Cinta : Tanah Tumpahnya Darahku.

Gua bangga. Gua bangga dengan lu’olls semua. Bukan mudah nak melihat berjuta-juta rakyat Malaysia mempertahankan Negara Malaysia. Ya. Memang bukan mudah. Bila di rujuk kembali memori bernombor JK-786221, bertarikh tahun 2009, fakta yang di tulis ialah, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak memperkecilkan Negara sendiri, berbanding memandang Negara sendiri ialah satu Negara yang boleh berubah ke satu tahap yang lebih baik. Banyak yang lebih focus kepada warta politik jam 8 malam tak juga lupa yang menonton American Idol dan bersorak sambil memperlekehkan sebaris bintang yang di lahirkan oleh rancangan reality di Negara sendiri.

Gua bukan nak cakap besar, bukan nak tunjuk hebat. Gua selak pula memori di celah rak yang berhabuk di sebelah sana. Memori bernombor AG-672911 mengatakan, gua pernah perang cyber seorang diri di satu website yang di bina oleh rakyat Indonesia. Tak tertulis pula tahun bila. Mungkin auditor tak audit betul-betul memori tu. Masih ingat malingsia.com? Atau tak pernah tahu? Gua tak sure website tu masih ada atau tidak. Website yang ditubuhkan untuk membantah, kononnya Malaysia mencuri budaya mereka. Yang di mulakan dengan lagu Rasa Sayang Hey.

Waktu tu gua stand up seorang diri sebagai seorang rakyat Malaysia, masuk forum Indonesia. Gua cuba nak satukan dua Negara serumpun ni. Gua forum habis-habisan. Keburukan bermusuh. Tapi ternyata hati mereka keras. Seperti hati sang garuda yang terbang tinggi. Gah di langit. Tak pernah pandang bumi. Konon mereka sahaja yang betul. Tapi ingin gua katakan, mereka bukan lah menyeluruh. Masih ada yang punya otak untuk berfikir mana buruk.

Sejak dari situ, di fesbuk ke twitter ke, gua hanya pandang sahaja mereka bersuara memekik terlolong menyalahkan Malaysia dan membenci Malaysia. Gua tahu, kalau batu sebesar kereta Volkswagen Polo di hembas ombak beberapa kali boleh berlekuk, lain pula dengan hati mereka. Cakap lah macam mana pun, tak akan mudah mengalah mereka ini. Oh, bukan tak mudah. Tak mahu lebih tepat.

Cuba pula kita pergi ke rak perbandingan. Ha, gua dah Nampak satu seksyen yang menarik. Bernombor TK-09825. Kita cuba bandingkan semangat jati Negara kita dengan semangat jati Negara Indonesia. Mereka 25 jam punya semangat dan cinta yang tinggi kepada Negara mereka. Sambil melaungkan kata-kata seperti garuda di dada ku. Salam satu JIWA Aremania (Arema ialah satu pasukan bola sepak di daerang Malang). Satu jiwa? Sebab mereka punya satu jiwa. Jangan berani sentuh Negara depa. Rakyat depa. Budaya depa. Atau? Mati lah kau!

Kita? Bila final bola sepak negeri sendiri baru nak sembang pasal liga tempatan. Kalau tak, liga mat saleh barua tu jugak lu pandang. Kononnya tak punya mutu. Bosan. Gua dah berbulan tak tonton liga luar. Mungkin makan bertahun. Semangat kita jatuh sebab tu. Kita selalu sangat menonton liga luar sampai membandingkan liga kita dengan liga luar. Cuba kita selak memori muka surat 786, tahun 90 an dulu. Fanatiknya rakyat Malaysia dengan bola sepak sendiri. Ramainya penyokong di stadium. Bukan sebab mutu. Itu semua sebab tak punya astro. Bola sepak? Stadium sahaja tempatnya.

Begitulah juga dengan mereka. Mereka di Indonesia lebih banyak menonton liga sendiri dari menonton liga mat saleh barua tu. Mereka ambil segala scenario yang berlaku dalam liga.

Dan masuk pula, Salam satu Malaysia pun dah fikir jauh. Di politikkan. Cuba kita buang jauh-jauh. Kita buang slogan rakyat dahulu pembangunan kejadah tu. Kita ambil positifnya Salam satu Malaysia. Maksunya bersatunya kita di bawah satu payung berdaulat Malaysia yang satu.


Mungkin lu’olls pernah dengar satu gerakan Ultras Malaya? Yang kerap kali di sebut di media, Nampak di kaca TV, di stadium sejak final Piala AFF Suzuki ni. Gua adalah antara ahli terawal. Kami ada di setiap perlawanan bola sepak antarabangsa Malaysia sejak 2007. Yang masa tu baru sahaja bertapak dengan ahli tak sampai 50 orang. Sejak 2008 gua join. Mereka ini lain. Liga EPL? Jangan berani sembang depan mereka. Oh maksud gua, kami. Kami tak marah. Kami tak mencelah. Kami Cuma tak akan ambil endah. Bukan tak boleh menonton. Tonton sahaja buat hiburan. Bukan fanatic. Fanatiknya kita perlu ada di dalam dada ialah pasukan tempatan. Itu lah semangat cinta Negara kita.

Selangor lawan Boca Juniors dulu pun kalah 2-1 sahaja (atau 2-0. Gua dah lupa). Masa tu ketua pasukan ialah Maradona dan Allahyarham Mokhtar Dahari. Padahal masa tu kita bukan pernah menang apa? Tapi kita juga punya satu jiwa berjuang demi Negara.

Tapi gua bangga dengan apa yang berlaku sekarang. Kami tak keseorangan lagi. Semakin ramai rakyat Malaysia buka mata. Pertahankan maruah Negara. Sampaikan di tuiter #loveMalaysia menjadi trending topic. Itu satu benda yang boleh di banggakan.

Mungkin satu hari nanti gua boleh tengok lebih ramai yang menyanyi lagu Negaraku sambil mengalirkan air mata?

Mungkin entri ni tak berapa kena dengan blog terfaktab ni. Tapi ini pun kisah cinta apa? Cinta kepada Malaysia? Tanah Tumpahnya Darahku!

If you are ashamed to Stand by your Colours, you better seek for another Flag – Mokhtar Dahari.

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
gua masih ingat sewaktu gua join ultras malaya yang masih website nya dalam keadaan forum.

haha. rasa macam. dem! berapa ketul je org malaysia yang sokong pasukan negara sendiri ni?

sempat gak menulis beberapa artikel. lebih2 lagi pasal kekalahan teruk malaysia di piala asia di tempat sendiri.

sebenarnya, walau kutuk. jauh sudut hati, gua tetap sayangkan negara ini.

okeh, air mata dah nak menitik ni. sekian!
yatee 'yosh' yakuza berkata…
i'm not a football fan, but i do cried sometimes singing Negaraku. dekat part "rahmat bahgia tuhan kurniakan" pehhhhhhh sebak wehhhhhhh

btw, penulisan yg sungguh best! tabik!!
Fathi Roseli berkata…
sumpah entry ni t'baik dr ladang...t'haru kot
TeNgKu JeBAt iMrAn berkata…
boleh tanye tak?..
font tulisan "tanah tumpahnya darahku" tu..

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.