12 Disember 2011

Kepada Awak, Ya - Awak Yang Delete Twitter Tu.



Alix of Hesse, atau dikenali sebagai Alexandra Feodorovna, Czarina Russia terakhir sebelum kerajaan Alexander Kerensky dari Menshevik menggulingkan kuasa pada March 1917, sebelum Red October dari kerajaan komunis Bolshevik Vladimir Illyich Lenin.

Kepada awak, ya kalau awak baca tulisan nilah.

Saya pohon maaf sekiranya saya mengguriskan perasaan awak Ahad lepas. Saya rasa saya perlu tulis benda ni, sebagai tanda saya ikhlas nak berkawan dengan awak.

Pada mula awak follow saya dalam Twitter, terus-terang sekarang ni saya jarang sangat nak follow orang. Kalau orang tu saya rasa interesting, baru saya follow. Tapi awak serius bertanya tentang novel Awek Chuck Taylor, dan saya kata, ok - why not kalau saya follow awak. At first saya cakap - buku Awek Chuck Taylor awak boleh je masuk kat lejenpress.com. Mereka boleh uruskan - kalau saya yang uruskan mungkin berkurun lama baru boleh dapat. Sebab saya kerja, 11 pagi sampai 10 malam. Dan balik malam tulis novel baru. Tak sempat nak menyinggah pos.

Tapi awak kata awak nak juga hubungi saya. OK, saya beri nombor saya kepada awak. Saya ingat awak ni duduk dekat-dekat sini je. Bila telefon keluar nombor depan +673 ditambah dengan nombor pelik yang tak pernah wujud dalam Malaysia. Kali terakhir nombor pelik muncul dalam telefon saya semasa saya di UK bila kawan saya telefon.

Awak kata awak jumpa blog saya melalui Teh Tarik Gelas Besar Tumblr. Saya tanya, ni nombor mana ni. Awak cakap awak berada di sebuah negara yang definitely bukan Malaysia (gi cari sendiri nombor start 673 dari mana), dan awak kata awak nak borak-borak. Dan tiba-tiba awak cakap macam ni.

"I think I fall in love with you."

Peh, agak-agaklah. Awak tu orang macam mana. Saya ni kuli angkat kotak je kot. Kerja pukul 11 balik pukul 10 setiap hari. Awak tu strata lain. Tapi awak cakap, saya ni judgmental sebab status, saya reject awak.

Bukan. Bukan macam tu. Ada banyak sebab kenapa saya enggan terima awak - dan faktor jarak dan status bukan faktor utama. Faktor pertama ialah saya dah ada kekasih. Erica Micheal - dia sangat baik untuk saya. Dia terima saya masa saya berada di bawah. Ketika saya menganggur dan mencari kerja - dia, dan kawan-kawan lain yang sentiasa bersama saya. Saya rasa dia dah banyak berkorban untuk saya. Redah motor hujan-hujan, malam-malam semata-mata bila dengar saya demam teruk.

Saya tak sanggup nak berlaku curang - seperti yang awak cakapkan, "let her don't know". Tak boleh. Takkan boleh macam tu. Berbohong dengan kekasih saya bermakna saya berbohong kepada Sherina Ellyana. Saya tidak mahu itu untuk berlaku.

Kedua, awak tak kenal saya. Awak tak pernah nampak muka saya pun. Gigi rongak badan kedebab badan berbau rambut beruban. Saya bukan lelaki ideal yang para wanita inginkan. Terus terang masa mula-mula saya nak approach Erica Micheal pun berdebor-debor. Saya ni lelaki yang paling hampeh kalau awak nak tahu. Awak jangan judge saya ni intelektual ke, pandai ke, genius ke apa macam awak cakap tu. Saya ni kalau belajar power dah lama dah saya kerja gaji empat lima riban. Dah tak payah kerja memburuh.

Kalau awak kenal saya, awak takkan nak saya. Even kalau saya single sekalipun. Bukan nak rendah diri ke apa, saya rasa ramai lagi orang-orang dari golongan awak yang lagi tampan, pakai kereta Lambourghini ke rumah agam besar gila. Mungkin awak rasa tu semua awak tak nak pandang, tapi cuba fikir, katakan saya ni single dan awak accept saya, ibunda dan ayahanda awak tu nak terima ke? Cuba fikir.

Lagi satu, awak masih muda lagi. Dan awak cantik. Dan awak mampu dapat lebih baik dari mat susun kotak macam saya ni. Saya yakin awak mampu jumpa orang lebih baik dan handsome dan stabil dari saya. Bahkan butler awak lagi hidup senang dari saya sendiri.

Kita tak pernah berjumpa. Tolonglah jangan percaya sangat cinta muka buku ke cinta twitter ni sangat. Dah jumpa baru awak tahu macam mana.

Tapi saya memang benar-benar nak kawan dengan awak. Tapi bila awak bengang sampai delete Twitter sebab tak dapat terima, tu saya tak boleh buat apalah.

Good riddance. I hope you had your time of your life.

p/s: Don't imagine "Hafiz ACT" too ideal like Aaron Aziz sangat. Sebenarnya "Hafiz" dalam cerita tu pun - bukan siapa-siapa pun. Cerita novel itu adalah cerita orang biasa, tentang orang biasa, untuk orang biasa. Jangan bayang bukan-bukan. Please.

15 ulasan:

ilie berkata...

errr..neh terfaktab or teh tarik gelas besar??..i'm confused~~

Cob Nobbler berkata...

terfaktab, wak.

fatenalina berkata...

no need la sampai delete twitter. hek eleh. malu lettew.

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

eh? da macam citer 143 sikit. comel.

Si Psikopat Sadis Seksual berkata...

Fak! Lepas ni kita cinta terfaktab sajalah.

Salam kenal.

Wardiah berkata...

Nami, apsal tak letak entry ni kat tehatrikgelasbesar?

'Awak' tu org negeri kaya tu... wow ;)

♥ Capital N berkata...

Cinta terputus di twitter . hewhew ;p

Pida berkata...

Wah! Kalau aku jadi erica, aku pasti rasa dunia ini aku yang punya. Bertuah erica dapat nami!

TheBentPencil berkata...

1) Nami, you dont smell bad. You rode my car remember? and I don't smell anything funny.

2) Nami, since when your hair is greying? I see normal asian hair on you. (Or maybe i'm too short to notice the head of a tall guy, wallahualam.)

3) Nami, you're fine just the way you are. Aint that why erica's staying?

kemain tarik simpati ye. hikhik

Cob Nobbler berkata...

Pensel Bengkok:ini hakikat. saya tahu orang cakap apa pasal saya.

#HA!

Nabhell berkata...

brunei je pun nami weh

cinderella berkata...

pensel bengkok tu macam nak pujuk awek pulak =.="

arrowz93 berkata...

haha. nice one la. kau reject dia dgn cara yg baik. aq pun bnyk kali gak kne reject. i know that feeling. btw, salute u bro.

kamenrider berkata...

entry pujuk nih...her pride tengah hurt tuh..bagi chill skit..da reda, mau byk kali die bace entri nih..

greek goddess berkata...

woa....bnyk kali dh u mention bout hafiz act n aaron aziz thing....