Benda-benda Yang Couple Perlu Ada.

Nampak macam geli-mat. Ye, tapi sweet and steady. Kata nak berkasih sayang. Ada makwe, ada pakwe tapi jijik nak jiwang, baik tak payah bercinta. Tu, pergi bercinta dengan beruk. Gasak kau lah.

1. Tshirt couple edition dan baju yang sama.

Cuba korang bayangkan bila korang berdua pakai baju Levi's couple tu. Pergh, mesti mata-mata orang lain pandang-memandang. Ye, memang ada pandangan kata "Hek eleh, macam beria sangat nak bercinta". Eleh, tu ayat-ayat orang jeles sebenarnya. Tapi, korang kena ingat, ada juga mata-mata memandang merasakan "Oh sweetnye couple ni pakai baju sama, baju couple. sehati sejiwa." Saat korang berdua berjalan seiringan berpegangan tangan dengan gah baju yang sama atau baju couple tu, sekurang-kurangnya korang ada keyakinan dalam bercinta. Ada rasa percaya antara satu sama lain yang dapat memupuk lagi perhubungan korang ke peringkat lebih tinggi. Feewiitt! Beli saja baju yang sama dan rare seperti baju Welcome To Terengganu atau kalau banyak duit, beli baju couple kat Levi's tu. Oh, Uniqlo pun ada kan?

2. Jam tangan.

Swatch selalu menampilkan jam tangan yang sweet-sweet buat para couple sekalian. Sesekali kalau ada duit, beli lah sepasang jam yang sama. Psss, beli Swatch classic pun okay gak. Nampak old-skool. Oh, Casio petak yang RM10 tu pun okay gak pe. Bila korang pakai jam tangan yang sama, setiap kali melihat jam di tangan waktu berseorangan, ahhh, sejenak itu korang akan teringat pada pasangan masing-masing. Apa lagi, tangan gatal terus nak mesej.

3. Telefon bimbit.

Ok, bila dah nak call/mesej. Ya, kat sini pulak korang akan ada telefon bimbit yang sama jenis. Ala, satu hari tu, belilah henpon sama-sama jenis la. Beli yang biasa pun takpe. takde 3G pun takpe, bukan korang pakai sangat pun 3G tu. Lainlah kalau nak tayang 18SX. Mesti tak nak kan? So, lupakan 3G, 4G ni. Kalau boleh 3310 lagi bagus. Nanti, bila dah henpon sama, bolehlah tukar-tukar. Ya, sharing. Kita bukan sebab nak tukar saja-saja. Tapi, sebenarnya nak 'bau tangan' pasangan kita. Tu je. Lagi menambah rindeww woo.

4. Sneakers.

Okay, ni agak rare sikit. Jarang untuk couple tu pakai jenis kasut yang sama. Kalau ada, memang diorang ni loving-loving habes. Macam belangkas. Sebab, kasut banyak melambangkan identiti. Dan jarang untuk perempuan pakai sneakers lelaki. Tul tak? Lelaki pun tak teringin sangat nak pakai sneakers perempuan. Ok, kalau korang nak try. Pergi kat Converse, atau Everlast. Ya, beli sama-sama sneakers yang pesen macam tu. Sebab Converse dan Everlast agak unisex. Bayangkan ini bila korang pakai kasut yang sama, setiap langkah adalah seiringan dengan pasangan cinta kita. Awesome!

5. Keychain, small doll, anything souvernier yang boleh di gantung kat beg dan henpon.

Ala, korang takkan tak pernah jumpa keychain yang berbentuk hati yang boleh dipecahkan dua, dan bila di sambung, akan berbentuk hati dan tertulis Love Forever. Ha, apa lagi pergi beli sekarang. Pergi beli kat SnJ. Berlambak. Takpun, nak nampak tomey-tomey. Beli anak patung Mr Bean yang boleh buat keychain tu. Gantung kat beg. Ni semua untuk kenangan manis yang tak boleh di lupakan beb. Fuh fuh fuh!

Anyway, kalau korang tak mencuba, korang takkan tahu. Ini kedekut bila bercinta apa barang? Nak hadiahkan pakwe/makwe sendiri pun jarang-jarang. Patutlah tak bahagia. Kedekut.

K lah, bye and muaxx!

-AlexiaAlwaysKlasemen

Ulasan

Husky Pusky berkata…
Pertamaxxxxxxxxxx

oh senggama sungguh dapat pertamax.
Husky Pusky berkata…
nak tambah

6) gambar couple yang over edited sampai nampak super flawless dan sparkling macam edward cullen. selalunya terdapat di sidebar blog pasangan masing2.haram jadah.
Hellioz berkata…
gambar fb same2
bile gadoh tukar gambar sorang2.

nais!
Amirul Idham berkata…
sekarang ni ada satu lagi trend. hand phone pun nak sama. dah ramai gak kawan2 aku buat style ni
Tanpa Nama berkata…
beg pun nak sama, beg galas.
seorang mamalia berkata…
hallioz | ada kawan fb aku letak profile pic tuh gambar partner dia. abes kalau nama budak tuh ahmad farid jap g yang ada kat situ gambar awekkk baek punyaaa dah aku dah berpikiran lain di situ. aku ingat ahmad farid dah menukar kejantanan beliau.

btw, aku adalah salah sorang pempuan yg geli gila nak menunjukkan kekapelan. tapi tgk orang lain buat mcm best aja. *jeles sebenornye* :D
AlexiaAqram berkata…
@bani hashim

awak ni laju je dapat senggama ye? n gambar sidbar tu mmg betul. haha. kelakar weh!

