I love gay people. Got a problem with that?
Hai gaizzz.
Korang semua dah tengok ke video Azwan Ismail tu?
Ala yang “Saya gay, saya OK” seksualiti merdeka.org tu. Berlambak dah kat OhBulan, Obefiend, malah dekat Harian Metroseksual pun dah ada tau.
Kali pertama saya tengok ialah time dekat FB, orang buat viral video. Time tu tengok, siapa pulak mamat ensem ni. Apa pulak yang die nak cerita. Sekali bila video tu dah buffer, baru dapat dengar ceritanya.
I was like, “Ala ruginyee! Dia gay!”
Dahlah ensem,penulis, jurutera pulak tu. Cara cakap macam orang berpelajaran; sopan santun dan tak hu-hah-hu-hah macam saya ni. Tapi last-last dia cakap dia berpacaran dengan lelaki. Ala rugilah sangat. Kalau hati dia masih terbuka kat perempuan, sayalah orang pertama yang datang mengurat. Ecehwah!
ni la beliau. ensem dak? (dari facebook nya) |
Lepas tu baru saya tersedar yang lelaki jenis ini memang taste saya sejak dulu lagi. Zaman sekolah, zaman IPT, zaman kerja. Orang-orang yang saya crush biasanya jenis-jenis begitu. Eh pelik kan? Wawa vazz gitu. (Sebab tu la suka follow blog gay kata Mazidul. Ada taste rupanya. Kahkah!)
Well, dulu perkataan gay tak wujud lagi. Kita panggil dia mat lembut. Zaman sekolah yang saya suka crush tu, muka dia putih bersih tak ada facial hair. Sopan santun, confirm. Dia kalau cakap tak pernah naik suara. Taat pada mak bapak, suka masak dan kemas rumah. Dulu pernah lalu depan rumah dia, Nampak dia tengah sibuk menyapu dengan lemah lembut. Peh! Tergode jiwa raga I taw. Tapi saying I cukup antisocial lah dulu. Maka langsung tersimpan dalam hati, ye la dahlah pendek itam macam Kubrick, lagi mengada nak mengayat budak hot. Hish!
kalau saye lawa cenggini takpe la jugak. (imej dari sini) |
Zaman IPT pulak jumpa lagi seorang. Alahai yang ini suara lembut. Gaya cakap macam Azwana Alia. Muka pun ala-ala, tapi yang ni ada facial hair. Lepas tu serba serbi tahu pasal adat dan budaya melayu. Kalau bercakap dengan dia mesti kena jaga-jaga. Sebab sekali dia membebel kalah mak-mak nok. Kadang-kadang orang ketawakan gaya dia cakap. Kadang-kadang orang cakap nyah-nyah dengan dia. Pastu saya mesti kaw-kaw defend dia punya. Orang lain pun dah pelik semacam. “Apa kes minah ni?” dahlah saya suka jeling dia dalam kelas. Macam taik nok.
Satu hari dalam bulan terkahir semester akhir beliau ada masalah PC, saya yang nerd-geek ni tolong dia sungguh-sungguh. Dia tak mintak pun, saya yang gedik approach, offer help. Bila kerja tu dah selesai dia tengok saya dan kata “terima kasihlah Izzie. Kaulah kawan sehidup semati aku.”
Peh! Tau tak apa perasaan time tu? Rasa macam kena bunuh dan bakar ala-ala Susilamati dan hidup semula. Wawawiwa!
lebih kurang la rupa salah seorang crush ai. credit dari mstar |
Lepas beberapa tahun dah lama terpisah, kami jumpa balik on-line. Kalau dalam facebook saya rajin benor mengomen beliau. Kalau chatting lagi la. Pum-pang-pum-pang. Tapi suka cerita pasal kahwin la. Entah kenapa noks, ritu pernah terlepas cakap “kalau aku tak laku, aku kawen ngan ko jelah.” Hesh! Apa yang I minum time tu, tak tau le. Rasa macam susu Marigold je pun.
Ok, lepas tu pernah kerja sekejap kat company XXX nih. Bukan XXX sebab dia company haram, tapi saje je taknak bagi tau korang. Nanti korang cari beliau. Anyway, time interview tu sepatutnya manager besar yang datang. Tapi tiga kali interview, tiga kali jumpa beliau. Beliau top management tapi takde la sampai tahap manager. Satu aras bawah je. Tapi...entah kenapa first time terpikat pulak dengan cara cakap dia yang lemah lembut. “awak, kalau awak nak kerja sini, saya cadangkan nanti, awak apply untuk tangga gaji yang ini tau, bukan yang itu, sebab...” panjang lebar, lemah lembut dia cerita. Sebijik pun saya tak ingat. Yang saya ingat ialah senyum kat muka dia!
Tak lama pun kerja dengan dia. Tapi memang best lah. Sebab entah kenapa boleh geng pulak. Suka sangat layan kerenah teliti dia tu. Pantang saya silap pakai baju je, adelah yang di komen. “Eh tak matching la! Eh, tak sesuai la nak kerja pakai gini”. Oh by the way, IPT crush saya pun pernah komen gitu jugak. Wau!
Dan kalau dia membebel-bebel rasa macam nak menceceh je gelak walaupun terang-terang dia tengah tembak kita yang buat salah. Entahlah. Funny kot muka dia time bebel. Macam mak-mak pun ada. Tapi entah kenapa lagi, kalau tinggal berdua je dalam bilik, memang malu tahap karma la, tatau kenapa hari berdebar. Echewah! Geli dow! Dia pilih KLCC dow!
