Cerpen Faktab : Cinta Sistematik.

"Bukan mudah bagi kita."

Itu lah kata-kata akhir dari Hawa sebelum dia menjejak kaki keluar dari rumah yang di beli suami dia, si Adam tu. Gua syak memang Adam akan frust menonggeng habis malam tu. Ribut tadak, hujan petir tadak, tup-tup bini dia nak keluar rumah.

Cerita dia macam ni, mai dekat. Gua nak sembang. Senang ja. Macam cerita drama TV swasta atau sinetron yang ada dekat TV, bini si Adam ni kantoi dengan Adam keluar dengan lelaki lain. Adam ni bukan jenis kuat cemburu. Tapi bila nampak siap pegang tangan, siapa tak rasa barua kan?

Rumah tangga yang di bina selama 14 tahun tu, tiba-tiba goyah.

*****

"Abang, saya nak keluar kejap. Nak pergi rumah Aisyah. Ada hal sikit." suara Hawa perlahan. Sayup-sayup. Biasalah. Bila orang tak biasa menipu, nak menipu. Gitu lah gayanya. Bak kata kugiran Stonebay, si Murai Penipu.

"Haa, pergilah. Harini saya ada kerja di Nilai. Balik lewat sikit kot. Awak jangan balik lewat sangat. Anak tu, jangan lupa ambil pukul 6 nanti." kata Adam memberi izin.

Harini Adam kena berjumpa dengan client. Nak berlawan tender isunya sekarang ni. Untuk pikat hati client, dia belanja client dia main golf. Ahh. Taktik lama lah tu. Dah lapuk. Tak di sangka-sangka petang tu jam 4, hujan lebat. Mereka tak dapat nak sambung main golf.

"Haha. Dato', semalam saya ada buat site visit. Boleh tahan..."

tiba-tiba satu panggilan masuk di terima Adam.

"Abang. Boleh ambil si Qabil? Saya ada hal sikit dengan Aisyah."

"Oh, boleh rasanya. Saya pun dah habis menebas ni. Haha."
kata Adam cuba bergurau. Kononnya dia main golf tu menebas rumput. Kelakar juga si Adam ni tau!

"Haa, okay. Terima kasih."

Terus Hawa meletak telefon.

"Sorry Dato'. Saya kena ambil anak saya. . ."


*****

"Haish. Kalau beli pizza makan dengan si Qabil ni cara ni." kata Adam seorang diri. Dia sayang sangat dengan anak dia seorang tu.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk singgah dahulu di satu pasaraya. Ada Pizza Zamani di situ. Kegemaran si Qabil.

Selesai sahaja parking kereta, Adam terus meluru ke Pizza Zamani. 20 minit katanya baru pizza siap. Ahh. Masih ada 30 minit sebelum waktu sekolah Qabil tamat. Jadi, Adam pun jalan-jalan lah di kawasan pasaraya tu. Belek-belek jersi baru Malaysia di Al-Ikhsan. Rm199. Adam ni boleh tahan kuat menyokong pasukan bola sepak Malaysia. Biar jatuh bangun pasukan bola sepak Malaysia, dia masih tetap menyokong tatkala manusia lain dah tawar hati.

Sedang-sedang dia belek, dia ternampak kelibat Aisyah. Seperti yang lu'olls jangkakan. Gua tau, lu'olls dah jangka benda ni. Aisyah dengan seorang lelaki. Celaka! Itu Sirat! Kekasih lama Aisyah. Tetapi Adam masih bersangka buruk dengan Hawa. Mungkin mereka tersempak di sini. Dia ekori lagi mereka.

Sampai satu kedai baju, mereka berdua ketawa mesra. Dan akhirnya,

berpegang tangan.

Adam tergamam. Macam ada satu kilat sambar otak dia.

*****

"Kau apesal? Kau dengan dia pun kahwin atas dasar kena atur dengan keluarga kau. Hawa kahwin dengan kau beberapa belas tahun lepas. Aku kecewa kau tau? Aku merajuk lari keluar negara. Bulan lepas aku balik. Aku nekad, nak cari dia balik."

"Tapi dia isteri aku sekarang Sirat."

"Buat apa? Dia pernah ada rasa dengan kau?"

"Hawa?"


Kelihatan Hawa semakin memeluk erat tangan Sirat.

*****

Dah dua minggu berlalu sejak Hawa keluar dari rumah. Sejak dari haritu, Qabil di bawah jagaan Adam.

"Dia anak awak. Awak jagalah!"
masih terngiang-ngiang lagi ayat yang di keluarkan Hawa tu.

Malam semalam Hawa mintak di ceraikan. Gua pun blur macam mana nak tolong si Adam ni. Namun, lafaz masih belum terkeluar dari mulut Adam.

Pagi tu, seperti biasa, Hawa bangun awal untuk ke pejabat. Tak teringat langsung dia kepada si Qabil dan Adam. Walaupun kadang-kadang dia rindu nak jumpa si Qabil. Namun hati dia keras macam batu kerikil tepi sungai tu,

"Aku nak kahwin dengan Sirat nanti. Qabil mana boleh ikut. Aku mesti lupakan diorang dua!"

