Kau Nak Jadik Macam Member Aku?

Masa muda muda dulu, semua kita nak join. Nak join merempit, konon-konon nanti jadik macam parid kamil la bole blagak naik 125Z, nak join gig, konon konon style la jadik budak indie, nak join budak budak hip hop, konon style la buat freestyle, nak join itu nak join ini. Nak jadi kaki clubbing, konon style la amik gambar pegang botol arak letak dalam fesbuk, mespes. Standard lah, name pon budak budak. Lost. Takde arah tuju. Lain la kalau ade guidance. Kurang kurang ade orang jaga.Takde la dah besar nanti jadik sampah masyarakat, menyusahkan mak bapak.

Tapi aku ade sorang member ni, dia memang tegar. Kalau dah join rempit, mesti join kekah perempuan ramai ramai, macam singa lapar tak dapat makanan sebulan. Weng sane, weng sini. Race sane race sini. Biasa lah. Budak budak.

Tapi kalau dah core sangat pon susah. Semua benda nak try. Dia ni hensem. Lagi hensem dari aku. Siyes. Buat ape aku nak tipu. Kalau aku hensem aku cakap la aku hensem, bole jual jual fon number kat sini, kan? Haha~
Tapi nak buat macam mane. Dia ni maniac jugak. Entah berapa ramai dia penah kekah. Setakat one night stand tu dah macam makanan ruji. Tau makanan ruji orang Malaysia? Hari hari makan nasik. Tapi keje dia tu la, boleh cakap hari hari jugak la maen perempuan, mase zaman kegemilangan rempit dia. Darah muda. Mase ni la nak tau terer ke tak. Mase ni la nak tau jaguh ke tak. Semua pon dia tala jangan banyak cakap. Busuk tak busuk semua dia layan. Dah kalau namenye nafsu, sape boleh halang, ye dak?

Nak disedapkan cerita, ade sorang member aku ni kenalkan dia dekat satu port baik ni. Murah pon murah. Clear pon clear. Jabatan agama pon tak tau tempat ni port Romen n go. Ala ala touch n go la. Zaman sekarang nak akses ape pon senang, kalau ade klik. Aku? Aku pon pernah je join dorang ni, tapi takde la sampai nak kekah kekah bagai. Geli tau geli? dah la kongsi perempuan, mane tau member kau ade siplis, sape nak tanggung? Ha, kire aku ni terjamin jugak la walaupun aku takde orang jaga. Kira kepala hotak aku boleh berfungsi lagi, tau mane nak say Yes or No. Dah kalau semua kau bilang Yes, mau tak kelaut hidup?

Sex ni lain macam sikit penangan dia, member gwa bersabda. Lagi sedap dari kena hijau, ketamin, ice, dan yang sewaktu dengannya. Tapi dia cakap lagi best kalau kena jadah haram tu lepastu buat 'kerja'. Lagi Dasat penangan dia. Ini member aku yang cakap la, aku Ye kan aje. Name pon member. Nak taknak support jela.

Tah berapa puluh kali dia ni singgah port yang member aku kenalkan tu. Hasil dari duit jualan barang barang panas, memang hari hari jugak la dia bayar bil air. Yelah, duit berkepok, ape lagi semua jalan. Tarahal lah belanje member member, orang kaya...

Sampai satu hari tu, aku nampak dia ni lain macam. Macam orang sakit. Aku tanye la, "ko ni apehal mat? Nak mampos ke ape?" Dia buat derk je. Macam orang pekak. Aku pon malas nak lebih lebih, biaq pi la. Cukup baik aku concern dekat kau, kau buat dono je. Sampai la satu hari tu dia demam. kalau dah lepak dekat port ramai ramai, tapi tak nampak batang hidung dia, mesti la rase pelik. Dia salah sorang orang besar dekat sini. Kalau ade projek besar mesti dia ade sekali.

Sebab risau member punya hal, aku pon jenguk la dia kat rumah dia. Dah rupa zombie dah aku tengok. Aku borak dengan dia, "kau ni projek selalu pakai kondom tak woi?" Dia cakap, ape barang pakai kondom, tak feel la. Tengah sakit sakit pon nak eksen dengan aku, aku tibai jugak budak ni kang. Aku borak lagi, "kau taknak pergi sepital ke mat? kau ni dah macam mayat dah hah. Tak banyak cakap, esok dia ajak aku pegi sepital, dia rasa semacam je dia cakap.

Keputusan pon keluar, bukan keputusan PMR ye adik adik, keputusan positif ke negatif. Ni hidup mati punya keputusan. Sah. Dengan HIV dengan AIDS sekali dia sapu yo. Tak banyak cakap. Tang tu jugak dia ambik kunci motor, pakai helmet, naik 125 dia, rempit sorang sorang. Dia ni pandai sebenarnya, tapi nak buat macam mane, nafsu punya pasal, memang tak jadik orang la.

Tiba tiba, malam sikit fon aku berbunyik. Jawab jela macam biasa. Tapi aku pelik, suara polis bhai! Cuak tak cuak la gwa. Dia cakap member aku excident. Dekat highway nun. POOF

Dah la baru lepas kena positif HIV. Balik rumah patah riuk. nak buat macam mane? Aku dah jadik budak baik sekarang. Kah3~ Baik la sangat. Tapi ni la dia. Cerita pasal member aku. Sumpah sampai sekarang aku tak boleh lupa badan dia yang penuh dengan bintik2 pelik. Lepas setahun jadik mayat hidup, dia pon meninggal. Banyak sangat complication. Kena penyakit HIV dengan AIDS ni jangan la mengharap senang nak sembuh kalau ade luka. Ni pulak eksiden. Sigh~

Agak agak la kan, lepas aku cerita semua ni.
Kau nak jadik macam member aku?

Ulasan

Anisa berkata…
erk.
tanak
minatk dijauhkan
takut.
Tanpa Nama berkata…
haha. 1 dose sentapan.
Nurul Ayu berkata…
mesti la taknak..haha
bukan penggoda berkata…
ini bukan 'aku kau' ke?
_aliahwafa_ berkata…
perghh. xley belah...
fd berkata…
malaysia telah kehilangan seorang belia berjiwa besar dengan kepergian sahabat kau.

takziah untuk family dia.
AlexiaAqram berkata…
tragis.

boleh masuk Harian Metro ni. Akhbar no 1 negara la katakan.

caption besar2 muka depan Metro Ahad.

Bahana Sex Bebas : Kau Nak Jadik Macam Member Aku?

laris!
durrah berkata…
aku taknak jadi macam member kau.
Tanpa Nama berkata…
TAK NAKKKKKK!
Tanpa Nama berkata…
abang aqram ngan akak alexia seks pakai kondom ye? ;p
Meister berkata…
of course la taknak…
sape yg nk... angkat tangan....

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.