Hari Ahad Bersama Abang Borhan, Lagi.
Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
Hari Ahad macam ini elok rasanya abang cuit sikit laptop untuk bagi laptop tak sejuk dimamah kesejukkan di negara orang. Abang sekarang berada di Vienna Austria menjenguk perniagaan abang kat sana. Bisnes apa tak payah lah engko nak tahu, sebab abang lebih suka berahsia dalam bisnes abang. Bila kita berahsia, bisnes akan jadi lebih misteri, dan bila misteri, bisnes akan menjadi mahal.
Macam mana pulak kalau pakwe dan makwe bersikap misteri? Misteri kastemer, misteri perezen. Kat sini abang nak menerapkan kepentingan menjadi misteri kadang-kala kepada pasangan engko. Ada orang cakap misteri, ada orang cakap sepraise. Mana-mana lah janji bersangkut paut.
Sesekali ni abang nak pesan kat engko agar kalau nak memberi hadiah perezen misalnya, buatlah dengan cara seperaise. Buatlah macam pura-pura sakit kena demam denggi ke, lepastu bila makwe engko datang hospital, satu hospital nyanyi lagu selamat hari jadi dan bagi teddy-bear sebesar katil. Menarik memang menarik, tapi itupun kalau engko buat kat hospital gila lah.
Bab menjadi misteri pulak, abang juga ingin pesan bahawa adakalanya segala kelebihan engko tu molek juga kau rahsiakan sikit-sikit. Mana tahu contoh kalau engko pandai main saidina, asyik-asyik orang lain langgar tempat kau, asyik-asyik dapat rebat dari bank, sampai bank pun duit lagi sikit dari engko. Baiknya kau simpan sedikit kelebihan engko tu dengan memisterikannya agar bila engko dah kahwin, kelebihan kau pandai main saidina boleh digunakan untuk membuka perniagaan menjual sarang burung walid. Kaya woi.
Abang sendiri suka bermisteri. Sebab misteri itu seksi. Orang lelaki Malaysia sebenarnya seksi jugak abang nak kabor. Ada beberapa cerita abang pernah dengar pasal lelaki Malaysia yang makwe-makwe Austria ada kabor kat abang.
Diorang ada cakap lelaki Malaysia bila diranjang selalu 'cum late'. Diorang kagum sebenarnya walaupun saiz taklah besar mana. Jadi, abang cakaplah kat diorang benda tu biasalah bagi lelaki Malaysia sebab bila ada temujanji ke, datang tempat kerja je, 'we always come late'.
Ok. Jam kat tangan abang sekarang dah 9.30 pagi waktu Austria. Celaka, lambat meeting pulak dah. Kalau gitu abang beransur dulu dan pesanan abang. Biar lambat asal selamat. Biar misteri asal seksi. Biar lambat datang kerja asalkan jangan pancut awal. Hehehe.
p/s : Kalau engko rasa entri abang ni terlalu dewasa. Engko jangan baca buat kali kedua.
Ulasan
xoxo
ahahahahahahah
xD
abang rasa kau pun seksi jugak.
sejak abang ke austria, abang terikut nak cakap macam orang peranchis.
bonjour!
mana? sini sikit abang nak tengok.
ah engko, abang baru balik ni. dah terlepas pulak.
engko nak bagi ke?
abang cuba berjenaka je. kalau tak jadi maap lah ye.
itu abang rasa molek jugak.