Pagi tu, Sirat datang ambil Hawa dari rumah sewa baru Hawa.

"Hai darling. Morning!"
kata sirat sambil mencium tangan Hawa.

"Morning." jawab Hawa ringkas.

di dalam perjalanan tu, diorang buka satu stesen radio. Era Baru Sinaran Panas FM. Stesen kegemaran Hawa setiap pagi sebab ada lagu yang dirosakkan oleh Mat Salleh. Pagi tu ada satu segmen luahan hati.

"Di talian ada satu brother ni, nama dia dirahsiakan katanya. Dia ada satu nak luah pada satu Malaysia. Apa benda tu encik?"


"Saya nak luahkan satu perasaan. Mengenai satu jenis cinta. Mungkin betul kata orang, cinta yang di aturkan ni bukan kita suka. Kita tak kenal siapa dia. Saya sudah alami benda tu 13 tahun dulu. Kami di kahwinkan atas dasar keluarga. Pilihan keluarga. Kami cuba kenal satu sama lain. Saya malu mulanya. Tahun kedua kami kahwin, kami dikurniakan seorang anak. Tahun ni dia akan mengambil UPSR. Lahir sahaja anak tu, kami jadi semakin rapat. Rezeki saya pun bertambah. Saya nekad. Saya akan jaga dia elok-elok sampai akhir hayat saya. Itu yang di takdirkan untuk saya. Lama-lama lahirnya sayang. Dan akhirnya saya cinta isteri saya tu. Ini lah orang kata cinta sitematik. Congak-congak akhirnya dapat jawapan."


"14 tahun berlalu. Semalam dia mintak satu benda yang memang tak pernah saya terfikir langsung akan berlaku. Dia mintak cerai." kata Adam. Mula tersedak-sedak dengan air mata ucapan dia tu.

"Oh, kenapa dia minta ya? Korang ada bergaduh ke?" tanya DJ radio tu.

"Entah. Saya tak tahu. Saya tak tahu mana silapnya. Tapi dah pihak sana nak sebegitu, saya terpaksa akur lah." semakin sebak suara Adam. Celaka betei Adam feeling. Hawa dengar dengan penuh kusyuk. Dia terasa betul dengan ucapan tu. Walaupun dia tak tahu itu adalah suaminya.

"Ahh, drama betul mamat dalam radio ni"
Sirat mencelah sambil gelak kecil. Sumpah gua nak hentak si Sirat ni.

"Sabar ye encik. Semua benda ada hikmahnya. Mana tahu lepas ni Lisa Surihani nak dekat encik ke? Ada kata-kata terakhir untuk bekas Isteri encik?" celaka DJ ni. dalam-dalam Adam tu dok sebak, sempat lagi bergurau kasar.

Hawa tiba-tiba menjadi kosong. Dia terasa betul. Semacam ada sebijik batu yang hendak di baling ke anjing tapi terkena ke kepalanya.

"Oh, dia masih lagi Isteri saya. Saya belum lafaz lagi. Hurm. Buat Hawa, abang harap Hawa fikir lah baik-baik benda ni. Ni benda bukan main-main. Fikirkanlah Qabil. Dia nak membesar tanpa Ibu? Ibu kandungnya? Abang tak pernah rasa nak berpisah dengan Hawa. Adam sayangkan Hawa. Fikirkan lah baik-baik. 14 tahun yang kita tempuh. Susah payah kita belajar bersama."

Hawa tersentak. Kosong. Mengalir air mata. Dia tunduk, sambil pejam mata.

"Sirat, berhenti kereta ni kat tepi."

END.

Ulasan

TheBentPencil berkata…
FIRSTTTT!!

omg so cancer la gua.
kahkahkah

apa2 pun, wanita dan cinta pertama tak dapat dipisahkan.

macamana bahagia pun hidup sekarang, cinta pertama lah jugak di hati.
AlexiaAqram berkata…
kau memang suka buat cerita sangkut kan? kalau ye pun tulis lah bersambung ke. cis! hahaha!

konpem2 je si hawa nak balik si adam?
AlexiaAqram berkata…
dem! tak dapat 1st!
Burungman berkata…
apa jadi lepas tu? ni yang xbest main stop di tengah jalan ni
♥ tiah ♥ berkata…
alaaaa!
sambung sambung plisss~
ngehehehe
Che Cha berkata…
aisehh. sweet dow dpt laki cam Adam. sangat ikhlas n setia n opkoz matang x hentam melulu. =)

adakah laki camni skrg?

well, kalo dpt suami caMni, sila hargai. xyah nk usha cinta dulu yg mungkin palsu semata2. puh~!

sweet adam!
Adam berkata…
Go, ADAM, go! xD
Tanpa Nama berkata…
Mungkin aku bukan laki yang baik..
tapi kalo aku jadi adam...
mintak maaf la hawa..

ko pegi la ikut jantan tu...
cmni nak jd mak pd anak ak?
ak x halalkan makan minum slame mane kite kawen...

pehal ak yg emo terlebih ni?...wakakakakakakka

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.