat peribadi gua,lu orang suka ke tak suka gua tak peduli. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan?
Sepanjang gua hidup,jatuh cinta dan putus cinta tak pernah sekali pun gua rapat dengan bekas makwe gua. Maksud rapat di sini ialah lu dengan bekas kekasih lu orang boleh jadi kawan baik bila clash. Maksud kawan baik di sini ialah lu orang boleh bergurau,pergi makan,tengok wayang,bersembang,boleh mencarut,lepak hari-hari,main SMS,komen kat fesbuk macam biasa tanpa melibatkan sebarang perasaan.
Gua selalu anggap ex harus dibiarkan menjadi ex,kita tak perlu jadi kawan baik dengan ex lepas clash sebab bagi gua benda ni sangat-sangat hipokrit. Yup,gua takde perkataan lain yang lagi sesuai dari hipokrit. Boleh berkawan macam biasa dengan orang yang pernah dicintai sangatlah hipokrit dan tak masuk akal.
Gua tahu ramai di antara kita yang jenis takde hal berkawan dengan ex masing-masing. Ramai yang akan cakap,apa salahnya jadi kawan baik dengan ex,dia dah kenal diri kita baik buruk apa semua,takkan tak boleh jadi kawan pulak ye dak?
Gua tak suruh lu orang bermusuh dengan ex lu orang tapi agak-agak boleh? Kalau setakat terserempak tiba-tiba dan dia ajak minum gua boleh terima,kalau ex lu sakit dan lu pergi lawat gua boleh terima,kalau ex lu ada masalah dan lu tolong dia selesaikan pun gua boleh terima..Gua cuma tak boleh terima dua orang yang pernah berkasih sayang jadi kawan baik dan siap boleh ketuk-ketuk kepala bila bergurau apa semua.
Ada jugak yang cakap ke gua,orang yang tak move on lagi je yang tak boleh berkawan dengan bekas makwe ni tapi bagi gua move on dan hipokrit adalah dua benda yang berbeza. Move on maksudnya lu dah maafkan ex lu,lu dah tak berdendam dengan dia,lu boleh senyum ke dia kalau terserempak kat mana-mana dan lu dah boleh jatuh cinta semula dan hilangkan perasaan cinta lu pada dia dan hipokrit pulak bila lu boleh switch perasaan sebagai seorang pakwe tu jadi perasaan sebagai seorang kawan baik.
Tak rasa janggal ke bila kita boleh berkawan dengan orang yang kita pernah berjanji sehidup semati? Tak rasa kekok ke bila orang yang kita pernah panggil abang,sayang,daddy,mummy,intan payung batu hikmat apa semua tiba-tiba sekarang dah jadi "aku" dan "kau" je. Tak rasa hipokrit ke tangan yang kita pernah pegang masa bercinta dulu tiba-tiba dah boleh main kilas-kilas bila berkawan?
Kalau lu orang boleh buat macam ni tanpa rasa apa-apa,maaf kalau gua cakap yang perasaan lu dulu kat bekas kekasih lu tu tak real,tak solid,main-main,tak deep. Haah,dulu time lu orang couple tu lu tak cinta dia mana pun sebab tu la lu boleh je jadi kawan baik dengan dia sekarang kan?
Bayangkan kita pernah tergila-gilakan seseorang,kita pernah bercinta dengan seseorang,kita pernah bersedih dan rabak dengan seseorang,kita pernah impikan perkahwinan dengan seseorang dan tiba-tiba seseorang itu boleh jadi kawan baik kita tak ke rasa awkward gila..
Nak berbaik-baik dengan ex lu orang baik je la tapi ada limitnya. Nak kawan pun kawan je la tapi takyah la sampai jadi kamceng. Kalau lu ada pakwe/makwe baru apa kata diaorang bila tengok lu kawan baik dengan ex lu? Kalau diaorang okay dan tak rasa jeles atau apa-apa maksudnya diaorang pun sama gila macam lu. Kahkahkah.
