Semangat Gila.
Assalamualaikum and 안녕...
Punyalah lama aku biarkan page 'New Post' ni sebab dah terleka dengan fesbuk & tuiter. Untuk yang belum pernah berjinak-jinak merpati dengan amende natang yang aku nyatakan tadi, aku nasihatkan tak payahlah nak berjinak-jinak merpati sangat. Tapi, kalau dah terlanjur tu, bawak-bawaklah folo terfaktab. Kehkehkeh.
Haa. Cakap pasal fesbuk, skang ni kemanenen (baca: kemaen) galak sungguh status berantai ni "Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, TUNGGU & BERSABAR, tak perlulah kamu yang mencari ADAM kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang dan blablabla kamu hanya perlu berdoa agar Adam yang datang tu Adam yang beragama, beramal dan berakhlak baik dan blablabla dan bukannya Adam dalam citer Nur Kasih (okay yang ni aku tambah)...." Aku tules blablabla bukan sebab aku malas nak tules ataupon aku malas nak kopipes. Tapi ketahuilah anda sbnanye aku cuba untuk menjimatkan bilangan huruf. Hahaha.
Untuk sape-sape yang penah post status tu, tahniah la sebab indirectly kita cuba nak gtau kat kaum Adam yang kita ni takleh terhegeh-hegeh kat dorang sebab fitrah kejadian seorang Hawa adalah untuk menunggu dan berdoa dengan penuh kesabaran. Sebab tu jugak la aku dengan sabarnya tunggu sang Adam yang rusuk kirinya tersesat dalam badan aku datang jumpa aku semalam malangnya tiada. Okay, ni pon aku saje-saje tambah.
Korang ingat orang dolo-dolo sesukahatimaknenen dia ke nak buat bidalan 'perigi cari timba'? Mesti ada sebab beb. Dah, ape aku nak tules sbnanye ni? Okay, citernye macam ni la sbnanye. Mak aku penah cakap; "Kita pompuan ni takyah sebok-sebok carik. Dah abes blaja, kita doa je. Yang penting, doa tu. Allah tu kan Maha Mengetahui". Abes dia cakap, aku pon mula berfikir. Kalau dah perangai aku pon hampeh, layak ke aku dapat laki yang baik? Yang pegi surau, tak pakai short, penyabar, tak mintak nak kawen dua, dan BANYAK LAGI. Layak ke? Kan pompuan yang baik untuk laki yang baik? Ohh, doa doa. Okay, aku nak doa setiap hari. Tapi, layak ke? Layak ke aku sbnanye ni?
Kalau korang jadi aku, korang fikir tak macam aku? Errr, ke tak? Tapi kalau dah jumpa laki yang cukup syarat tu, tak salah kot untuk mulakan langkah pertama. Yela, kang tak pepasal pulak ada orang bidas aku bagi contoh Siti Khadijah melamar Rasulullah. Ilmu tak cukup banyak di dada beb, terkelu pulak aku nak menjawabnye nanti. Haha. Bengong pulak tetiba rase lepas launching semalam. Masih dalam proses nak satukan dunia maya dan dunia realiti gamaknya. Ok lah. Sbnanye aku saje je up post ni nak seru bakal jodoh aku datang lagi 2 tahun. Tunggu saya abes blaja ye sayam.
p/s: Ilmu kat dada tak cukup, otograf kat dada boleh la. Hikhik. Mahu? Kikiki. Annyeong~
Ulasan
http://secretissecret11.blogspot.com/
http://secretissecret11.blogspot.com/
mulakan je langkah pertama
we are looking for a husband,
not a boyfriend kan ? :D
But the other one was like, "Jangan buat first move. Nanti nampak cam perempuan murah. Nanti, kalau tak jadi, malu lah pulak."
I have some guy friends who encourage me to make a move but bila I soal diorang siapa yang buat first move dulu, they answered that they made the first move. And, I was like, never mind.
It's not that I care what other people will say if I made the first move, it's just that my ears are still functioning and my brain works like a tape recorder so people's words, especially insulting ones haunt me everytime.
perigi cari timba- aku sampai sekarang tak dpt nak terima phrase ni. w/pon aku budak pompuan kl yg ala2 tomboi tak reti nak cover2 ayu mcm lisa surihani,aku tetap tak suka dgn statement 'ala, ape salahnye kalo perempuan bukak langkah pertama.'
bagi aku, there's a reason kenapa Adam yang dijadikan dulu sblm hawa, kan.
kalo hangpa reti bagi hint, bagila. tak pun mintak org ketiga tolong.
tp kalo hangpa rasa okey je nak teruskan langkah pertama, well, I wish you all the best :)