21 Disember 2011

Syarat Percintaan Di Sekolah

Lagi seminggu dua sekolah dah nak buka semula kan? Sedaplah budak sekolah, berapa lama memendam rindu dendam dengan pakwe/makwe sebab cuti sekolah lepas ni boleh jumpa semula kan? Boleh dating dekat kantin, dekat library, dekat padang, tunggu depan gate sekolah, balik jalan kaki sama-sama..Mesti feeling macam filem Sembilu kan? Haah, Sembilu tengkorok lu! 

Gua tahu ramai pembaca Terfaktab datang dari kalangan budak sekolah. Gua sebenarnya takde halangan pun kalau budak sekolah bercinta ni tapi ada dua tiga benda yang gua jadi tak berapa sedap hati. Satu, budak sekolah yang bercinta mengalahkan orang kerja kerajaan, dua, kemain lagi frust tertonggeng bila clash macamlah cinta dia yang paling abadi dan ketiga bercinta bagai tapi belajar bersepah.

Lu orang nak bercinta, lu orang bercintalah tapi gua ada beberapa syarat. Kalau lu orang boleh penuhi semua syarat ni maka teruskan lah percintaan lu orang, gua sendiri akan mendoakan berkekalan sampai ke jinjang pelamin.

Syarat pertama ialah selagi ada orang yang tua dari lu tapi masih single lu orang tak boleh bercinta. Paham tak? Orang-orang ni merangkumi semua individu yang ada kat kawasan sekolah, tak kisahlah cikgu ke pengetua ke tukang kebun ke jaga sekolah ke abang kantin ke asalkan diaorang tak kahwin lagi lu orang tak boleh bercinta. Sebabnya senang je, jagalah sikit perasaan diaorang tu, diaorang yang tua dari lu orang pun single lagi, ni lu orang kemain lagi tayang percintaan depan diaorang. Apa ingat diaorang tak terluka ke?

Syarat kedua ialah jangan bercinta kalau lu orang tak dapat A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pengetahuan Agama Islam dan Sejarah. Kalau nak bercinta ayat kena power, macam mana nak faham lirik lagu omputih yang makwe kasi kalau lu bongok BI? Bahasa Melayu tu pulak adalah alat komunikasi dalam percintaan, kalau Bahasa Melayu lu pun tunggang langgang, ada hati lagi nak bercinta? Sains pun lu orang kena skor A jugak sebab kalau power sains barulah tahu pasal anatomi badan manusia jadi takdelah lu buat benda pelik-pelik dan bukan-bukan. Subjek agama pun cukup-cukup markah macam mana nak jawab kalau bapak makwe tanya apa beza idgham bila ghunnah dengan idgham maal ghunnah nanti? Sejarah pulak sebab..err..sebab..err..sebab gua minat subjek Sejarah..ikut gua la ye dak? Kahkahkah. Kalau semua subjek ni dapat A baru boleh bercinta..

Syarat ketiga ialah jangan SERIUS kalau nak bercinta sekalipun. Anggap je lu orang bercinta sebab fun dan nak mendapatkan pengalaman. Jadi bila lu orang clash takdelah lu orang rasa rabak apa semua bagai. Kalau rabak pun takla sampai nak telan panadol 5 papan ke terjun bangunan ke, buruk sangat kalau budak sekolah buat perangai camni. Ok, bukan budak sekolah je, sebenarnya budak umur 50 tahun pun still nampak buruk kalau buat kerja bangang ni. Jadi kalau lepas ni ada budak lelaki nak tackle lu, kabor je ke dia, "boleh je nak bercinta tapi jangan serius sampai nak reka-reka nama anak, pikir-pikir pasal kaler pelamin boleh?".

Syarat keempat dan yang terakhir, mintak persetujuan mak bapak lu orang. Cakap je ke ayah/mak lu orang, "agak-agak kalau orang bercinta, abah kasi tak?". Kalau mak bapak lu orang bersetuju, gua sebagai orang luar takkan masuk campur. Tapi kalau mak abah lu kabor, "lipat baju pun tak pandai, pergi kedai pun liat ada hati nak bercinta!" lu orang faham-faham sendiri je la.

Mudah kan syarat-syarat gua? Gua rasa gua takdela kasi syarat-syarat yang kejam pun. Syarat pertama gua hadkan individu yang lagi tua dalam kawasan sekolah je, bukan dalam daerah lu. Syarat kedua gua tak letak subjek susah-susah macam Add Math ke, Fizik ke, Prinsip Akaun ke, semua subjek basic je gua kasi. Syarat ke tiga pulak ialah untuk mengelakkan lu tak menyesal lu buat kerja bangang macam lagi banyak menangis dari baca buku. Syarat ke empat ialah takde orang yang lebih faham tentang lu dari ibu bapa lu sendiri.

