Terkini Dari Terfaktab

Salam 2-0 kepada semua. Sejak akhir-akhir ini, pejabat Terfaktab nampak tenang sedikit setelah kelancaran launching dan roadshow untuk Kitab Terfaktab. Pihak skuad mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian semua, peminat dan proksi kerana membeli produk kami iaitu Kitab Terfaktab Edisi #1 dan tegar membaca hasil penulisan kami di blog ini. 

Mengenai Kitab Terfaktab, hasil perkhabaran yang telah kami terima dari pihak penerbit iaitu Lejen Press menunjukkan hanya tinggal lima belas (15) buah buku cetakan pertama yang tinggal untuk di beli. Sebarang cetakan kedua menurut hebahan rasmi setakat ini bergantung kepada pihak penerbit yang akan menguruskannya.

Pihak skuad telah menerima beberapa aduan dari para pembeli mengenai hal kelewatan mendapatkan Kitab Terfaktab. Umum yang kamu tahu dalam hal ini, pihak penerbit iaitu Lejen Press telah pun melakukan penghantaran pos secara berjadual pada hari Rabu dan Jumaat. Telah dikenal pasti bahawa, masalah keterlambatan ini mungkin terjadi kerana beberapa sebab iaitu;

i) Kelewatan dari pihak Pos Laju menghantar Kitab Terfaktab ke rumah anda. Terdapat beberapa pesanan yang dihantar telah dipulangkan semula oleh pihak Pos Laju kepada pihak penerbit kerana masalah kesalahan alamat, penerima pesanan (pembeli) tiada di rumah. Juga kepada pembeli yang tinggal di kolej kediaman, desasiswa mahupun fakulti. Kemungkinan Kitab Terfaktab anda tersangkut di pejabat kediaman atau di pejabat Pos Laju sendiri. Kami menggalakkan anda memeriksa pesanan anda itu terlebih dahulu kepada pihak kolej dan Pos Laju.

ii) Masalah pesanan yang tidak menyertakan bukti pembayaran. Segala pesanan yang tidak disertakan bukti pembayaran berupa gambar slip, scan slip, info-transaksi (internet banking) dan tidak dihantar (baca : email) kepada pihak Lejen Press, maka proses pembelian tidak diproses. Oleh yang sedemikian, kami menasihatkan para pemesan Kitab Terfaktab mengambil berat hal ini dengan menghantar bukti pembayaran, (secepat mungkin) kerana tanpa bukti pembayaran, proses penghantaran tidak berjalan dan lebih rumit, pihak penerbit mahu mencegah dari penipuan pembelian.

iii) Masalah nama pemesan yang menggunakan nama samaran. Pihak kami sebenarnya boleh dikatakan nak pecah perut tergelak dalam hal ini. Mengapa mesti menggunakan nama samaran? Jadi, ini akan menyukarkan pihak penerbit mencari nama anda (yang menyamar) ini dalam rekod transaksi bank. Hal ini juga akan melewatkan penghantaran atau dengan erti kata lain, urusan pembelian anda tidak diproses. Pihak kami dan pihak penerbit memberi jaminan, nama anda tidak akan di dedahkan lagi setelah satu mesyuarat ringkas yang di adakan pada 2 minggu lepas. Disebabkan itu lah, tiada lagi kemaskini nama pembeli sejak 7 Oktober lepas bagi menjaga hak-hak pembeli. Harap maklum.

Baiklah, di sini juga kami ingin membuat satu pengumuman gembira kepada semua pembaca blog dan kitab Terfaktab. Hari ini, skuad Terfaktab akan menantikan dua ahli skuad yang terbaru. Dua ahli skuad yang terbaru ini terdiri seorang lelaki dan seorang perempuan. Kami berharap dengan kehadiran dua tonggak baru ini mampu memberi nafas baru kepada skuad Terfaktab dalam memperkasa misi definisi cinta infiniti yang mahu diperluaskan dalam menjaga kesaksamaan perhubungan cinta antara sesama manusia dan ilahi. Pemilihan dua tonggak baru ini dibuat kerana melihatkan beberapa faktor kepemergian dua tonggak skuad Terfaktab yang bercuti panjang, berhenti dan mahu menumpukan kepada misi peribadi masing-masing. Mereka ialah DorkyGuy dan HuskyPusky. Marilah kita memberi tepukan dan ucapan selamat serta terima kasih atas jasa yang mereka curahkan di medan Terfaktab ini. Semoga mereka kembali ke Terfaktab dengan gaya baru dan gaya cemerlang. Pihak Terfaktab sentiasa terbuka menerima mereka kembali dengan senyuman kebanggaan.

Untuk itu, dua tonggak yang baru yang terpilih ini, hasil dari scout yang kami jalankan sejak beberapa bulan lepas. Mereka ialah.

- Seorang pengkarya yang berbakat besar dalam lukisan komik. Lukisan komik Scraflet Girl amat mencuit hati dan entah macam mana Isaac hendak mengaplikasi lukisannya di sini, marilah kita nantikan dengan penuh debaran.

- Gadis dari Singapura ini mempunyai sebuah karektor penulisan yang sangat mendalam. Ia merupakan sebuah penghormatan bagi Terfaktab untuk mempunyai 'awang import' dalam memperluaskan terjemahan hubungan manusia agar tidak terbatas di Malaysia sahaja.

Juga terdapat pengumuman ringkas seperti;

i) Terfaktab akan menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan hadapan. Agak-agak kalian, macam mana?
ii) Permintaan atas t-shirt Terfaktab semakin meluas, tetapi buat masa ini t-shirt itu terhad. Akan kami kemaskini hal ini di masa lain.
iii) Roadshow Terfaktab masih dalam tahap perbincangan. Namun yang pasti, Kitab Terfaktab akan dijual di October Tweet Fest bertempat di DIGI Hq pada 22 Oktober ini dan juga di event Haloween Datang Lagi bertempat di Rhasta TTDI pada 31 Oktober ini. Ayuh rebutkan!

Itu sahaja rangkuman terkini dari skuad Terfaktab. Semoga kalian ceria menempuh hari-hari yang mendatang. Sekali lagi, salam 2-0 dari pihak kami. k3h k3h k3h!

Ulasan

pelawat setia setiap hari tanpa tinggalkan jejak kaki kerana terfaktab sentiasa dihati berkata…
tahniah Terfaktab.

nak mintak 1, tambahkan entry dan buat 1 topik khas untuk diperbincgkan.

saya sokong dari belakang.

utk kitab terfaktab. saya dah khatam lama. sume okey cuma agak kecewa sebab penulisan yg terhad.

sekian terima kasih.
pelawat setia setiap hari tanpa tinggalkan jejak kaki.
pelawat setia setiap hari tanpa tinggalkan jejak kaki kerana terfaktab sentiasa dihati nombor dua berkata…
Tahniah Terfaktab,

Saya sentiasa sokong juga.
HANISSURAYA berkata…
bial kitab terfaktab nk dijual di kedai nbuku. i wannntt it so much please!
bukan penggoda berkata…
kate tiga tonggak utama? sape lg sorg?
gilaweb berkata…
hebat kamu ni...kena beli jgk kitab kamu
yanntulis berkata…
dorkyguy nk gi mane :(
nots berkata…
dah lame orderr ! penat tunggu. ;(
Tanpa Nama berkata…
tahniah terfaktab ! tak sabau mau nxt siri . chaiyoxxx
Syamimi Hazirah berkata…
Dah habis baca dua2 buku Terfaktab #1 dan Awek Chuck Taylor. Terbaik!! ♥

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.