Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saya republikan

Kau Faham Ke Tak, Sign Of Rejection?

Imej
Pernah memburuh di sini selama dua bulan sebelum berangkat ke UK. Aku harap kau baca tulisan ni dan faham tulisan ini betul-betul. Aku dah malas dah nak bersimpul-simpul, berkias-kias dan bersembunyi. Kali ni aku cakap terang-terang. Aku faham masa djaman kau sekolah rendah ke menengah dulu, mak bapak kau tak kasi kau bergaul dengan lelaki. Aku tahu kau anak orang atasan, pergi berhantor balik berhantor. Takde pergi tuisyen - cikgu tuisyen yang datang ke rumah kau. Takde masa senggang untuk berpacar-pacar. Pagi Ahad kau berlatih piano. Pagi Sabtu kau berlatih main tenis. Petang Sabtu kau practice belajar naik kuda. Petang Ahad kelas lukisan. Isnin sampai Jumaat sekolah, balik sekolah buat kerja sekolah. Takde masa kau nak berfriendster hinggalah bermukabuku. Kau dapat result cemerlang di sekolah. Kau dapat tawaran universiti di Australia. Bapak kau kaya, petik duit je boleh datang. Kau pergi Australia. Bila kau ke sana, mak ayah kau cakap kau tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki....

Kepada Awak, Ya - Awak Yang Delete Twitter Tu.

Imej
Alix of Hesse, atau dikenali sebagai Alexandra Feodorovna, Czarina Russia terakhir sebelum kerajaan Alexander Kerensky dari Menshevik menggulingkan kuasa pada March 1917, sebelum Red October dari kerajaan komunis Bolshevik Vladimir Illyich Lenin. Kepada awak, ya kalau awak baca tulisan nilah. Saya pohon maaf sekiranya saya mengguriskan perasaan awak Ahad lepas. Saya rasa saya perlu tulis benda ni, sebagai tanda saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Pada mula awak follow saya dalam Twitter, terus-terang sekarang ni saya jarang sangat nak follow orang. Kalau orang tu saya rasa interesting, baru saya follow. Tapi awak serius bertanya tentang novel Awek Chuck Taylor, dan saya kata, ok - why not kalau saya follow awak. At first saya cakap - buku Awek Chuck Taylor awak boleh je masuk kat lejenpress.com. Mereka boleh uruskan - kalau saya yang uruskan mungkin berkurun lama baru boleh dapat. Sebab saya kerja, 11 pagi sampai 10 malam. Dan balik malam tulis novel baru. Tak sempat nak menyinggah ...