18 Disember 2011

Lagi-Lagi Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum.

Hari ni pendek je salam abang. Biasalah, engko macam tak tau pulak yang sekarang abang kat Jepun. Salam pendek, jadi abang nak tulis ni pun pendek jugak. Buat syarat bak orang kata sebab memang hari Ahad adalah slot abang hendaknya. Abang tahu ada orang yang suka, ada jugak orang yang tak suka dengan tulisan abang ni. Mentang-mentang lah abang paling tua, kena sisih abang engko kerjakan ye? Cis. Nanti engko, tengoklah nanti bila abang parking helikopter depan rumah engko, baru engko tahu erti kekayaan dalam percintaan. Boleh?

Baiklah, sebut pasal kekayaan dalam percintaan. (Sebenarnya memang abang nak cerita pasal ni pon, saja bagi intro. Sorilah kalau tak sedap). Ok, sebut pasal kekayaan dalam percintaan. Bila abang kat Jepun tengok bola ni. Tengok Neymar sekor gol bukan main cantik lagi dengan pompuan-pompuan Jepun bukan kemaen lagi terjerit-jerit, terjerit-jerit tengok jambul Neymar. Abang tiba-tiba dapat idea yang mungkin jejaka-jejaka kat Seremban, Bukit Lenjan, Kinabatangan dan seluruh Malaysia boleh praktikkan untuk mendapatkan kekayaan dalam percintaan.

"Jangan cepat tergoda dengan kecantikkan pompuan"

Itu pesan abang kepada engko-engko semua.

Cepat tergoda ni maksudnya, tengok yang ni lawa, nganga. Tengok yang tu lawo, terbeliak mata. Tengok yang situ cantik, nak ngorat. Tengok yang sini lawa, nak ajak dating. Mule lah nak gatal-gatal geli geli dah serupa berok abang perhati.

Sebab apa. Sebelum mata engko kaku tengok kecantikkan pompuan, eloklah engko tengok benda celah kangkang engko tu cantik ke tidak.

Dah serupa hutan Amazon? Patutlah engko sampai sekarang tak dapat-dapat lagi kekayaan dalam percintaan. Membute je kerjanya.

Organize yourself first before you want get rich. Gile la berd, abang tersepiking pulok dah.

Wassalam.

12 ulasan:

fahmi berkata...

haha..hutan amazon eh?tebal betul tu..

♥ nitnot berkata...

Err , HAHA . Betul betull .
Miahahaha .

Tanpa Nama berkata...

abg,entri ko best tapi asal pendek sangat?tak pueh aihh

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

haha.. entry kau menggelikan okay!

Rimi H. berkata...

tertanya2 identiti abg borhan ni.
boleh tahan celaka juga entri dia ni.

bofoyengfeng berkata...

mereka bukan menggoda...mereka cuma nak berniaga... hekk...

Abang Borhan berkata...

@fahmi

abang pernah jenguk-jenguk dulu. banyak gua.

Abang Borhan berkata...

@♥ nitnot

betul betul apa?

Abang Borhan berkata...

@Tanpa Nama

abang ada kerja skit. org jepun selalu nak kerja pantas.

Abang Borhan berkata...

@Rimi H.

asal kau jangan celakakan abang dah la.

Abang Borhan berkata...

@bofoyengfeng

meniaga apa agaknya tu.

C-Ha Nasiha berkata...

sy suka la penulisan abg borhan. i like! :))