Kekasih Berbau? Awwww...
Ye dik non-dik non sekalian, mak tahu mak dah lama menyepi gitu. Mak bukannya apa, mak busy sikit dengan bapak gula dan jugak anak-anaik ikan mak. Mak ni jenis kasih sayang melimpah ruah tahu? Haruslah di bahagi sama rata kepada orang-orang yang memerlukan. Kasih-sayang yang lebih tu nak simpan buat pekasam buat hape? Tak mendatangkan hasil.
Hari ni mak nak bercakap pasal 'KEKASIH KAU BERBAU?'
Ohhhh tidakkkk!! *pengsan* *dah tersedar* *pengsan semula*
Mak bukannya apa dik non- dik non sekalian. Kalau kau tu ha, dah pandai nak ber gf/bf sehidup semati jadi mak assumed yang kau tu dah besar panjang, boleh berpikir secara kreatif dan kritis gitu, jadi haruslah kau memahami kepentingan kebersihan diri. Takkan benda basic pun nak kena ajar? Nak ingatkan sesangat. Jadi bagi mereka yang diluar sana kemain lagi gigih bersama mereka, mak memang bagi kau standing ovation noksss.. Kelas kau, Jeton. Jenis-jenis orang yang berhidung tabah gitu. Jenis feeling-feeling senyum memanjang bila dekat dekat dengan kekasih hati yang berbau tu.
Orang macam ni dik non oii, kau kena tegur. Hint-hint dah tak jalan dik non. Kemain lagi kau bagi signal bukak tingkap leluas sambil keluar kan kepala, dia tengok kau plak sambil senyum lebar.
*Ali dah tak tahan dengan bau si Siti, lalu beliau memberi hint dengan membuka tingkap kereta seluas mungkin sambil menghidu angin sepoi-sepoi di luar*
*Siti mengikut perbuatan Ali seraya berkata "Sedapkan angin luar ni yang, beralun indah macam cinta kita" sambil memegang erat tangan Ali di tombol gear.
FAKING!!
Haa, nampak tu? Cara hint bagai ni dah lapuk la sayangku intan payung. Harusnya sound tepek sekali. Kalau kau tak tembak tepat ke muka kau Osman oii, hadaplah kau ke anak cucu. Tak tau lah busuk busuk macam tu pun kau nak buat anak kan?
"Siti, wangiiiiinyaaaaa awak niiiii!" *tangan ke dada, mata ke atas*
Hint bagi deodorant, minyak wangi, aromatheraphy, sabun Dettol semua kalau dah tak jalan Jijah oi, haruslah kau hadiahkan aje KAPUR BARUS. Moga mereka-mereka ini berbahagia ke anak cucu gitu. Kalau la kau jenis hisap rokok tu, bawak la spare chewing gum ke gegula ke sentiasa. So takde lah gf-gf kau tu nak komplen banyak sangat. Yang perempuan tu bawaklah spare body mist kejadah apa ke kan? Takkan la itu pun Mak nak sergah baru nak buat? Malu la sikit kat kaum Mak yang berketerampilan anggun lagi jelita ini.
Tak guna jugak lah kau Timah oii kalau bergaya sakan tapi jenis mandi seminggu 2 kali je. Haritu Mak feeling-feeling insaf, naiklah KTM, merasakn lah jugak. Bosan jugak ada driver memanjang kan? Mak kan ala-ala model kaki panjang serupa ratu K-Pop, haruslah Mak tinggi menonjang. Adalah satu minah comel lote kemain hayuuu lagi memakai tudung berwarna hijau. Haruslah Mak hingat tudung tu sampai mati. Dagu Mak masa tu betul-betul la hatas kepala dia dik non oiii.. Haaa. Hambek kau! Bau kepala dia tu mengalahkan ketiak Bangla karpet tahu? Sumpah Mak tak tipu. Kemain lagi Mak tercingap-cungap serupan hanak ikan emas. Pandang-pandang jugak la sekeliling mana tahu boleh dapat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut oleh abang-abang askar ke. Harammmm!! Rupanya Maka dalam coach wanita sajork. Bosannnn..
Jadi, tak kira lah kau pakai tudung ke, tak pakai ke, apa kejadah la, ingat, haruslah menjaga kebersihan diri hokayyyyy? Kalau kau jenis tgak kesah dengan bau bauan kau tu, kesian la kat orang sekeliling yang masih lagi penuh dengan adat timur, segan-segan nak bagitau kau. Terseksa hokay jiwa raga. Kalau kau cakap kau memang born that way, pakai apa pun berbau, mak nasihatkan kau minum je lah minyak wangi barang sebotol dua setiap kali lepas makan, 3 kali sehari. Moga lekatlah bau nya nanti.
Bagi kau, kau yang rasa bau gf/bf kau yang berbau ala-ala meriah gitu mendatangkan ghairah, Mak tak boleh nak kata apa lah kan. Just jangan keluar di khalayak ramai je lah. Takut nanti memudaratkan orang ramai atau menanggung malu seumur hidup.
Okay sudah lah. Mak nak sambung menunaikan kewajipan isteri solehah ni. Jumpa lagi ye. Salam peluk cium gitu. Jaga laki kau ye Peah, takut nanti tergoda dengan mak pulak nanti. Awwww...
Ulasan
meriah uolls :D
haaahaa! style gile! :D
habis cerita jadi isteri solehah.
BAHAHAHA
Tuh lah duk aku pelik kadang kadang ada jugak member member yang berbau , terfk acane lah kalau dy g dating eak ?
Agak nye tercungap cungap si pkwe/mkwe menahan , ah kalau dah sayang semua nye wangii kan ? Puiii !
Lahai sian kau tercungap cungap cam anak ikan emas . *mesti kiut an ? Pftt ;p
hahaaa. baca dgn intonasi nih.
Nak cerita, ada satu hari tu, gua pergi meeting petang. Gua mandi, bedak dan sembur pewangi ke badan. tapi gua tak perasan bau dia macamana sampaikan kawan gua datang dan sniff2....
"mmmmmm sedap seh bau dia!!!"
dan muka dia tepat kat dada gua.
ye guys and gegurls, moral of de stori, sila sembur ke area ketiak aje, jangan dada macam gua.
ada je, laki perempuan kalau spesis suka makan daging or meaty meals, memang ketiak cepat je bau.
nasihat Aii sebagai pakai kosmetik *konon*.
sental ketiak dengan asam limau tiap kali mandi, dah tahu nak travel jauh, kita hidup kat ekuinoks khatulistiwa, sembur deodoran takpom eau de parfume ala DKNY level AAA kat ketiak. confirm tak busuk.
imej okeh imej pakai lawa bau ashem.. uhuks!
nenek I pom wangi okeh. :) *smirks*