Bertunang: jangan ler ingkey sangat !
[sumber]
Assalamualaikum and hye all !!
Ecewahhhhh.. Dari tajuk pun kome dah tahu aku nak sembang pasal apa hari ni kan. Jadi kita straight to the point je lah ye. Tak payah nak kona kona.
Bertunang.
Tak kira la orang melayu ke, orang putih ke, orang cina ke, orang india ke, majlis bertunang ni memang sesuatu majlis yang akan diraikan sebelum pasangan itu melangkah ke alam perkahwinan. Betul? Betul kan? Aku tak nak cerita pasal orang lain punya pertunangan. Aku nak cerita pasal orang melayu punya pertunangan. Kalau ikut adat melayu, wakil keluarga pihak lelaki lazimnya akan membawa tepak sirih/ sirih junjung untuk membuka bicara, sedikit manisan dan dah tentu tentu sebentuk cincin untuk menyunting si gadis. Betul kan? Lazimnya sejak dulu lagi macam tu lah kan? Hurm.. kalau nak diikutkan, dalam islam sendiri pun sebenarnya bertunang ni memang ada. Err kita panggil ia sebagai khitbah yang bermaksud meminang atau melamar. Lamaran itu pula dilakukan menerusi wakil pihak lelaki. Hah sama la kan konsep dia.
Orait terus kepada klimaks cerita.
Tetapi.. pada masa zaman sekarang ni, majlis pertunangan orang melayu dah upgrade sikit daripada dulu. Kena buat makan-makan, tempah pelamin, tempah baju, tempah solekan, err.. pendek kata memang banyak lah kerenah dan kerjanya. Itu semua adalah krana tuntutan zaman agaknya. Memang dah zaman sekarang ni pesen pesen lagu tu. Meriah. Which is good la kan sebab nampak yang semua orang gembira meraikan pasangan yang mengikat persetujuan untuk berkahwin.
Adat kita ni cantik.
Budaya kita memang nampak indah sangat.
Tetapi..
yang cantik dan yang indah tu, dah nampak tak indah lagi bila norma norma indahnya di langgar.
Dem ! Keluar bahasa kamus dewan bahasa dan pustaka pulak.
Maksud aku, kita macam dah tak ikut adat sangat dah, apatah lagi hukum agama yang mana aku tak berani nak sentuh kat sini sebab aku sendiri pun bukan lah elok sangat. Kepala pun bogel.
Cuba kome tengok gambar-gambar pertunangan pesen pesen sekarang. Ada yang bergambar berpegang peluk sakan, dah serupa gambar baru lepas akad nikah. Err.. tak rasa malu ke dengan orang-orang tua? Dah macam jadi budaya, mesti bergambar berdua. Kena pegang tangan. Kena konon konon encik tunang sarung cincin ke jari. Dah macam orang putih gayanya. Mana sopan dan silunya kita? Lepas tu upload kat facebook untuk tatapan sahabat handai kononnya.
Ye betul korang dah bertunang. Kalau kat luar korang dah biasa peluk peluk, lantak kan lah. Tapi masa majlis bertunang ni, tak payah la nak over sangat. Bukan hipokrit. Sekurang-kurangnya ada rasa hormat kita pada orang orang tua, rasa menjaga kepada adat dan budaya. Kita baru mengikat persetujuan untuk berkahwin, tapi memang tentu ke kita akan berkahwin dengan tunang kita tu? Jodoh ni misteri. Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang malah kita hanya mampu buat yang terbaik, dan doakan yang terbaik. Selebihnya bukan di atas tangan kita untuk menentukannya. jadi berpada-pada lah. Jangan nanti orang nampak kau sakan sangat, lepas tu tiba tiba yang sakan tu jadi tak ke mana.
Bak kata opah, jangan ingkey sangat !
Ulasan
sebab pengalaman ah
bila aku show off siapa bf aku
yes,aku akan clash
tp kalau senyap2
eh elok pulak bertahan lama
konklusi,just diam2 dah la
da confirm menikah
yes u have to show off utk elakkan fitnah
itu je.
:)
bukan dua cincin eh? merisik satu, bertunang satu..
aku memang tak gemor bertunang tunang ni tapi cincin tu nak lah. nak buat tanda. boleh tak?
aku pom nak cam kau. tp ade ke patot abg terus booo aku. dy ckp aku ni bg sng pakwe aku.
aisyeeehh tak paham lah. bila aku ckp dgn fmily yg aku nak tunang tanpa ada brg2 hantaran sume mcm xstuju. ada masalah ke? sila tlg jwb?
satu pun dah cukup maksu. merisik sekali bertunang je senang. emas mahal sekarang. ekeke.. tapi kalau lelaki mampu bagi dua lagi lah bagus ye dok?
FAZRINN:
ekceli SK dulu pun cenggitu. maleh nak kuor duit beli barang barang pulak. tapi macam tak sedap la. koarga kita nak jugak jaga air muka kan. ikut adatnya, ala setakat manisan, cekelat cekelat, buah buahan & kek je. simple. oh dan tepak sirih sekali.
tapi as usual lah,ramai yang kata "nak buat macamana,famili suruh,makcik suruh,itu suruh,ini suruh'
padahal kita ada hak untuk kata 'NO!'
kita ada hak untuk kata tak nak.
tapi kan.. tapi..
majlis kita ni family yang bertungkus lumus nak menjayakannya.
kita ikut apa deorang nak, dalam masa yang sama kita kabo tak nak grand grand sangat. isu nya kat sini, pasangan tu sendiri yang beria benor..
family aku jenis tak kisah sebab yang kuar duit bukan derang pun. lagi pun daripada spend duit utk majlis tunang baik simpan duit tu untuk lepas kawen or masa majlis kawen.
ni pendapat aku lah.tapi kalau tetibe ade orang nak sponsor aku bertunang, aku on je kot. ehe.
keh keh keh ;p
nice :)
MENARIK HARI INI
KES MENANTU DI CABUL
Klo ade si lelaki dtg pon da abis majlis, mse makan bru la msok. Zaman sekarang je semakin over.
Kadang2 siap pelamin bagai utk bertunang.. Pembaziran wei..
*teringat cerita zaman dolu2 lelaki dok berdebar2 tggu kt umah sama ada pinangan die diterima atau ditolak..
'usah hingke benor, nanti maghu..'
heh
lulz. tak tahu.
nanti wa up kan sebijik. nak gi sapedey dulu. kbai!
Jodoh itu misteri~
nice one!