Kenapa Perempuan Suka Kacau Suami Orang?
Assalamualaikum
Hello hello hello. Hari ni, agak bosan lah. Main dota pun bosan. Tidur pun bosan. Tengok tivi pun bosan. Semua bosan. Cuma tunggu masa untuk baca novel je sebab baru tadi novel [Tunas] (Hlovate) sampai ke rumah. Ingat boleh terus baca, tepi tengok-tengok adik-adik perempuan aku berebut nak baca. Masing-masing pasang muncung bila novel kena buat lari. So, memandangkan I adalah abang yang baik, maka dengan itu, I kasi lah dieorang baca dulu. Biasalah, abang yang baik. Ehem.
So, berbalik kepada tajuk kita pada hari ni; Why the hell perempuan suka kacau rumah tangga (suami) orang yang dah berkahwin? Okay fine. Actually, aku rasa tajuknya lagi bagus kalau Kenapa Ada Orang Ke-3 Dalam Rumah Tangga.
Eh wait, yang Abang K ni nak cakap pasal kahwin-kawan apa hal? Isteri tak ada, awek tak ada tapi nak cakap pasal kahwin? Ah, aku tak kira. Ianya adalah merupakan satu persediaan sebelum aku kahwin. Well, semenjak dua menjak ni, aku asyik termimpi yang aku jumpa ular. Kata orang tua-tua, kalau mimpi jumpa ular maksudnya ada orang nak meminang. So, sebab itulah aku prepare myself.
Nevermind. Lupakan. Apa pun, senang cerita kalau kita google dengan keyword "Suami orang", mesti akan bersangkut paut dengan "perempuan suka kacau suami orang". Tak percaya, boleh search sendiri. So, the issue is; WHY? Kenapa banyak sangat isu orang ke-3 dalam rumah tangga?
Adakah perempuan yang salah sebab kacau suami orang? Ataupun lelaki yang salah sebab dah kahwin, tapi still nak menggal?
Mari kita lihat;
Si Makcik Itu Janda.
Kalau korang tengok drama-drama bersiri tipikal melayu. Asal ada si Janda yang berdressup maut je dalam kampung, mesti semua isteri dalam kampung tu tak akan senang duduk. Agak-agak korang kenapa? Ya, janda adalah lebih banyak pengalaman berbanding si anak dara. Pengalaman macam mana tu? NO. Aku tau apa otak kuning korang fikirkan. Its not about seks semata-mata. Tapi perlakuan, layanan dan kegedikkan. Aku pernah terbaca yang penangan janda adalah lebih kaw berbanding anak dara. So kenapa si janda suka kacau suami orang?
First, yeah they are good at sex since dieorang pakar makan jamu, lama makan garam dan sebagainya. Tak seperti, si anak 'dara' yang tak berminat pun nak makan jamu even dah dua tahun berkahwin. Yang 10 tahun 'kahwin', tetapi baru 1 tahun nikah tu jangan tanya ah pasal jamu. Sure tak sentuh.
Second, pasal layanan. Yang dah berpengalaman kahwin ni, tak ada nya merajuk terpekik terlolong sambil jerit "Hantar I rumah mak I. Hantar I rumah mak I" bila bergaduh. Dia yang nak lari balik kampung, dia pulak suruh orang hantar. Eish. Tak ada adab langsung. Mostly janda, bila aku 'tanya' orang tertentu, dia pandai untuk bergaduh. Dia tahu bila dia nak mengalah. Dia juga boleh kawal suami dia dan suami dia boleh kawal dia. Ada match bak kata orang. Tapi kalau anak 'dara', sikit-sikit nak ikut cakap dia. Tak matang langsung. Ehem.
Dah kahwin = kewangan stabil = secure.
