Kau Faham Ke Tak, Sign Of Rejection?
Pernah memburuh di sini selama dua bulan sebelum berangkat ke UK.
Aku harap kau baca tulisan ni dan faham tulisan ini betul-betul. Aku dah malas dah nak bersimpul-simpul, berkias-kias dan bersembunyi. Kali ni aku cakap terang-terang.
Aku faham masa djaman kau sekolah rendah ke menengah dulu, mak bapak kau tak kasi kau bergaul dengan lelaki. Aku tahu kau anak orang atasan, pergi berhantor balik berhantor. Takde pergi tuisyen - cikgu tuisyen yang datang ke rumah kau. Takde masa senggang untuk berpacar-pacar. Pagi Ahad kau berlatih piano. Pagi Sabtu kau berlatih main tenis. Petang Sabtu kau practice belajar naik kuda. Petang Ahad kelas lukisan. Isnin sampai Jumaat sekolah, balik sekolah buat kerja sekolah. Takde masa kau nak berfriendster hinggalah bermukabuku. Kau dapat result cemerlang di sekolah. Kau dapat tawaran universiti di Australia. Bapak kau kaya, petik duit je boleh datang. Kau pergi Australia.
Bila kau ke sana, mak ayah kau cakap kau tak boleh berkawan dengan mana-mana lelaki. Kalau perempuan pun kawan sebangsa kau je. Sebab kau adalah keturunan waris so and so. Sampai satu hari, kawan kau bukak muka buku, kawan kau bukak blog, kawan kau bukak Tumblr. Kau pun bukak. Bila kau bukak, kau blog walking. Somehow kau jumpa Tumblr aku. Bila kau jumpa Tumblr aku, kau baca blovel aku. Tak kisahlah - sebab bukan kau sorang, ada 153,000 orang lagi viewers baca blovel tu.
Lepas tu kau curious siapa aku. Kau follow Twitter aku. Kau mention aku. Lepas tu kau DM aku. Kau mintak nombor phone aku. Kau call aku. Tak kisahlah. Lepas kau call dengan nombor phone pelik kau, kau cakap kau jatuh cinta dengan aku. Beb, lu tak pernah jumpa gua lagi. Lu tak tahu siapa gua ni? Entah-entah serial killer ke, perogol ke, perompak ke, lu pakai redah. OK, gua bukan serial killer atau perogol, tapi gua tak kenal lu.
Bila mintak couple dengan aku, aku tolak. Cara baik. Bukan cara macam Tasha reject aku dengan infamous "kau kencing kat tempurung, lepas tu kau cermin muka kau kat tempurung macam tu taraf muka kau". Aku tak reject kau macam tu. Aku cakap kita boleh jadi kawan baik. Aku beritahu kau tiga perkara kenapa aku reject kau.
1.Aku tak kenal kau.
2.Kau tak kenal aku.
3.Aku dah berpunya.
Pastu kau ungkit keturunan kau. Kau cakap aku ni republikan. Kau cakap aku ni judgmental. Kau tuduh aku ni tak faham perasaan kau. Kau nak aku buat apa lagi?
Lepas tu, tak puas hati, kau serang kawan aku. Kau cakap kawan aku yang sorang tu control aku dan sekeliling aku. Sebab dia berfikiran femme fatale, dan kau tak puas hati, kau serang dia. Kau serang kepercayaan dia. Kau serang penyakit kanser dia. Kau serang dia atas apa dia buat dengan arwah adik dia. Kau tuduh dia gila talak.
Kau tahu tak, masa aku merempat dulu, dia hantar duit untuk aku untuk terus hidup? Kau tahu tak, dia tolong aku cari kerja merata, tanya kawan-kawan dia kat sini? Itu kau cakap dia cuba nak hancurkan hidup aku?
Lepas tu kau marah awek aku. Kau cakap awek aku tegur-tegur lelaki lain, tak setia dengan aku. Mention lelaki ni, lelaki tu. Jarang mention aku. Apa guna BBM kalau nak berborak dalam timeline? Kau ingat orang suka baca tweet cintan-cintun couple dalam timeline? Aku fahamlah awek aku macam mana. Tak payah nak tell off ke apa cakap itu ini.
Then kau pertikaikan nama dia Erica Micheal. Sebab dia ada aliases nama lain supaya dia boleh mengorat lelaki lain pakai nama sebenar. Apa paranoid sangat kau ni? Kau ingat nama betul aku Nami ke? Kau ingat nama betul Obefiend dalam I/C - Obefiend ke? Kau ingat nama I/C Hellioz memang Hellioz ke? Sukati dia la dengan aliases dia.
