Siri Bebelan Minah : Lelaki Hantu Politik

"Sebut je nama abang Zek kat Hardrock Cafe tu, nanti hangpa boleh je masuk free-free"

Aku masih ingat lagi ayat tu. Di lafazkan oleh jejaka perasan Penang yang kuat berpolitik. Politik UMNO nang boti nang kui wa tu kui.

Kepada Abang Zek.

Pungkoq hang lah. Hang ingat aku perempuan jenis pergi club ka? Murahan sungguh cara hang nak tunjuk eksyen depan kami yang kononnya satu Penang boleh kenal hang lah? Bajek nama hang tip-top lah kat Hardrock Cafe tu sampai sebut je nama hang, boleh masuk free, boleh order tequila free-free? Ingat kalau hang orang kanan Datuk XXXX, maka kami semua kena gigil la kat hang? Politik hang tu boleh masuk longkang la wehhh. Kalau betul pon boleh sebut nama ang, masuk free, ang ingat aku kesah?

Ok. Maaf pembaca-pembaca sekalian. Aku emosi skit dengan peristiwa ni. Hari ni aku nak bercerita pasal, berhati-hati bila bercinta dengan lelaki kuat berpolitik

Pada dasarnya, memang aku nak habaq. Lelaki memang suka politik. Cuma! Yang ni kita kena bezakan, sama ada dia memang betui-betui aktif berpolitik, atau sekadar melembu politik orang lain, dan mungkin hanya bercakap politik bila perlu.

Of course, kita kalau boleh nak yang lelaki bercakap politik bila perlu kan? Ni kalau memanjang gebang politik 24jam, perempuan mana yang tak bingit? BORINGGGG. Habaq kat aku perempuan mana yang tak boring bila jantan dia dok sembang politik hari-hari mengalahkan Perdana Menteri? Kalau ada perempuan yang tak boring tu, aku nak tepuk tangan depan dia, habaq sekali, "Well, ang layak jadi bini nombor dua Anwar Berahim. Ang lah pemberian tuhan" Keh keh keh.

Ok, yang aku nak mintak kat hangpa untuk elak ialah jangan/kalau boleh elak bercinta dengan lelaki yang kuat melembu politik orang lain. sebab apa? sebabnya dia cakap ja pandai, habuk pun takdak.

Penyudahnya, bila dia addict, dia ada peluang naik dalam jawatan politik, dia akan jadi macam Abang Zek yang aku cerita tadi. Berlagak. Dah lah berlagak, dah ada bini sibuk menggatai. Menggatai dah lah satu hal, ni siap guna kuasa politik untuk menggatai. Tengkorak dia lah!

Sebab tu, aku dak heran bila tengok ahli politik banyak terlibat dengan skandal itu-ini. Hangpa rasa macam mana kalau hangpa jadi bini ahli politik yang berskandal? Makan pasir weh kesedihan.

Sivaji The Boss Poorahh!
Yang baru ni dok heboh sorang adun pas kena tangkap memuki dengan bini cikgu dalam keretapi KL-Kelantan. Aduhh, malu weh. Bukan aku malu pasal dia PAS, tak!. Tapi, aku rasa malu, mana lah bini dia nak letak muka bila suami kena tangkap berzina dengan perempuan lain? Apalah perasaan bini dia bila dapat tahu laki dia yang di sangka baik, alim, pakai serban, di tangkap berzina. Kalau kena tangkap dengan anak dara, takpa lah lagi, kira macam okayy lagi, gatai anak dara. Tapi, dengan bini orang, memang layak kena penyepak laju-laju. Jangan bagi can.

Pengajaran dari kes macam ni, sebab tu aku nak tanya hangpa, sediakah hangpa untuk bercinta dengan lelaki yang kuat berpolitik ni? Hangpa tahan ka? Kalau tak kuat pun, tapi suka melembu orang lain, hang tahan? Hang nampak dia elok, baik, sopan, dan caring di depan mata hang. Bila hang kena ayat sikit, sentuh sikit, hang dah cair, terus label pakwe hang baik. Tapi, hang tak tau kat belakang, pakwe hang menyetan tanpa pengetahuan hang. Hang tak tau yang dia rupa-rupanya dah ikut Dato XXXX dah lama, siap di jemput untuk night party lagi dengan Dato XXXX. Ayokk, abeslah hang. Mana hang nak letak muka kalau pakwe hang tiba-tiba keluar paper kena liwat dengan Dato XXXX tu? Mana hang nak letak muka?

Hish, aku tak boleh benda macam ni. Aku berdoa agar pakwe aku tak menceburkan diri dalam politik. Masuk PAS ka, AMENO ka, sama ja. Politik buat aku pening kepala. Kalau boleh, nak bercinta tak perlu politik aihh. Orang gila ja buat macam tu.

Hangpa kalau ada jumpa lelaki yang guna politik untuk dapatkan cinta, hangpa jangan segan ngadu kat kami. Tahulah kami nak basuh nanti. Kasi sedaq skit tinggi mana langit dan bumi, bagi sedaq skit yang politic is bullshit. Dan bila politik yang bullshit di campuq dalam relationship/cinta yang bersih, apa makna lagi cinta yang suci tu? Yilek.

Sekian, muaxx!

- AlexiaAlwaysKlasemen

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
haha. politik. i never give a damn in politic. dua dua side tidak dapat aku percaya. bunyi tidak bertanggungjawab kan.haiz
AlexiaAqram berkata…
tanggungjawab kita adalah untuk TIDAK MEMENINGKAN KEPALA SENDIRI dengan MASALAH.

dan TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG.

ada betul tak?
Anisa berkata…
politik malaysia sgt rahsia2
hehehe
Tanpa Nama berkata…
@AlexiaAqram

ada betulnya, ada kurangnya.xda yang berkelayakan langssung setakat ni.

ni link saya share kan pasal politik malaysia, urban dictionary.

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=malaysia
TheBentPencil berkata…
dlu gua ada duduk semeja dengan crush gua sambil tengok tv.tetibe keluar ahli politik ni dalam berita.

"oh, YB tu lah." aku cakap.

crush gua cakap,
"Anjing da mai menyalak dah..."

tetibe di saat itu "crushability" beliau telah turun sebanyak 55%. hawhawhaw

p.s. gua nak cari yang neutral politik cam obe. or at least ada pegangan politik, tapi tak bising2 nak preach kat org macam bapak gua.
AlexiaAqram berkata…
@the poyo me

kan? so sapa cakap ada BF MPP uitm itu cool?

dem!
Tanpa Nama berkata…
baru clash sbb i troll dy pasal politik..
politik tu feberet subjek kite org kottt kalu date...
=.=
Tanpa Nama berkata…
baru nampak entri ni.
hahaha sumpah memang serik gila bercinta dengan lelaki yang duk tunjuk pandai melembu politik orang.
sangat betul pun part yang duk mengayat, sopan, baik gila.
berdebat tu memang dia sorang je menang, orang lain semua salah.

mesti avoid orang macam ni.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.