Wawasan Dalam Terfaktab Yang Tiada Dalam Blog Lain

Eh, korang dah 'like' belum facebook Terfaktab? Kalau belum pergi lincah like sekarang. Kita dah tiada masa ni. Banyak isu nak di putar kan dalam blog ni. Banyak kes yang berlaku dalam seputar dunia sekarang ni. Malaysia kena tibai dengan Indonesia 5-1 lah, Wikileaks lah, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah lah, dan macam-macam lagi.

Tapi, isu yang aku sebut tadi tak mungkin nak masuk dalam blog Terfaktab ye dak? Ni kan blog relationship, blog parody cinta. Cuma ada sikit lah point boleh petik nak kait dengan isu di atas tu. Antara isu-isu yang bakal muncul ialah ;

"Bercinta dengan gadis/jejaka dari seberang, Indonesia. Apa implikasi dan kelebihannya?"

Ha, kalau penulis-penulis lain ada idea dan pengalaman. Boleh huraikan la yea? Atau mungkin ;

"Saat percintaan anda terdedah (leak) kepada keluarga, patutkah anda terus mengelak?"

Kes percintaan ini aku tujukan kepada remaja sekolah. Yelah, kecik-kecik nak bercinta, orang suruh pergi sekolah sebab nak belajar, dia boleh main wayang dalam kelas. Lepas tu, kantol dengan mak bapak. Macam mana dan apakah cara yang terbaik untuk menangani adik-adik yang bercinta ni supaya matang dalam kehidupan? Dan akhir sekali,

"Percintaan yang di selitkan dengan ilmu terlarang iaitu ilmu hitam, bagaimanakah ia berlaku?"

Tu diaaa, mungkin yang ini aku boleh huraikan. Sebab aku ada pengalaman. Bukan lah nak kata aku bercinta dengan pontianak. Giler apa. Cuma, kalau petik pasal nasi kangkang, minyak pengasih. Aku pernah kena semua tu. Haih, malangnya pengalaman aku. Korang jangan jadi macam aku k? Berhati-hati lah.

Oh oh oh! Aku terlupa dengan berita baik. Tak sampai sehari. Blog Terfaktab ini sudah ada penulis baru. Bukan seorang, tapi DUA! Berwawasan sungguh. Sorang bunga ni dah macam Puteri Bunian aku tengok gayanya. Kalau korang tak caya, boleh tengok gambar sebelah. Awas dengan dia, aku dah interview dia, sakit mental aku di sihirkan dengan ayat-ayat yang boleh buat lelaki terfaktab membisu. Kepada Bukan Penggoda. Selamat menulis di Terfaktab. Kepada ThePoyoMe, terima kasih sebab kenalkan aku pada BukanPenggoda. Dan kepada PenulisSahaja, aku ucapkan 'gud luck'. Keh keh keh.

And sorang bunga lagi, memang pasti buat hidung korang berdarah. Aku tahu, si Diloz memang nak type macam ni. Di sebabkan si Diloz adalah pembaca setia, dan aku tak nak kecewakan waktu malam dia yang 'sepi' di Jepun, then aku cari seorang penulis yang kena dengan kriteria lelaki gatal sejagat.

Aku kenal kan Elena Reeney. Mengancam? Itu pasti. Cina ke Melayu? Emm, dia kacukan ala-ala Julie Woon. Yum yum! Tapi series aku cakap, kalau kau salah sembang dengan dia. Bertimba-timba tembakan mulut kau kena. Dari situ, aku rasa dia layak untuk troll orang. Kita tengok je lah nanti macam mana dia nak sental menulis. Sekali-sekala kena bagi peluang pada muka baru gak kan? Yang aku tahu, Azwan Ali perrnah berdendam dengan tulisan dia noksss. Pergh! Gambar yang dia beri pada aku ni agak samar-samar kerana mungkin si bunga ini mahu kekal misteri. Apa saja untukmu Elena, hehehe...

Ok lah, itu saja rangkuman hari ini. Majulah Terfaktab demi cinta yang tulus. Roger n out!

Ulasan

Hellioz berkata…
gwa nak mencarut gak...
gwa nak buat smuaorang butthurt.

bole x alexia?
bukan penggoda berkata…
sihir jadah! kahkahkah.
The Poyo Me berkata…
jangan helly...mak zuely baca ini belog. wakakaka

hebat kau AA. tu la padah jadi orang cantik jeleta ensem banget. ade je org nak guna-gunakan.

cube huduh cam aku nih.
pakai bikini depan laki pon diorg cabut lari. waakakakaka

p.s. Elena, waiting for your entry!
AlexiaAqram berkata…
eh, silakan dowh. kau pilih la mana2 dowh.
Linglung berkata…
gua kenal joyah dgn zuely sbb gua pernah belanja mereka tgk wayang dan makan kentang putar!
admin@blogdiloz.com berkata…
HOI!

Haha. blur-blur apa barang.
kasi terjah la bai.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.