@hellioz

arghh, takde butang like comment. dem. i nak like 23kali ganda.

@amirul

trend ni dah lama la cik abang!

@matahari

beg jarang selalunya, melainkan couple budak sekolah. kita yang da kerja2 ni nak pakai beg sama apabendenye?

@seorang mamalia

geli tapi mahu.
Amirul Idham berkata…
oh.. dah lama eh? haha.. aku tak tau.. maybe sebab dah 3 tahun single dan aku masih menggunkan hand phone model tahun 2004
ayin masliza berkata…
tak payah la... bukan nak gi family day nak pakai TShirt sama.. kalau nak sama gak, just letak perkataan 'kami belangkas' kat tshirt tu.. org dah paham...
AlexiaAqram berkata…
@amirul

kental!

@ayin masliza

ayat org jeles walaupun dah kahwin ke ni? hurmmm.
Tanpa Nama berkata…
kau dah keje. aku student lagi. then mmg aku pki beg galas sama. hawhawhaw
Yuyu Johanna berkata…
Hahaha.sumpah beb.entry ni buat gua rase nak tergelak sorang sorang sambil tersipu sipu malu.sebab terkena punya pasal..geli la pulak rasenye.dem!
masliza berkata…
hahaha... tak jelas pownnn........ iyer.. pakai jer ah dikk... baju awak, badan awak.. duit awak... heheheeh..
Tanpa Nama berkata…
hmmm..memang sweet..tapi dah kalau pakwe tu buat-buat tak paham dan kedekut...macam mane pulak tuh???putih mata jelah...
inna_risna berkata…
aisshh, rasa malu pla nak show off dgn coulpe tshirt tu...tp somtime bila tgok kapel len,"owh,sweetnya dorang"..aishh,bengong punya kepala...
ayumi berkata…
me jelous gak tengok depa ni kadang2..
siap ade barang2 couple..
tapi kadang2 agak menyampah gak..
xtau apesal..
hahahhaha
masa couple memanglah sweet. ada couple stuff bagai. barang pun nak sama. tapi kalau clash camna hah?
SaSa berkata…
mase kapel...kalau boleh..
style becakap pon nk tiru..

org tu mengeluh ckp 'haizzz'
die pon nk ckp 'haizzz'

hehe..tu contoh..

apepun pade yg berkapel..
bcinta biarlah smpai ke jinjang plamin..buktikan la cinta itu asli..hanya tuk sumone dan xmudah brubah pade org lain..

but..kalau da bukan jodo..xleh ckp ape laa..

evrything is upon the almighty..
insyaallah..
TheBentPencil berkata…
betul cik gadis...
anggaplah coupling ni cuma zaman mengenali manusia lain. belajar memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang.
bab jodoh tu, boleh berdoa. tapi kalau ditakdirkan orangnya lain, tak boleh nak buat apalah...:P

ceh tetibe cakap melayu pulak kan kite.
TheBentPencil berkata…
@SangDaraPujangga

ah, baru nak tanya benda sama.

ada dalam suratkhabar hari tu tulis, jika kita serahkan banyak wang/harta kepada kekasih (tak kiralah sebab dia tipu ke apa), kita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka once kita putus cinta. sebab beri tu atas kerelaan sendiri!

haha. betul. sapa suruh membazir kepada orang yang bukan muhrim.
AlexiaAqram berkata…
ok, next topic, mgkin boleh diskus bila dah dump. adakah barang2 yang di beri boleh di pulangkan atau tidak?
dee berkata…
@Hellioz yag tang fb tu btol haha..ak pom sme =.="
lexxa berkata…
segan dowh nk pkai tshrt couple..nmpk sgt ye2 nye..cm bdk2 bru bercinta..haha
Tanpa Nama berkata…
satu pon aku takde wat . HiHi .
Tanpa Nama berkata…
apesal xde cple ring??plg sng n sntimental woo.....hihi
Ms Ikin berkata…
As salam...
hampir kesemuanye di atas ade..
1- die x suke baju kapel yg sweet2 tu tp ade baju tioman ke apetah die yg belikan sepasang ngan die.. tp pakai sekali je..
2- jam tgn baby g-shock die hadiahkan mase bday, tp jarang gile die pakai sbb die lebih suke kai jam feveret die yg lain..
3- telefon bimbit, setahun yg lalu beli same2 tp die punye da jahanam jatuh mase bwak motor & die da 2,3kali tukar hp.. so, sy sorg jela yg still kai hp ni..
4- sneakers ni je yg we oulss xde sepasang.. dulu penah mase die baru2 beli sneakers die suh sy pun g beli yg same gak, tp sy xnk sbb jarang gile kai sneakers..membazir...huhuu...
5- sy ade beli keychain & cawan kapel ni tp dua keychain ni die yg simpan.. cawan je sy simpan satu, die simpan satu..

kebanyakkan barang die yg beli & bagi tapi kami bukanlah dlm kategori psgn yg sweet2, romantik.. errkk, lebih2 lg die.. mmg x la!! tgok la, die bagi tp die x pakai.. mmm, just sharing... ^___^'
fatin qurratuaini berkata…
perlukah? aku dengan pakwe aku tak da semua ni pun, don't blame my pakwe,aku memang kedekut

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.