Sebab kau cuba nak gugat kepercayaan aku kat dia. Woit, kau tak nampak ke sign of rejection yang aku dah bagi? Kau call malam-malam buta, aku cakap "hmmm, aahh, ehh, ohh". Pukul tiga pagi kau call aku, apa kau ingat aku tak kerja ke apa? Apa kau ingat aku ni macam kau ke, duit tak putus-putus dari mak ayah? Woit, aku kena halau dari rumahlah. Segala apa aku kena buat sendiri. Sakit perit kawan-kawan yang tolong. Awek aku yang tolong.
Lepas tu, kau start tak puas hati dengan semua kawan baik aku dalam timeline. Kau cakap dorang tolong aku sebab nak kat aku. Kau ni gila ke apa? Masing-masing kawan aku tu semua dah berboyfriend berlaki semualah.
Disebabkan paranoid kau ni, aku hilang satu kawan. Mana aku tak mengamuk.
Jadi macam nilah, aku dah bagi peluang kau untuk jadi kawan baik aku. Tapi macam ni kau buat kat aku. Kau belum pernah jumpa aku, entah-entah lepas kau jumpa, kau terus menyesal seribu bahasa. Daripada kau marah aku, baik kau marah parent kau kenapa diaorang kongkong kau. Bila kau dah dapat akses internet dan kau dapat sedikit kebebasan kau macam kera dapat cincin. Kau dan ilusi kau semua boleh pergi mati. Dan bila kau samakan diri kau dengan arwah Elly, dan awek aku macam Ez - aku rasa macam nak loya. Tolonglah pergi dari hidup aku.
Baik lepas ni, kau carilah lelaki yang lagi sesuai. Ramai lagi yang single mingle yang sudi jadi pakwe kau. Tak payah kau kacau aku. Aku tau kau boleh get over this. Kalau kau nak nasihat pasal cinta ke apa, kau boleh bukak blog Terfaktab. Kalau kau segan nak tanya sesiapa dalam Terfaktab ni kau boleh tanya aku. Tapi kau tak perlu jadi ultra jealous sedangkan aku bukan pakwe kau. Tolong faham, aku tak mahu kau. Pergilah kau.
Kalau kau tak faham jugak ni, tak tahu nak kata apa. Jangan malukan nama keluarga kau, nama negara kau. Kau pun bukan bukak kecik lagi. Kau boleh faham apa aku cakap.
Satu hari nanti, kau akan faham tak semua benda boleh dibeli dengan duit. Dan kau harus terima - kadang-kadang orang terpaksa cakap "tidak".
Ulasan
-myasari-
baru borak dgn member pasal One-itis
penyakit di mana kita stuck dekat somebody, kita think somebody tu totally jodoh untuk kita dan kita usaha nak gila utk dapatkan dia.
masalah One-itis ni ialah bila lelaki/ppuan tu maki bagai nak gila pun, kasi la sign of rejection cemana pun, dia tak faham-faham. I'm talking by experience btw.
to the girl with the one-itis, if you are reading this. please, please move on. Apa guna bazir masa dan waktu dekat orang yang totally tak nak kat kita sedang you could spend time with a probably better mr Right out there.
From one sufferer of One-itis, to another.
*peace :)
-fique-
*Bro , lu ada pakai minyak pengasih yeahh ? sebab tuh tak ftf pun dia boleh jatuh hati kat lu .
Wakaka . ;p
ur story agak ngeri, even sy pun pompuan tp still rase malu sbb ade gak pompuan yg snggup wak cmni...ashamed of my gender...sory laa bro lau kaum kami menyusahkan awk, tp x sume pompuan cmni, just look at ur aweks...cool kan, hehehe
aku pon boleh sakit jiwa layan org camtu.
ps: salah satu ujian dunia. bersabar cara terbaik.
obsession?? ada baik ada buruk. block sudah. warning kawan lain sikap kebudusan dan kesawanan yang dihadapi budak ni.
budak lagikan??
kasi gula2 senyap la tuh xD
-noloner-
lu lek je...
gua simpati dengan budak tu, bukan empati.
sebab gua blaja piano jugak, bukan takat piano, gamelan, kompang, yankee semua gua baham masa muzik kbsm dulu.
ni na sambung katoks drum pulak sebba ada orang open studio utk jam dengan dia.
dear Nami,
kau republikan, democratic ker apa, orang yang short sighted takkan nampak kail kau yang 40 kaki nak umpan ikan yu walau kat tasek chini pom.
Harap dapat Naga seketul.
go Nami. May Allah Ease.