Sekilas Dari Terfaktab
Taman Shamelin Perkasa : Minggu ini sebenarnya penuh dengan drama dan konspirasi. Pejabat kami lintang pukang di buatnya dengan gosip panas lagi terhangat di samping berduyun-duyun troll di aktifkan terhadap mamat-yang-eksyen-poyo-tunjuk-macam-dia-sorang-ada-Iphone-kat-mofasad. Haha, kasihan kawan kami mofasad. Kenapalah mamat itu berani menidakkan kecomelan beliau? Sungguh tidak masuk akal.
Juga dengan mamat-skizo-tak-bertempat-dan-tiada-surat-sah-doktor. Ah, mungkin cerita lama. Namun, masih ada tempias-tempias. Biasalah, kata sarcastic kan?
Dan yang paling mengejutkan, pengunduran secara drastik ahli IT kita iaitu Ceghap. Menurut Aqram The Wankers semasa di temuramah semalam ;
"No komen, apa yang saya boleh beritahu, ini tiada kena mengena dengan kekalahan Vietnam mahupun kehantuan Kak Limah. Mungkin ini sebuah konspirasi terancang. Mungkin juga penetratif dari impak mamat-yang-emo-dan-bajek-nak-mampos itu dalam alam twitter."
Begitulah menurut Aqram Wankers. Namun, pihak pengurusan tertinggi Terfaktab telah di fahamkan bahawa Aqram The Wankers berjani untuk membawa lebih ramai penulis dalam Terfaktab. Dan, itu benar berdasarkan mesyuarat tingkap malam tadi yang melibatkan Aqram, Mr. K, ThePoyoMe, Bukan Penggoda dan Alexia.
Di mana hasil dari mesyuarat itu, warga kerja penulis kini menerima kehadiran DUA penulis baru yang bakal menghamburkan penulisan berkuatkuasa Ahad ini. Mereka ialah ;
Hellioz. Raja troll, raja rage, rajagopal. Umum ramai yang sudah mengenali betapa dia jarang membuka topeng berdarahnya. Dan ramai juga yang makan hati. Namun, pihak kami di Terfaktab percaya bahawa dengan kehadiran beliau di sini, kemungkinan boleh mengimbangi kuasa wanita yang di terajui Elena Reeney. "Tamparan wanita sukar di tepis. Namun, kami tak gentar jika ada Hellioz", uwekkk, muntahh!
Husky n Pusky. Nama samaran memang menjijikan. Entah dari mana si Aqram Wankers ni kutip. Menurut Aqram, beliau melihat ketokohan yang ada pada Husky n Pusky melalui kadar jisim dan tenaga yang ada pada Husky n Pusky. Jaminan yang di berikan oleh Aqram ialah, 'korang pasti terbarai perut tergelak-gelak'. Namun, pada skop yang lain. Husky n Pusky akan lebih berperanan dalam menggantikan tugas IT di Terfaktab.
Sebelum berakhirnya berita kali ini, pihak Terfaktab mengumumkan akan mengadakan Minggu Kesedaran HIV pada minggu hadapan. Minggu yang di khaskan untuk membincangkan masalah HIV dalam perhubungan cinta, relationship dan keluarga dengan bermatlamat membantu kita lebih mengenali masalah HIV secara realiti.
Sekian,
Majulah Terfaktab Demi Tanah Tumpahnya Darahku.
Ulasan
mesyuarat tingkap pukul 3pagi. kau bangun plakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
@matahari
ya ya ya dan ya!
@anisa hang tuah
awak pun comel.
p.s. gua nak hellioz troll sume prempuan dalam Terfaktab sampai mereka PMS lebih awal dari jadual bulanan mereka. haha!
p.p.s. Irwan, jangan lupa komen tau nanti. dan buat speshul post utk abam helly kesayangan anda ni dalam blog anda seperti biasa. kehkeh
kau ni nak mati ke? sampai satu nafas. apa aku nak jawab kat Kak Long kalau kau mati?
@Irwan
Kthnxbye
@ThePoyoMe
Bisa di atur.
@J.Abdullah
Aku pandai masak. Nak mee kari kerang?