Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Relationship 2017

Imej
Secara common sense-nya, zaman kian berubah ditelan arus masa. Bermakna setiap perihal lama ada yang sudah tidak sesuai digunakan lagi pada era baru. Let say, disket. Sudah tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang-- pendrive lebih sesuai.
Sama sahaja seperti relationship. Terdapat cara atau method dalam relationship pada tahun-tahun sebelum ini yang sudah tidak sesuai digunakan pada tahun sekarang. Kerana apa? Kerana perubahan sikap manusia, masa, dan kebolehupayaan-nya.
Relationship perlu selaras dengan zaman. Ini adalah antara rangkuman ringkas.
1. 
Kalau suka kat seseorang.  Jangan luah perasaan secara terburu-buru.
Simpan dulu perasaan tu. Then, tanya pandangan kawan rapat. Kot-kot lah kawan pun tersuka dengan orang yang sama. Bolehlah setel awal-awal. Pandangan kawan penting walaupun kawan tu tak pernah bercinta. Sebab, relationship yang hendak dibina secara serius bukan berdiri antara awak dan pasangan je. Ia melibatkan semua orang dalam circle awak dan si dia.
Takkanlah nak …

SUAMIKU NOBURU WATAYA oleh NURUDDEAN

Cerpen ini dipetik dari buku Antologi Suamiku. Untuk pembelian buku ini, sila klik link ke webshop kami -> https://terfaktab.com/product/suamiku/

Mungkin aku patut namakannya Noboru Wataya. Ianya nama watak kucing yang hilang dalam buku Murakami. Aku mulanya bercadang untuk menamakannya Otsuka atau Kawamura tapi Noboru Wataya agak sesuai memandangkan nama suamiku bermula huruf N. Lagipun, memandangkan suamiku acap kali hilang di waktu siang, mungkin nama itu cocok dengannya. Atau aku patut namakannya Baron Humbert von Gikkigen. Miniatur kucing yang dihidupkan dari animasi Mimi o Sumaseba ke dalam Neko no Ongaeshi. Dia kacak, pakai sut dan topi. Tapi Baron adalah karakter antromorfis dan aku fikir ia tidak sesuai memandangkan suamiku tidak berdiri atau berjalan seperti manusia. Dia berjalan seperti kucing-kucing lainnya. Lagipun aku suka Noboru. Ia mudah disebut dan sedap didengar bukan? Ini bukanlah metafora, jika kau bersangka begitu. Suamiku betul-betul seekor kucing. Maksud aku, d…