Relationship 2017



Secara common sense-nya, zaman kian berubah ditelan arus masa. Bermakna setiap perihal lama ada yang sudah tidak sesuai digunakan lagi pada era baru. Let say, disket. Sudah tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang-- pendrive lebih sesuai.

Sama sahaja seperti relationship. Terdapat cara atau method dalam relationship pada tahun-tahun sebelum ini yang sudah tidak sesuai digunakan pada tahun sekarang. Kerana apa? Kerana perubahan sikap manusia, masa, dan kebolehupayaan-nya.

Relationship perlu selaras dengan zaman. Ini adalah antara rangkuman ringkas.

1. 

Kalau suka kat seseorang. 
Jangan luah perasaan secara terburu-buru.

Simpan dulu perasaan tu. Then, tanya pandangan kawan rapat. Kot-kot lah kawan pun tersuka dengan orang yang sama. Bolehlah setel awal-awal. Pandangan kawan penting walaupun kawan tu tak pernah bercinta. Sebab, relationship yang hendak dibina secara serius bukan berdiri antara awak dan pasangan je. Ia melibatkan semua orang dalam circle awak dan si dia.

Takkanlah nak bina relationship, sampai buang kawan?
Teruk tu.

2.

Berterus-terang, cakap direct, straight to the point-- adalah perkara yang baik. 
Tetapi jangan sampai salah susun ayat dan kata.

Rancang dan fikir dulu apa yang hendak dicakapkan. Penggunaan ayat dan kata yang sesuai boleh memberi advantage dalam komunikasi dua hala.

Berbeza kalau awak ada masalah atau tak puas hati dengan sesuatu. Yang tu awak kena cakap terus. Tapi, masih kena susun ayat dengan betul dan cakap baik-baik.

Berhemah.

3.

Tak suka dengan seseorang yang suka awak?
Rimas dan orang tu macam tak faham bahasa?

Tak perlu maki. Hanya jauhkan diri. Lagi banyak cakap, lagilah sakit hati.
Button block pun ada. Kalau tak jalan juga, inilah masanya minta tolong kawan rapat sampaikan pesanan kepada orang tu yang awak tak suka. 

Nanti orang tu akan malu sendiri dan automatik berundur.

4. 

Tidak seronok pun bercinta or ada relay dengan penulis yang tidak matang dan syok sendiri.
Seriesss.
Carilah orang yang matang. Perhatikan.

5.

Move on dah tak sesuai.
Sebab awak hanya letak tepi masalah dan blah macam tu je.

Setel-kan masalah relationship dulu. Then start new.
Nak bawa diri sekalipun, tunggu lepas start new.

Tak guna kalau siang move on, tapi malam terkenang. 
Tak lega langsung.

Hanya orang yang tak matang saja ambil masa sampai 27 Hari Untuk Move On.
Awak ingat semua orang ada masa untuk tunggu awak?

6.

Relationship 2017 adalah berkisar kepentingan masa. Bukan lagi pasal perasaan, ayat deep, merajuk, dan lain-lain yang tak penting sangat.

Juga, awak kena tahu-- orang tak pernah bercinta yang jadi doktor cinta, pakar dalam memberi nasihat dan pendapat ni memang BANYAK MASA nak buat kerja-kerja tu. Sebab kalau orang tu bercinta, dia busy, takde masa, sibuk dengan komitmen sekeliling.

Time is love. Jangan persiakan.

7.

Akhir sekali, daripada awak kuatkan rasa cinta dan sayang. Buat macam-macam untuk tunjuk cinta awak kat si dia dan semua orang. Lebih baik awak kuatkan hati sendiri.

Relationship 2017 kena banyak bersabar.
Dugaan tiada mata. Boleh datang bila-bila.

Chalo!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.