The only girl in the world.
Assalamualaikum guys and girls. Dah lama tak berjumpa. Kalau ada datang time book launching hari tu ada la jumpa. Tapi maaf saya tak boleh borak lebih. Memang lazim blogger, kat dalam bising kat luar pemalu. Hihi!
gambar dari Terminator Salvation. (link) |
Setelah hidup berdikari selama setahun (nasib baik dia belajar ERT kalau tak confirm kebulur, haha!), dia menyelamatkan seorang lelaki yang sakit radiasi. Dalam dia memulihkan lelaki itu, dia mengimpikan hidup bahagia bersama lelaki itu—menjadi pasangan manusia terakhir di dunia kecil post-nuclear-apocalypse itu.
Apakah ini ada keserupaan dengan kita? Tolak tepi kisah bencana nuclear itu—after all it’s still not proven that Lynas is truly radioactive so “Kampung Radioactive” is far from reality—apabila kita dihadapkan dengan satu sahaja pilihan pasangan, apakah kita akan terus menerimanya?
Kadang-kadang begitulah adanya. Dalam satu batch kursus ijazah, dalam satu jabatan tempat kerja, dalam satu kawasan kejiranan, mahupun dalam satu komuniti internet—dia seorang saja yang belum berpunya. Setiap hari ketemu dia, setiap hari lihat wajahnya, setiap hari bercakap dengannya—dan tiba-tiba rasa cinta mula berputik.
Tapi apakah itu benar-benar cinta, atau cuma rasa keseorangan yang membawa kepada keinginan berpasangan ? (Adegan dari siri "The Office") |
Kalau ia kerana rasa keseorangan, pada hemat saya ia cukup bahaya. Kadangkala satu-satunya wanita dalam jabatan itu, sudah berpunya. Kadangkala lelaki terakhir single dalam syarikat itu seorang pencurang. Malah kadangkala “manusia terakhir” itu masih tidak sukakan kita, tapi peliknya hati masih terpaut. Diselindungkan oleh prinsip cinta “love conquers all” yang dipegang, si malang menempuhi ombak badai ke tempat yang belum tentu selamat. Sudahnya, dia yang merana!
Jadi bagaimana agaknya hendak membezakan sama ada ini cinta benar, ataupun sekadar “cinta kerana dah tiada orang lain untuk dicintai”?
Ah, entahlah, tiada cara yang betul-betul terbukti! Adalah sedikit yang saya tulis dalam buku Terfaktab, mengenai cara melupakan cinta bertepuk sebelah tangan (sebenarnya itu ada kaitan dengan entri ini, kerana ia pernah berlaku). Tetapi ada cara lain yang mungkin boleh bantu:
Boleh pandang-pandang... (link) |
1) Simpan prinsip bahawa “kerja/belajar lain, bercinta lain”. Tidak, saya tidak menghalang cinta kalau ia benar-benar berlaku. Tapi biarlah ia berlaku di luar tempoh kerja/belajar. Anggap masa kerja/belajar ini sebagai tempoh kenal-kenalan. Sesi “screening” sahaja!
2) think logically. Cakap kepada diri sendiri, “would I date him if he’s not from this department/company/group/class?” Maksudnya, jika anda berada dalam environment atau situasi lain, adakah lelaki/wanita berciri dan berpersonaliti sepertinya menjadi pilihan anda? Jika jawapannya tidak, maknanya itu masanya untuk anda “Back off.”
3) back away before things gets worse. Ya, bila ada tanda-tanda kemesraan anda lebih daripada biasa, cuba cool down sikit. Kurangkan bertemu dia selalu. Jangan kurangkan drastic sangat, nanti dia akan menyangka anda membencinya.
Tetapi ingat, mungkin dia juga keliru seperti anda—mungkin dalam diam dia cuma inginkan seseorang di sisinya selalu—tetapi dia tidak pasti sama ada itu cinta atau sekadar keseorangan. Apabila ini berlaku, janganlah terlalu dilayan sangat flirting dan taburan hint “cinta”nya. Tetap layan sebagai kawan biasa.
4) cari “circle” lain. Kalau benar anda terpikat padanya kerana anda keseorangan, mungkin ini masanya memperluaskan “circle” anda. Join group lain. Department lain. Berkawan dengan orang kursus lain, kelas lain. Mungkin ketika itu selepas melihat pilihan yang lebih banyak, anda akan menilai semula pilihan sekarang dan memilih orang lebih sesuai dengan diri anda.
Dan selalulah berdoa untuk dipermudahkan bertemu jodoh. Kalau betul-betul jadi dengan dia--maka jadilah. Kalau bukan—tak apa—jadikan dia kawan, dan jangan jatuh dalam perangkap sama.
Oh ya, berbalik kepada novel O’Brien yang bertajuk “Z for Zachariah” tu, apa endingnya? Ya, lama-kelamaan lelaki itu mula menunjukkan sikap tamak dan haloba dan ingin memanipulasinya. Baru dia tahu bahawa lelaki yang indah dalam impian itu mula menjadi mimpi ngerinya, lalu berlakulah pertarungan sengit untuk merampas satu-satunya sut kalis radiasi yang mereka ada. Tamat.
Satu saja sut anti-radiasi? Kedekut! (link picture) |
Eh tu bukan ending lengkap! Tak apalah, nanti korang bacalah sendiri. Tata!
p.s. orang yang kurang bercakap, dan banyak mendengar, lebih banyak pengalaman daripada sebaliknya. Hiks.
Ulasan
kalau macam tu, kita boleh katakan, itu bukan cinta la kan. itu hanya nafsu semata. kan? kan? kan?
*hembus asap rokok khayalan*