Lepas berhenti kerja adalah sekali dua terserempak dia. Boleh borak-borak macam biasa. Dan dia juga rajin tanya khabar. Tapi tu lah, jodoh (dengan company) tak panjang. Tapi kalau tambah lagi sebulan dia kerja close proximity dengan dia, memang tak mustahillah boleh sangkut sebab dia memang exactly my taste.
Okay, eww! Mesti korang tengah gelikan? Ape kes tah si Izzie ni, orang taste lelaki tulen, ko pergi taste lelaki lembut pulak. Watdefakaaah kata Green Apple si blogger anak dua itu.
Tapi bagi saya sikap tu la yang menarik perhatian. Umumnya lelaki-lelaki lembut yang saya kenal pandai masak, pandai mengemas, cakap lembut, muka jambu-jambu air tapi bukan jambu batu, banyak cakap dan membebel, tapi teliti dan caring orangnya. Mungkin jugak sebab saya ni terbalik; kasar macam tomboy, cakap macam rempit, naik kereta besar, pakai seluar jeans jarang ada skirt, jalan kengkang-kengkang macam koboi (dulu kalau geng tomboy ni memang trademark walk la. serius).
What can I say? Opposites attract.
Point is here? Setiap orang ada taste masing-masing. Ada yang suka muka Jawa hidung pesek. Ada yang suka orang gemuk-gemuk bulat. Ada yang suka orang yang naik motor cakap waklu-wakli. Dan tentunya ada yang taste lelaki jiwa halus dan lembut begini. Cam sayalah.
ok gambar ni xde motip. letak je. dari sini |
Lelaki-lelaki lembut di luar sana, jangan lah anggap tak ada siapa yang nak kat korang sampaikan korang kena cari lelaki jugak. Pada hemat saya perasaan halus, teliti, suka fesyen dan kuat membebel tu normal, memang dah ditakdirkan Tuhan a certain amount of the population will inherit that. Orang-orang yang saya crushkan tadi tu, memang lembut. tapi tak pasti sama ada gay ke tidak sebab saya tak berani nak tanya. Kang kena cakar ayoktatau. Lagipun zaman-zaman tu orang tak label lelaki lembut ni gay. Cuma lembut, itu je la.
Apa salah jadi lembut? Tu lah diri kamu. Dan saya yakin bagi sesiapa yang tertutup pintu hati dia kepada perempuan tu, akan sedar bahawa condition tu sementara saja. Bila dia jumpa perempuan yang dapat buka hati dia, dia akan straight balik. Ala cam citer Sutun lah. Ahaks!
Sapa yang kenal abam2 lembut, sila cakap kat dia, Izzie kirim salam. Hee~~
p.s. eh, baru teringat satu cerita. Lama dulu pernah duduk semeja dengan crush. Sekali dia bukak e-mel dia, saya pun tengok. Oh banyak pulak invitation ke group online gay dalam spam. Tetibe saya senyum. Eh...patut la crush.
Geli tak? Geli? Kalau geli sila komen. Wheee
Ulasan
hee
catik header baru!!
stok2 lelaki perkasa seperti aku yang buat kerja kasar makin di lupakan.
hishh, pencen lah kalau gini.
benci la internet time ujan gini. herrk!!
@bukan penggoda: correction. 40% available ok. 30%+10%.
p.s. husky-pusky lawa giler header!
cis.
i like this entry.
by the way, kipidap boi.
eh? kita ada like button ke? mana? mana?
@Aliah: azwana alia dah jalan, selamat tinggal dunia pondan. tinggal azwan ali je.
@Matahari: sofgai? sofai? sofy? eh cam nama pad pulak noks. wakaka
thanks!
@Aqram: ala takpe. Alexia sorang sudah cukup untuk kamu.
ke nak tambah lagi satu? hawhawhaw
ni haa gmbr dia (cett, semangat tol) : http://i298.photobucket.com/albums/mm269/sara_heart/afiq.png
relax je...
apedehal?
lulz~
gay? ramai yg hensem2, well educated, wang besar, tp syg sbb pilih jln yg salah dan xbes. smuge diorg dapat hidayah...~
p/s: sy suke sgt layan blog diana ishak tu. Terfaktab? my new addiction. heheh
kau dengan aku taste sama.
I love gay. lelaki lembut. mak nyah. you name it.
I feel safe when mix with them though.
and I hate when people makes a discrimination over gay people. why lah?
:'(
sbb suka kot...act bbrp kali la mamat2 lembut usha I...*bangga*
dan i open je...janji i suka dia..dia suka i...wahhh...
macam u ada cakap td... kalo diorg ade jumpa gurl yg btol2 leh trime diorg...yes btol dia akan berubah...
suka laki cm ni sbb diorg soft spoken...pandai memasak...
sgt caring...dan diorg sebenarnye kalo btol2 kenal kan...lagi gentleman dr lelaki bese...*hee blushing* *tetibe teringat dia* wawawa....
tp xpenah pon aku anggap pelik lelaki cmni...sbb diorg pon lelaki gak...
bangge!!!
tapi wa masih hangin pasal ramai pompuan nak kat die pasal die jauh lagi hensem dari wa..
hamlau sungguh..