Ada jugak yang kata dia sayangkan bekas makwe dia gila-gila sampai dia kena berkawan baik dengan bekas makwe dia so dia akan selalu boleh jaga bekas makwe dia. Tahu tak frasa "jaga dari jauh"? Yup,lu tengok dia dari jauh sambil ambil tahu pasal kehidupan dia so kalau dia ada problem lu boleh tolong dia.
Kalau ada pulak yang kata dia berkawan dengan ex dia sebab dia cintakan lagi ex dia jadi bila berkawan tu dia ada chance lagi untuk dapatkan ex dia lagilah bangang. Percayalah yang menawan hati seorang stranger lagi senang dari menawan hati seorang kawan. Percaya pada jodoh,kot lu tak bertegur dengan dia dah sepuluh tahun pun kalau dah jodoh lu orang,jadi jugak.
Apa pun,ni adalah pendapat peribadi gua. Lu orang nak terima lu orang terimalah,kalau taknak terima pun gua tak marah. Tapi kalau lu dalam situasi yang macam gua cakap sekarang iaitu berkawan baik dengan bekas kekasih lu orang,SMS,post wall ke fesbuk,tweet atau call dia sekarang dan kasi skrip ni.
"Aku ada benda nak cakap ni. Leplep kata aku dengan ko hipokrit!"
Nota Cinta : Ex boleh jadi musuh atau boleh jadi kekasih semula tapi takkan boleh jadi kawan baik.
Ulasan
lagi2.. dah btul2 syg pastu dgn alasn ntah pape kena tinglll..perghhhhhhhh terbakar klu nak kawan blik..
pikiran kita tentg ni same..good:)
ex gua? tah idop tah mati. bukan tak amek kesah tapi da move on. eahueahueahu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oh lupa, saya tak add dia dalam FB. kahkahkah!
erm..mesti korg tak pahamkan..digest people..digest..
Ex tu da dikira Thing of The Past.
Wat kate P.Ramlee brg yg lepas hai jgn dikenang, kalo dikenang meracun diri.. lalalalalala~~~
hipokrit gila wei
tak pernah jadi member kamceng dengan Ex sebelum kapel, time kapel and selepas kapel. gila lain oh.
setakat senyum2, tegur2, lambai2 dari jauh tu biase kot. jumpa selalu kan. adatlah time belajar, mane mau lari.
kadang2 balik sekali sbb dah sama hometown. org dah nak tolong tumpangkan, nak rugi ape? toll I boleh support ape. hehehhe
nice entry!
mungkin jadi kawan baik tu sebab tak nak kehilangan orang tu terus dari hidup kot. tapi once dah jumpa orang lain kau boleh jalan laa. haha. boleh tak macam tu??
but then.. bila dia start cerita pasal awek dia..
rasa macam nak bg hadiah penumbuk sebijik! ^^v
ouhh , itu nama nya 'Disaster' okey . HAHAHA . dush-dushh !
Tapi kalau jd kwn baik jgk cne tu ? :D
-______-"
apsal bahasakan 'gua' jugak hik2 ..
*pehal tetiba pnjg sgt cm karangan upsr plak nih
baguih gila entry ni.haha
yes, ex takkan boleh jadi kawan baik lagi.
*BETAPA AKU SETUJU DENGAN ENTRY NI!!*
they are an EXample of the wrong love and an EXplaination why you deserve better..
-ayat kopipes-
tapi ade ex aku yg aku tak nak dah jumpe taknak dah contact.
depends
#ya leplep, percaya pada jodoh.
ble ak pk balek entry ko ad btol gk.
myb ko leh jdik kwn bek bb ko xd r cnte nk mati ng dy dl. n ak sokong!!!
fact ak ex ak y 1st ak dh jdik besfrens skg. msj2, komen2 kt fbplan nk date bagai. tp ble pk balek yup dl myb ak ng dy xd la cnte MNE klu x xkn leh kwn balek kn? HAHAHA
now 2nd ex. sumpah. ak xleh kwn ng dy. ak ce pk +ve tp xdpt den haa. ak syg cnte gle2 bb uh xleh kot. mustahl la owg y ko pnh pggl syg, ko pgg tgn dy leh ko slambe wt2 kwn baek. eh kamon la. never! ;pp
laen owg laen pk. peace.
~nikiysa2211-