Sekufu Tak Sama Dengan Kungfu.

Ehem! Macam dah lama kan gua menyepi. Bukan menyepi membawa diri tau. Tapi, gua sebok dok mengumpul material nak membahan lu orang sume. Yela. Ingat senang ke nak membahan golongan marhaen tapi bijak pandai lagi geli-geliga otaknya macam lu orang? Kalau tak kena cara, silap-silap gua yang dibahan balik. Wuish. Bahaya. Bahaya. Dibaham takpe. Aummmm~

So, macam biasa. Kehadiran gua dalam TERFAKTAB ni kalau tak meng-faktab-kan lagi keadaan yang ada, memang patot gua angkat jari daripada keyboard jela kan. Gua sbnanye macam Elena Reeney gak. Taktau pon apo mondo alah troll-mentroll tu. Queen control gua tau ler. Kehkeh. Since gua taktau troll tu menatang jadah haram mende, jadi gua sesukasuki je nak samakan sifat troll tu dengan membahan. Kalau gua silap, bawak-bawaklah bertenang. Bak kate Ahkak Jlove, 'Gua budak baru belajar. Salah ajar, gua jolok je'. Tapi, gua tak seganas tu. Jangan risau k. Aummm sket-sket tu normal la ye dak? Hikhik.

Baiklah. Berbalik kepada topik asal, gua memang suka citer pasal kawen-kawen ni walaupon gua calon pon takde lagi. Ehem! Jadi, untuk lu orang yang tengah tersangkut dalam traffic jam, gua nak nasihatkan jangan bace blog ni. Nanti lu orang tenang sangat. Sumpah. Tenang sampai rasa nak menendang. Tapi, untuk lu orang yang tengah tersangkut dalam jerat percintaan, meh sini ahkak tolong rawatkan hati nan lara lagi rawan tu dek non oiii...

Gua aritu ada cuba-cuba merisik mak gua pasal calon menantu pilihan dia. Dia macam biasa, buat-buat jual mahal endah tak endah je nak melayan soalan gua tu. Mujur dia mak gua. Kalau tak, dah lama gua menyirap. Kehkeh. Bila gua risik-risik dalam sket, gua cakap cemni, 'Ibu, kalau dia belajar tak tinggi sangat tapi yang lain sume ok, cemane?' Mak gua bagi jelingan tajam barang seframe dua. Gua dah mula mengecut. Takot jugak gua kalau-kalau mak gua mengamuk dengan soalan gua tadi. Lantas, beliau rilek menjawab, 'Kufu. Tahu kufu? Nak kawen biar sekufu.'

Gua tak bape nak tercengang sangat. Sebab gua dah biasa dengar dah perkataan tu. Pes taim gua dengar perkataan tu, gua garu kepala yang tak gatal jugak la. Jadahnye nak kawen kena belajar kungfu kan. Pastu bila sepupu gua eksplen yang sekufu tu macam setaraf, baru gua angguk paham. Skang bila ada orang cakap perkataan tu, gua dah boleh tersenyum bangga. Ok. Control. Control. Takleh bangga sangat. Nanti jadi riak. Kate brader gua, 'orang riak masuk neraka'.

Jadi, untuk lu orang yang tengah sakan bercinta tu, adakah lu orang bercinta memang berniat untuk sampai ke akhir hayat, diikat dengan ikatan yang sah dan berbahagia hingga mata terpejam buat selamanya nafas dihembus buat kali terakhirnya? Pehh. Ayat. Kih kih. Kalau ya, adakah lu orang pasangan yang sekufu? Ataupon lu orang hanya reti mengungfu antara satu sama lain? Kalau lu orang bercinta ni sekadar suka-suka, penuhkan masa yang tak bape terluang tu, meh sini gua yang nak kungfu lu orang. Boleh tahan jugak la kungfu yang gua belajar ni. Kueyteow Kungfu namenya. Mahu rase sepinggan dua? Pasti toilet menjadi peneman sejati. Huuu.

Kalau lu orang tak setuju dengan pendapat mak gua, (jual nama mak. ampun ibu~) lu orang boleh bagi pendapat dengan taip ON TAK SETUJU CINTA SEKUFU dan hantar ke 32288. Ok. Gua gurau je. Lu orang boleh drop comment(s) k. Sangatlah dialu-alukan. Gua ni boleh tahan tenang dan penyabar jugak orangnya. Wakakakakaka.

Ok. Gua lupa nak amek iodin ngan bandage. Jap eh. Kan ahkak dah janji nak rawat hati dek non yang lara tadi tu kan? Alolololo.

durhaka sungguh bini beliau. mujur omputeh. -.-'


p/s: gua dah decide nak guna gua-lu. baru nampak true nak faktab-faktab, ye dak?

Ulasan

Lobos Dah berkata…
Alaa.. kes ni p ramlee da lama buat time 'penarek beca', 'antara 2 darjat' dan sbgnya.. pokok pangkalnye senang je dek non.. ko set je la taste ko camne , org camne dan kerja camne supaye nnt ko tak terjatuh hati kat org yg lowergrade dr taste ko tuh.. nih bila ko da kasi ati kat org lowergrade tu bile smpai kes nk kawin da jd prob psl makbapak nk yg upgrade lg...time tu pulak la ko pegi tuding jari kt si lowgrader ni padahal ko pun silap pegi menggatal jatuh hati kat dia watpaa padahal ko memang kenal die camtu..

nasib org tak sama ada yg miskin ada yg kaya, so jgn le silap langkah tp kalau dah ditakdirkan jodoh ngan dia nak wat camna, jgn la disalahkan dia pulak sebab kes mcm ni sama2 kene bertindak utk men'upgrade'kan diri bersama2.. kene ade sokongan mental dan 'fizikal' yg cukopla kalau da amik risiko kan..mcm main bisnes gakk..
AlexiaAqram berkata…
so, takdelah mitos adnan sempit cam ni.

aiseyyy.
bukan penggoda berkata…
lobos dah: kemaen pjg lu komen. gua stju dgn lu. tp kte kena pk jgk. kot2 la lu sama fikiran dgn gua, gua risau klw kte trlalu memilih, akhirnya kte dah takde pilihan. jd andartu la gamaknye.

senang cte, klw dah jodoh, nak buat mcm mane, ye dak? hihi.

boss: adnan sempit bkn mitos. sekian.
TheBentPencil berkata…
gua memang antiii cinta tak sekufu.
ada dalam blog post gua yg dlu. hahaha

bagi gua, sekufu tu bukan pada harta aje. sebab harta tu naik turun nilainya. tapi pada potensi yang dia ada. i mean mengikut keadaan dia sekarang, sikap dia sekarang, ada tak potensi untuk die kekal maju?

ye la kan, mostly kalau baru grad, stat keje kat entry level management (contoh). tapi kalau jenis yang rajin, dalam masa 2-3 tahun naik la beliau.

ada yang masuk2 dapat upper management level, tapi asik lompat2 keje complain sana sini, gimana sih?
Husna Z.A., 2009 berkata…
sekufu taraf pendidikan > perangai pasangn belagak tahap dewa
sekufu sifat > pasangan spm je
sekufu rupa > pasangan kopak
skufu minat > pasangan pemalu face to face

wekk!! penat cari yg sekufu,,tapi kalo tak sekufu byk masalah..
bersabarla dalam mencari..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.