Girls zaman sekarang sedar diri. Dia tahu yang dia tu bergetah, dan ada assets yang besar. Dia tahu pila dia jalan je di tengah orang ramai, dia boleh rasa ada sticker tertulis 'HOT STUFF' kat dahinya. So, dia pun berfikir "Im hot, Im sexy, Im fabulous. I should be rich." Ya, rich. Rich dengan duit orang lain. Orang muda pun ramai yang kata-kaya. Nak-nak anak datuk. Tapi kenapa still nak yang berkahwin? Ya, sebab yang berkahwin, mostly boleh terus ajak berkahwin dan ada pengalamn memberi komitment terhadap seseorang. So, secure. Kalau dengan anak-anak ikan, tidak secure. Sebabnya, anak ikan lagi suka berfoya-foya dari berkahwin dan buat komitment. Anak ikan biasanya tak nak habiskan usia remaja dengan perkahwinan. Kan?
OI PEREMPUAN, BANYAK LAGI JANTAN LAIN, APASAL JANTAN AKU GAK KAU NAK KEBAS?
Well, the issue is.... Really? Betul ke banyak lelaki lain kat luar sana yang single dan menepati ciri-ciri Prince Charming berkuda putih yang korang idam-idamkan?
Well, the higher the number of production (quantity), the lower its value. Dan bila ianya datang kepada bilangan lelaki yang semakin menurun, nilainya akan automatik menaik. So, kalau selepas ni, ada lagi girl-girl yang mintak hantaran berpuluh-puluh ribu, si lelaki jangan kuatir untuk mereka. Sound je dia bersama mak dia yang nak jual anak tu. Lelaki punya lah on demand sekarang, dia sibuk lak nak naik harga. Tak pandai nak berurus niaga anak langsung. Lelaki tak nak kahwin, mula lah di salahkan lelaki.
Makin tua, makin handsome.
Tahu kah korang, yang lelaki berjambang lagi hot dari lelaki tak ada janggut? *Terasa*. Dan semakin tua, makin bergaya? Semakin di minati? Semakin macho? Semakin matang? Contohnya, Robert De Nero. Horatio Caine (David Caruso) dan macam-macam lagi lah. Bak kata orang, lelaki, makin lama makin beharga. Perempuan makin lama makin... erm... errrr... antik. Lagi pun, men's life start at 40 kan?
Sama juga macam di kolej. Market lelaki vs market perempuan. Semakin senior si lelaki, semakin tinggi market. Semakin senior si perempuan, semakin kurang market nya. Kan?
Dan, perempuan amat-amat tertarik dengan lelaki yang matang. Even lelaki tu huduh, tak handsome dan muka pelik serta tua, tetapi kejantangan dan kematangan lelaki memang akan buat perempuan tertawan. Tu yang huduh and tak handsome. Kalau yang handsome dan macho?, haaa. Memang cair lah. Di tambah pula, agak susah nak cari lelaki yang matang dan single. Masing-masing kahwin pada umur 25-35 tahun.
Lelaki nak makan luar.
Point ni, adalah paing banyak kat dalam forum-forum online. Kalau pergi mana-mana je, point ni mesti ada. Why lelaki makan luar?
- Bosan tengok muka isteri yang sama setiap hari. Semua sukakan Ais Krim Chocolate. Tapi kadang-kadang, nak juga rasa Ais Krim Vanila kan?
- Kasih sayang lelaki terlampau banyak. Seorang perempuan tak cukup.
So, apa kata forum? Keperbagaian dalam rutin seharian! Ya. Jangan lah balik-balik buat benda sama. Tak ada kepelbagaian langsung dalam rumah tangga. Sebab itu lah aku pernah cakap, kalau korang boleh rasa romantik bersama suami / bakal suami tanpa berborak dan berkata-kata, maksudnya korang memang akan susah bosan antara satu sama lain. Kiranya macam korang pergi dating, then baring sambil pandang langit malam tanpa cakap apa-apa pun. Then sekali sekala jeling ke pasangan. Then sekali sekala gelak-gelak. Kan sweet tu. Hais. Korang ni tak romantik lah.
