Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel First Crush

It’s dead and gone baby! Dead and gone!

Imej
(As per Nami’s request over this issue, I shall dedicate this to the little princess up in Brunei . So here's to you--from the lowly, 1987-born Aries southpaw in Malaysia). Kim Ung Young --pemegang rekod budak paling bijak di dunia dengan IQ 210. We have similarities, you and me . Kita berdua dididik supaya rajin belajar—kerana tiada yang lebih menggembirakan mak abah daripada melihat tanda A biru dalam kad laporan saban tahun. Kita berdua dididik supaya anti percintaan zaman sekolah—supaya tidak membazirkan intelek kita pada cinta monyet. Supaya meneruskan pengajian ke menara gading;   bak kata nenek “kau harus pulang dengan ijazah. Rugi orang seperti kamu tidak diisi dengan ilmu.” Rugi, rugilah sangat tanpa ilmu itu. Tapi lebih rugi lagi, kalau hidup tanpa cinta. Bukan begitu puteri? Jadi tika saat ibu saya finally melepaskan saya ke dunia sebenar—saya terbang tinggi dan jauh untuk mencari cinta itu. Namun cinta itu tak adalah cukup dibaluti gula seperti yang diceritakan...

Kau Faham Ke Tak, Sign Of Rejection?

Imej
Pernah memburuh di sini selama dua bulan sebelum berangkat ke UK. Aku harap kau baca tulisan ni dan faham tulisan ini betul-betul. Aku dah malas dah nak bersimpul-simpul, berkias-kias dan bersembunyi. Kali ni aku cakap terang-terang. Aku faham masa djaman kau sekolah rendah ke menengah dulu, mak bapak kau tak kasi kau bergaul dengan lelaki. Aku tahu kau anak orang atasan, pergi berhantor balik berhantor. Takde pergi tuisyen - cikgu tuisyen yang datang ke rumah kau. Takde masa senggang untuk berpacar-pacar. Pagi Ahad kau berlatih piano. Pagi Sabtu kau berlatih main tenis. Petang Sabtu kau practice belajar naik kuda. Petang Ahad kelas lukisan. Isnin sampai Jumaat sekolah, balik sekolah buat kerja sekolah. Takde masa kau nak berfriendster hinggalah bermukabuku. Kau dapat result cemerlang di sekolah. Kau dapat tawaran universiti di Australia. Bapak kau kaya, petik duit je boleh datang. Kau pergi Australia. Bila kau ke sana, mak ayah kau cakap kau tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki....

First Crush

Hello. Aku Husky n Pusky. 23 tahun, bujang, ada stretch mark di perut, tidak makan ikan, dan gemar mencium kuku kaki(guilty pleasure). Menulis Sejak April 2008 (kurang aktif sejak disember 2009), pernah memenangi Peraduan Blog "Happy Moment" anjuran Happy Prepaid, dan pernah menangis baca entri sendiri. Awesome. Waklu. Aku dah lama tak menulis. Jadi aku nak mulakan karier aku di Terfaktab dengan bacaan ringan tanpa fakta, tak macam penulis- penulis lain. Aku nak bercerita tentang "First Crush" aku. Kalau tak sedap jangan bagi aku "Fist Crush". Aku tak reti bertumbuk. Aku percaya "First Crush" adalah satu benda yang indah, seperti Pony yang berak pelangi. Tak kiralah kita melaluinya pada fasa cinta monyet mahupun fasa after puberty. Kerana itu adalah saat pertama kita merasa cinta terhadap seseorang selain mak, bapak, akak, abang, adik dan saudara- mara. **** Tajuk Karangan: Cinta Tahi Saya. * Kata ganti diri aku dalam cerita ini adalah ...