First Crush

Hello. Aku Husky n Pusky. 23 tahun, bujang, ada stretch mark di perut, tidak makan ikan, dan gemar mencium kuku kaki(guilty pleasure). Menulis Sejak April 2008 (kurang aktif sejak disember 2009), pernah memenangi Peraduan Blog "Happy Moment" anjuran Happy Prepaid, dan pernah menangis baca entri sendiri. Awesome. Waklu.

Aku dah lama tak menulis. Jadi aku nak mulakan karier aku di Terfaktab dengan bacaan ringan tanpa fakta, tak macam penulis- penulis lain. Aku nak bercerita tentang "First Crush" aku. Kalau tak sedap jangan bagi aku "Fist Crush". Aku tak reti bertumbuk. Aku percaya "First Crush" adalah satu benda yang indah, seperti Pony yang berak pelangi. Tak kiralah kita melaluinya pada fasa cinta monyet mahupun fasa after puberty. Kerana itu adalah saat pertama kita merasa cinta terhadap seseorang selain mak, bapak, akak, abang, adik dan saudara- mara.

****

Tajuk Karangan: Cinta Tahi Saya.

* Kata ganti diri aku dalam cerita ini adalah "Pisang". Aku malas nak pakai nama betul.


Masa aku umur 6 tahun dulu, mak aku hantar aku belajar kat tadika.

Macam celaka ayat intro tak best.

Waktu aku umur 6 tahun dulu, aku belajar di tadika Kemas. Masa tu akak along aku darjah 4, akak angah aku darjah 2. Disebabkan sekolah dengan rumah dekat(tak sampai 10 minit jalan kaki), mak aku tiap- tiap pagi hantar sampai depan pagar rumah je. Masa tu kes- kes culik budak dengan pedophile ni tak selalu sangat keluar kat surat khabar. So setakat seratus dua langkah nak ke sekolah tu apa ada hal, bapak aku pun malas pagi- pagi nak panaskan enjin van dia.

Aku di tadika dulu kira perangai macam nehalem(nak haram)la. Kuat lawan cakap cikgu. Pernah sekali aku bertekak dengan cikgu masa rehat sebab apa entah. Selamba je aku amik beg bukak pintu pagar tadika balik rumah. Cikgu time tu dah terjerit- jerit "Pisangg Pisangg awak nak pergi mana sekolah belum habis lagi. Pisanggg!!!" Macam celaka perangai.

Sepanjang jalan ke tadika tu selalunya ada lembu lepak- lepak tepi jalan sambil ekor terkitai- kitai halau lalat. Kadang- kadang kalau bertuah aku dapat tengok lembu berak live. Lembu bersenggama belum pernah lagi dapat tengok live. Pernah sekali tu aku ambik benih bunga matahari dari rumah, aku campak atas tahi lembu fresh, dengan harapan beberapa minggu berikutnya boleh tumbuh bunga matahari. Along jahat, dia selalu ketawakan cita- cita aku yang noble.

Aku teringat lagi satu hari tu, aku pergi tadika macam biasa. Dalam beg aku ada kotak JoJo sebab cikgu cakap hari tu dia suruh murid- murid bawa kotak kosong, nak main gunting- gunting. Entah apa- apa. Tapi aku suka buat benda- benda lagha camni sebab aku malas ikut kawan- kawan sebaya aku jerit sama- sama: "A....Ayam. B....Babi".

Ok aku tipu "B... Bola. C...Cawan. D...Dadu".

Masa rehat waktu tu, aku tak keluar main gelungsur macam kawan- kawan yang lain. Aku duduk habiskan main gunting- gunting kotak JoJo. Masa tu aku bersandar betul- betul belakang pintu. Jari kelingking aku ada dekat celah pintu. Dan2 ada budak datang tolak pintu kuat- kuat.

Kuku aku hancur. Darah meleleh. Aku menangis sampai air liur air kahak air hingus semua keluar. Aku lupa apa nama cikgu tu, tapi dia memang cikgu paling best la dalam tadika tu. Dia balutkan jari aku. Dia ada anak perempuan. Aku lupa nama dia. Yang aku ingat muka dia putih, ada lesung pipit belah kanan, rambut ikat tocang, lebih kurang sebaya aku.

"Pisang.. sakit tak?"
"Uwaaaaaaaaa"
"Ala janganlah nangis. Pisang kan kuat"
"Uwaaaaaaa"
"Pisang nanti dah besar nak jadi apa? nak jadi askar kan? askar kena kuat. Mana boleh nangis"

Dia pegang bahu aku, sambil kesat hingus, air mata aku dengan tisu. Aku jadi malu sekejap. Tapi masih tersedu- sedu. Masa tu kulit aku cerah lagi, jadi aku sangat yakin masa tu aku kantoi blushing. Kalau nak tau blushing tu macamana sila bukak YM sekarang lepastu taip :">

Aku balik rumah awal. Dengan mata dan muka yang merah. Dalam perjalanan balik aku jeling pada tahi lembu tempohari. Dah kering tapi tak berbunga. Tapi aku senyum sorang- sorang macam orang gila.

****

Cerita kamu pula bagaimana?

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
macam taik cerita cinta kau!

BWAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA!
.amiey. berkata…
hahahahhaha! adoi adoi
Valossa Vicious berkata…
Guilty pleasure ko stylo!
Tanpa Nama berkata…
oh. aku punya puntime tadika. ada budak cina aku suka... aku salu lambai dari jauh.sengih2...tapi malangnya dia tak penah pandang aku.tapi satu hari tu aku tak tahan nak terkencing. aku terkencing dalam kelas. dia sengih2 kat aku. dan aku pun happy gila sebab first crush akhirnya senyum kat aku. aku balik rumah, mak marah, nape kencing je. nape tak tinggalkan tahi sekali??


LOL
AlexiaAqram berkata…
cinta tadika korang penuh dengan tahi!

JIJIK!
yatee 'yosh' yakuza berkata…
aaaaaaahahahahaha comel comel!
Tanpa Nama berkata…
PERGHHHHH. TAK MENAHAN LAHH KANN!
Husky Pusky berkata…
@Agram:kami fetish cinta tahi

@amiey: siapa tumbuk perut kau

@VV: Terima Kasih

@Matahari: kalau aku jadi kau aku tukar tadika.lol sikit.

@YYY: Part mana.aku dah ready nak perasan ni

@dobot: agak2 nak terkencing jangan tahan2. nanti kau jadi macam matahari.
TheBentPencil berkata…
huwaa!
kenapa cerita tadika korang indah2 belaka?

the only opposite sex i encountered closely during tadika was Ewin.

itupun sebab Ewin bertumbuk dengan aku sampai tergolek meja tadika.

wau gile ganas gua!
AlexiaAqram berkata…
@the poyo me

lu ni anak tok rimau ke apa?
Husky Pusky berkata…
@the poyo you: so, u like it rough eh?
jay berkata…
budak yg aku suka masa kat tadika dah jadik pakwe aku. :)

sekian.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.