Jadi semua faham kan? Tapi kalau ada yang pesen degil mengalahkan anak askar dan still nak bercinta tanpa penuhi syarat gua kasi takpelah, gua harap percintaan lu orang berjaya dan semoga lu tak menyesal di hari tua nanti. Akhir kata dari gua, selamat kembali ke sekolah! Jangan lupa kapur kasut!


21 ulasan:

Ramona Alice berkata...

mujur gua dpt A bm dlu. haha.

Ida Firdausi berkata...

alamak! BI dapat B la. tu pasal tak berani nak bercinta time sekolah. :)

mUm_tAz berkata...

adei lawak2..
P/s kalo spenda pon mak cucikan lagik, x payah la nak bercinta-cinta...

Bravo Himamovic berkata...

gua lepas smua syarat lu..
tp gua x bercinta pn.. sbb bdk2 skolah gua x lawa..
hahaha~!!

Diana Zainal berkata...

subjek yg lu ckp tu semua gua dapat A. patutlah gua bercinta time sekolah dulu.

Wadi AR berkata...

ouhh, centu

fatinshah berkata...

degil mcm anak askar??
whattt

Penampor Jarak Jauh berkata...

beza idgham bila ghunnah dengan idgham maal ghunnah pon xtau.. Haha.! serius ini klakar..

awan[is]cloud berkata...

yg gua dpat highliht kan jgn bercinta secara SERIUS ! bru kt skolah je kot :D

Akak Kopi berkata...

gua semua subjek A tapi gua malu nak ngaku percintaan zaman sekolah gua kecundang di tengah jalan. keh keh

Aqiim berkata...

budak umur 50 tahun?
hahaha

TheBentPencil berkata...

ini satu penipuang!

ambo dapat A sokmo, tapi #foreveralone gop...

TheBentPencil berkata...

ini satu penipuang!

ambo dapat A sokmo, tapi #foreveralone gop...

fatenalina berkata...

ape barang bercinta kt skolah ! tak cool langsung !

♥ nitnot berkata...

bercinta kat sekolah ? HAHA , aku tak suka budak laki sekolah aku ,sebab tuh masa zaman sekolah aku kapel dgn budak sekolah lain . KihKih

*umur 50 tahun , budak ?
duh -.-

Tanpa Nama berkata...

suka syarat pertama tu.. hahak

MachaYangAdePerasaan berkata...

wei lu sapa nak tetapkan syarat.. lu tuhan ka... ingt orang yg bijak ja ka bole bercinta.. gua pown ada hati...dalam hati gua ada taman... ( Nampak sgt lu jeolus dgn zaman sekolah Lu..)ko nerd sgt sbb tu ko x cinta zaman sekolah... abg aku bercinta dari form 1 skng umur dier 32 thn da ank dua still romantik... ko pe tau... (1. Jgn nak mempermainkan agama
2. Jgn nak permainkan cinta manusia terhadap sesiapa mahupun tuhan.... )

kata.benar berkata...

to Macha... apahal pulak lu bilang brader ni nak mempermainkan agama? in fact benda yg dia pesan ni lagi baik untuk mempertahankan ajaran agama. apa lu ingat... bercinta ni lagi banyak baik dari buruk ke dari sisi agama? lagi2 utk bebudak sekolah yg mmg confirm belum ready utk melangkah ke gerbang perkahwinan. cinta main2 je lebih. lagi baik lu score dulu, belajar rajin2, dapat kerja baik2... mmg confirm bakal mak mertua takkan halang kawan anak dia.. infact dia yg akan sibuk tanya anak dia bila lu nak masuk minang nanti. faham?

Ahmad berkata...

"Anggap je lu orang bercinta sebab fun dan nak mendapatkan pengalaman"

Habis....

Tanpa Nama berkata...

Semua syarat gua pass! Kwasn skolh gua, yg dh tua smua da khwin.Cuma, gua ta penah tnya mak bapak gua leh cinta ke tak . Sbb gua tau, mk bapak gua ta bg punya. Tapi, gua cinta ta kcu study gua. Exam dpt staright A. HAHA. XD

cikya lah berkata...

Ohoi,

LepLep,

Aii nak bragg jugak boleh? semua dapat A1 kecuali EST. EST tu memang dengki sejak azali dengan Aii.
I blaja muzik kbsm, meh lar nak jamm.

1. I geng taiko buli orang, so istilah chenta zaman sekolah memang jadi bahan kutukan puak kami

2. Mak Aii cakap nak kejar Aii dengan parang kalau kapel. Aii pom tak hingin sebenarnya, sekadar flirt kacau anak orang adalah.

3. dan 4. rasanya Aii dah jawab dalam rangkap kat atas.

sekian.

sleepy head zaman sekolah.