Shipping yang tidak lagi free.
"Tok Kadi semua cuti panjang ke? Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni. Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad.
Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini?
Shipping.
Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam keseluruhan siri X-Files.
Obsesi terhadap keserasian dua watak ini menyebabkan wujudnya laman web, blog, video dedikasi youtube, forum, kelab peminat, dan fangirl/fanboy stalker yang obses kepada perhubungan mereka berdua. Tidak dinafikan juga...aku pun meminati dua orang ni--inilah siri yang menghabiskan usia kanak-kanak aku (cuma aku tak sampai tahap obses lah. Zaman tu mana aku tau cinta!) . Namun setelah menginjak dewasa, aku faham bahawa hubungan Scully-Mulder hanyalah rekaan fiksyen nukilan ahli panel penulis skrip.
Ejen FBI yang paling setia lah kiranya ni. |
Begitu juga shipping #lofattah. Mengikut pemerhatian aku, kegilaan ini bermula dengan kegilaan siri Surihati Mr Pilot - di mana kisah seorang gadis putus cinta, Warda (Neelofa) diubati hatinya oleh seorang pilot kacak Ejaz (Fattah). Jalan cerita kisah itu, serta keserasian mereka -- dan the fact that mereka juga sering kelihatan berdua di luar lokasi - menyebabkan peminat "percaya" ada cinta wujud di antara mereka. Biarpun salah seorang sudah mengaku bercinta dengan orang lain!
Yang menjadi kekaguman aku ialah--mengapa warga yang aku anggap sudah dewasa dan matang--masih menghabiskan masa mereka shipping dengan rakan-rakan. Buktinya, antara begitu banyak IG/ FB page yang didedikasikan untuk hashtag lofattah, ada juga yang diuruskan kaum ibu dan warga profesional!
Salah satu insta yang didedikasikan untuk kegilaan fatah-lofa. Sila cuba lagi, Nora bagi empat bintang. |
Mengapa sampai ke tahap ini?
Yang kita perlu faham ialah -- media TV, seperti mana media seni lain -- adalah satu perniagaan. Lebih lama mereka dapat menarik minat anda untuk satu-satu perkara--lebih lama mereka dapat menarik minat anda untuk mengkonsumasi produk yang berkaitan dengannya. Pengiklanan, meet and greet, product placement. Clickbait gossip articles, dan online streaming (walaupun menontonnya free, tapi pihak media mendapat hasil dari segi iklan website). Tu belum lagi side-products yang dibawakan oleh pihak lain. Cuba ingat balik- berapa banyak produk yang dijual atas nama hubungan Warda-Ejaz. Baju Warda. Jam Warda. Tudung Warda. Baju Pilot ala mini-Ejaz.
Mungkin lepas ini jika shipping terhadap Lofattah masih trendy--akan ada Mr Pilot special Raya!
Inilah dia baju Warda kalau korang nak tahu. Ya benarlah kata orang tua, kalau si jelita pakai guni pun boleh lawa. |
Media pun bijak--selagi mereka boleh "drag", mereka akan "drag" drama perhubungan ini sepanjang mungkin. Yang menjadi mangsa ialah pelakon itu sendiri, kerana dua-dua pun kelihatan seperti tak berapa hendak serasi, tidak seperti dalam siri tersebut. Cuma peminat yang masih berharap, hingga menjalankan sesi solat hajat, dengarnyalah.
OK, mungkin ada yang sudah faham tentang niat media untuk "merelakan" shipping ni berlaku. Tapi kenapa pihak penonton juga "merelakan"diri mereka untuk menjadi obses?
Eskapism.
Eskapism.
Macam Madame Bovary dan kebosanannya dengan hidup di pekan, lalu mencipta keindahan sendiri berdasarkan impian yang disulam melalui novel-novel romantik yang dibacanya. Dan akhirnya Madame Bovary kecundang sendiri di bawah cinta lelaki kacak yang tidak kesampaian dan hutang yang menggunung daripada pakaian dan barang kemas yang dibelinya. (BTW- ada yang kata Madame Bovary ni kisah betul. Tak, cuma novel yang dijadikan filem.)
Kalau korang nak tengok trailer dia, boleh klik youtube ni. |
Eskapism ni indah, aku faham. Lagi-lagi bila hidup kebosanan--hari-hari menghadap kerja yang sama, muka yang sama, perangai yang sama, sekali sekala masuk dalam dunia fantasi yang tersusun cantik, memang rasa bahagia. Cuma, hati-hatilah dalam melihat kebahagiaan yang hanya dicipta oleh nukilan indah para penulis layar.
Penulis layar pun macam kau juga -- orang biasa yang dahagakan escape.
Ulasan