Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel islam

Kalau kita ada 20k, mana lagi baik buat dulu--Haji ke Kahwin?

Imej
Assalamualaikum wbt. Heh. lama tak jumpa. Asyik buat entri berat-berat je kan? Well now kita letak entri mudah-hadam tapi separa ilmiah jugak. Almaklumlah SPM punya musim kan. Hanset si budak Kardashian tu. Betul ! Kali pertama dalam sejarah hidup saya yang tak seberapa pendek ini, saya telah membeli smartphone sendiri. Jenis apa, wallahualam. Tapi cantik la (kot). Yang penting boleh up status troll sepam dua pukul dua tiga pagi dekat Terfaktab. wheehee! Ok main topik entri ni bukan pasal beli smartphone. Tapi pasal rata-rata feedback orang yang #kekening semacam bila kita beli hanset mahal. Nak cerita kelebihan Android Froyo dan Ice Cream Sandwich pun bukan ada yang faham. Yang diorang tahu ialah jumlah duit yang digunakan untuk beli hanset tu. "Apasal kau beli hanset mahal, booo, inilah gegurls, suka membazir je...beli hanset, beli handbag, kita kaum lelaki pumpang kumpul untuk kahwin" kata beliau sambil mencebik di belakang skrin komputer. Mak pula berkata, "I...

[TENTANG PERKAHWINAN] Pasca Majlis: Yassin sebagai buah tangan?

Imej
Assalamualaikum wbt. Sekarang ni dah musim mengawan musim perkahwinan kan? Tentunya ada ramai antara kita yang asyik memenuhi jemputan kahwin hampir setiap hujung minggu, sejak Jun lepas bukan? Sambil hadir makan-makan dan memberi ucapan tahniah kepada pengantin, sekali-sekala dapat juga tengok trend perkahwinan sekarang. Trend yang paling baru--ialah menggantikan buah tangan perkahwinan dengan Yassin. Dulu telur rebus, lepas tu gula-gula, lepas tu kek bahulu, lepas tu keropok--kemudian beralih kepada benda bukan makanan seperti sudu garpu, tuala kecil dan Yassin. Ya, Yassin. { sumber } (kepada yg bukan islam, Yassin adalah booklet kecil dengan beberapa surah(chapter) dalam AlQuran di dalamnya, iaitu salah satunya Surah Yassin) Saya tertanya-tanya sebenarnya, adalah ia tuntutan agama untuk memberikan Yassin sebagai buah tangan? Adakah dalil yang khusus menggalakkan pemberian ayat-ayat AlQuran kepada hadirin majlis itu, atau adakah pembacaan Yassin itu mempunyai keperluan khus...