Lelaki yang dah kahwin tahu nak kasi 'pandangan membara'.
Ini lagi satu salah lelaki. Lelaki bila dah kahwin, dia automatik tahu cara nak tackle, layan dan belai si gadis. Si gadis pula, punya lah naif dan lurus, terus cair. Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat.
Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.
“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.
Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.
“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.
“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.
“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.
“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?
“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.
“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.
Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.
“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.
Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.
“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.
“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.
“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.
“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.
“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’
Oh, Kak Nor tu bukan aku okay. Ini aku ambil dari utusan.
Lelaki saja je nak test market.
Ini aku agak tergelak bila baca di sebuah forum. Actually, jangan lah kacau suami orang, sebab, lelaki ni saja je nak test market dieorang. Sebab ketika umur dieorang makin meningkat tua, mereka akan terfikir "Aku dah tua ke?", "Tenaga masih macam dulu-dulu ke?", "Agak-agak, market ada lagi tak?" atau dengan kata lain, own midlife crisis. Sebab bila dia tahu yang market dia masih tinggi, dia akan rasa secure.
***********
Actually, ada lagi point. Banyak lagi. Tapi, bairlah henti di sini dulu. Tunggu aku kahwin dulu. Baru layak cakap bab-bab dalam kelambu.
So, poligami dan orang ketiga, mostly, di hati perempuan akan berkata "Madu bagi lelaki. Hempedu bagi perempuan."
Well, siapa kata aku asyik mengata perempuan. Ni entry backup perempuan tau. See? Aku bukan sahaja abang yang baik. Malah, bakal suami yang bagus.
Aku rasa dah boleh kahwin.
Ulasan
sgt menakutkan..
pokoknya,lelaki juga suka layan & pastinya pmpuan suka menggoda
jadi,tayah nak suka.kacau suami org..nnti terkena dgn perihal diri sendiri
whts goes around comes around
sy pnah berkawan rpt ngn laki org..n hampir menjalinlan satu hubungan yg serius (eg : berkahwin)
at first..i dont know he was married..n he didnt tell me..
once die btrus trang..he has wife..n 2 children..omg..kompom2 la aku tgglkn die..huh
tp aku pisah ngn die care baik..walaupon rase sakit hati sbb die xckp benar..pada aku,lagi sakit ati bini die kalau tau aku berhubungan ngn suami die..
so for the sake of their family..n demi bini die jugak la..aku pisah ngn die..actually aku xsanggup pentingkan cinta aku sniri daripada..seseorang yg lebih berhak..iaitu bini die..
n aku xmo satu hari bnde tu jadik balik kat aku..
smpai skrg jugak la..if laki tu call tye kabar..mesti die tye lgi..sudi x jadi bini kedua die..hadoii...wat aku gelak je..
WELL..the answer is NO...
aku bkawan laki org, tapi kitorg berkawan since sebelum die kawen and at 1st aku x tawu yang die bakal kawen. let say aku knal die bulan 9, tetibe bulan 1 2011, die kawen. well, nak dipendekkan cite aku dpt tawu yang die akan kawen dlm bulan 11. mase tu aku da kuar, makan n lepak2 umah die,(sorry to say, i'm not a good chick). but i feel for him, i fall for him. at the same time aku dah ade bf. aku x bole nak lupekan bf aku & at the same time aku x nak lupekan MR.J. & for your info, kami masih lagi berhubung by phone, lepak, n kua same2 sneakily. aku tau, what goes around comes around, n aku tkot sangat kalo bende yg same terjadi kat aku, tapi nak lupekan die, sangat2 lah susah. N die kate die pon same, so, hari2 aku blur tgk muke die, sbb die BOSS aku. CAMNE? salah aku ke jatuh cinta ngan suami orang>??
-JAJA
kawen cepat-cepat lar..
tak sabar nak baca entry back-up lagi lepas Mr K kawen..
hahaha
aku kanak-kanak
tak pernah lagi terjebak kisah suami orang
nauzubillah.. :)