Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apekes? cinta itu aneh

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
" Tok Kadi semua cuti panjang ke?  Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni.  Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad. Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini? Shipping. Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam k...

Cik Ipah.

Imej
Zaman-zaman dulu, zaman sekolah dulu (entah tahun berapa dah, maklumlah saya dah tua), ada seorang kawan ni, saya panggil Ipah. Masa kat asrama dulu Ipah duduk block B tingkat 2. Ipah orangnya ramah senyumnya manis, saiznya sederhana dan tinggi lampai (OK tak tahulah betul-betul tinggi ke camana, sebab saya ni pun, lagi rendah dari Alexia Aqram). Ipah ni dalam bilik dia penuh buku, dah macam mini library. Ada novel, ada komik, ada VCD, semua cerita-certita jiwang. Maka student-student yang kopak duit tapi mahu entertainment selain TV1, TV2 dan TV3 selalulah berkunjung ke bilik Ipah mintak pinjam buku. Saya pun pernah pinjam 1-2. Amboih kemain novel grafik dia, boleh buat orang yang baca macam nak kawen kat situ jugak. kakaka. Mini library Ipah tak lawa camni, tapi buku dia power-power. ( sumber gambar ) Satu lagi perkhidmatan Ipah ni ialah, kaunseling. Tak kira petang ke malam ke, adalah yang jumpa Ipah buat sesi kaunseling. Kalau lalu depan pintu dia mesti nampak sorang teng...