Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CINTA

Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Imej
Tahukah anda, anak kedua: -Manis mulut, manis juga rupa -Mudah ketawa, dan mudah juga menangis -Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan -Kuat merajuk, Drama Queen -Suka makan coklat bersama tempoyak, serta suka tipu dan troll orang? Kahkahkah. Gurau aje. Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha. Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush ana...

Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Imej
Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya. "Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki. "Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin. "Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram. "Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment ta...

Komplikasi sebuah harapan.

Jujur, untuk mencinta atas dasar harapan semata bakal buat kamu kelihatan seperti seorang yang bodoh. Tapi ironinya itu, karena kalau bukan dengan datangnya yang nama harapan, kamu nggak akan pernah berani mencinta bukan?  Lantas ini datangnya soal cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta dari satu sisi. Cinta yang cuma kamu yang mau, tapi tidak dibalas. Ada yang akan berkeras untuk menunggu, dan akan ada juga yang akan putus asa. Harapan, bisa jadi satu kesempatan tapi bisa juga jadi satu kekejaman.  Satu ketika saya pernah percaya kalau harapan itu akan mematikan dan melumpuhkan hati seorang manusia. Dan saya mengambil keputusan untuk tidak lagi percaya akan semua apapun omongan (baca: percakapan) manusia yang berlainan gender. Bahkan sampai sekarang, saya masih lagi awas, masih lagi berhati hati atas semua yang mereka ucapkan, karena (mungkin) masih tersimpan rasa takut untuk menggantungkan harapan ke orang yang salah.  Kita semua pernah dimatikan gara g...

Permasalah Cinta?

Permasalahan Cinta. Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu. Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam. Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan ...

Cinta vs Komitmen.

Seperti biasa, ini pendapat saya. Anda bisa menyetujuinya, dan anda juga bisa menyangkalnya. Pada dasarnya, khusus untuk orang orang yang sudah lama berpacaran ada dua kategori: 1) Cinta itu masih bisa jadi cinta  2) Cinta itu sudah jadi komitmen semata Untuk yang pertama, tidak masalah. Mungkin siapa saja di kalangan ini bisa sukses dalam perjalanan cinta mereka.  Nah tapi untuk yang kedua, harus ada sedikit usaha. Mungkin antara kalian ada yang kurang jelas dengan pernyataan saya. Cinta sudah jadi komitmen semata ?  In a relationship sudah lama, mau putus tapi sayang. Karena apa? Karena mereka biasanya lebih mendahulukan apa pandangan orang lain untuk mengatur jalan cinta mereka. Dan parahnya lagi, kalau sampai sudah tahap saling tidak mencinta, tapi karena sayangkan perjalanan tahun yang lama, sayangkan hati orang orang lain, mereka tetap bertahan meski dalam keterpaksaan.  Jodoh itu di tangan Tuhan, tapi doa itu di tangan kita. Berlanjut...

Cinta Pandang Pertama

Kau yang kupandang buat kali pertama ketika kita bertemu muka, membuat hatiku berpaut nakal mendiktator mata supaya asyik memandangmu. Ruang magnetik antara kita yang menimbulkan mewujudkan hubungan sintetik terus membuat hati mulusku tulus rasa ingin mendekatimu. Lebih, lagi, makin, rapat dekat. Yang pasti ruang antara kau dan aku wujud tanpa kewujudan walau sezarah luar dari lingkungan persendirian kita. Kau nampak aku, kau senyum. Kau belum tahu detik derap debarnya hatiku saat kau menzahirkan senyum tepat ke wajahku. Betul seperti rasa bagai ada arjuna terbang memanahkan anak panah cinta tepat ke hatiku dengan busurnya. Ya, itu baru senyummu. Belum lagi kudengar manis merdu bicaramu. Walau dari jauh kupandangmu membuatku rasa goyah lagi gugah hendak menegurmu, kutahu saat hati bicara kutelah terpaut padamu. Betulkah ini rasa cinta? Cinta yang membawa satu aura dan nyawa baru untuk hidupku? Atau ini hanya rasa terpikat? Terpikat tertarik dengan langsungnya kecantikan keluc...

cinta buta

Imej
[ sumber ] Manusia cenderung untuk menjadi buta mata dan hati semata mata kerana perasaan cinta. Sedang cinta itu sebenarnya sebuah perasaan yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Namun kerana cinta yang membuta tuli, perasaan itu tidak ubah seperti sebuah neraka, membuatkan bertahun tahun hidup kita jadi tersia. Cinta datangnya dari dalam hati. Cinta itu perasaan yang berjiwa. Tapi cinta tanpa akal boleh buat kita jadi gila. Itu lah yang akan membawa kita ke jurang neraka yang aku kata. Heh. Orang tua tua selalu bilang, ikut hati mati. Ikutkan rasa binasa. Tapi bila bercinta, selalunya kita akan ikutkan hati dan rasa. Waras akal jadi tidak berguna. Ditingkah, dilawan akan akal yang beradu-berbalah dengan hati dan jiwa. Akal tak reti bercinta, kata kita. Akal tak akan pernah faham akan jiwa, kata kita. Heh. Kita buta. Bila cinta sudah berkuasa, kita jadi buta. Sampai nanti bila kita sudah tersungkur, berderai jiwa... ... baru nanti kita tahu betapa kejamnya diri ...

Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti. Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang. Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia. Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu? Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik. Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan cal...

Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 3)

Imej
Pre-marital sex. Do or don’t? Adapun suatu hari itu, kawan saya pernah menceritakan, “Izzie, pakwe I tu suruh I main dengan dia. Nak buktikan cinta I pada dia, katanya.” Sambil ketawa sinis mengingatkan rupa rempit mamat tersebut, saya turut memberitahu si gadis ini bahawa ayat itu adalah ayat ciplak dari novel kejiwangan Melayu. Janganlah percayakan sangat kata-kata itu. Lagipun baru kenal sebulan dua, pandai pula hendak demand macam menteri. Kehkehkeh. Kita semua saling maklum apa keuburukan seks luar nikah. Tapi begitulah, kalau kita sedang angau, rasionaliti kita akan terbang keluar tingkap. Adapun saya di sini bukan nak preach secara moralis. Kalau moralis, letak satu dua hadis, fullstop, tamatlah post ini. Tapi post ini lebih kepada bentuk rasional untuk para agnostik, ateis mahupun bukan islam—sekadar pendapat saya saja. Jadi, kenapa seks luar nikah itu tidak boleh? Ini top 5 jawapan dari saya. 5)Kena  STD. Sakit woo! Ah, ini sebab yang paling comm...

The only girl in the world.

Imej
Assalamualaikum guys and girls. Dah lama tak berjumpa. Kalau ada datang time book launching hari tu ada la jumpa. Tapi maaf saya tak boleh borak lebih. Memang lazim blogger, kat dalam bising kat luar pemalu. Hihi! gambar dari Terminator Salvation. ( link ) Apa-apapun bercakap tentang buku, saya teringatkan buku yang bertajuk Z-For Zachariah. Kisah tentang seorang gadis muda yang menjadi satu-satunya survivor bencana nuklear. Setelah hidup berdikari selama setahun (nasib baik dia belajar ERT kalau tak confirm kebulur, haha!), dia menyelamatkan seorang lelaki yang sakit radiasi. Dalam dia memulihkan lelaki itu, dia mengimpikan hidup bahagia bersama lelaki itu—menjadi pasangan manusia terakhir di dunia kecil post-nuclear-apocalypse itu. Apakah ini ada keserupaan dengan kita? Tolak tepi kisah bencana nuclear itu— after all it’s still not proven that Lynas is truly radioactive so “Kampung Radioactive” is far from reality —apabila kita dihadapkan dengan satu sahaja pilihan pasangan, a...

cinta obsesi

cinta ni kita tak boleh nak paksa paksa. kau ubah lah di kau macam mana pun. tapi, kalau orang dah tak mahu, apa daya engkau lagi? soooo... berhenti buat itu dan ini untuk mengemis cinta orang yang tak mahu ke engkau. jadi diri sendiri. sayangi diri engkau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri ke engkau tanpa perlu kau nak mengemis ngemis. sumber: status facebook Terfaktab, 18 November 2011   Kadang kadang, kita ni rela untuk jadi macam macam demi untuk memenangi hati manusia yang kita suka. Kita fancy sangat dengan dia, jadi setiapnya yang jadi kesukaan dia mesti lah kita ambik tahu kan? Dia suka perempuan yang lemah lembut, dia suka perempuan yang rambut panjang, dia suka perempuan yang tak membantah bantah, dia suka perempuan yang pakai baju kurung, dia suka perempuan yang pakai baju warna putih, dia suka perempuan yang begitu, yang begini.. Semua kita ambil tahu. Kita tanya kawan kawan dia, kita tanya adik beradik dia. Malah kalau kita tak kenal sesiapa yang rapat ...

Kalau kita ada 20k, mana lagi baik buat dulu--Haji ke Kahwin?

Imej
Assalamualaikum wbt. Heh. lama tak jumpa. Asyik buat entri berat-berat je kan? Well now kita letak entri mudah-hadam tapi separa ilmiah jugak. Almaklumlah SPM punya musim kan. Hanset si budak Kardashian tu. Betul ! Kali pertama dalam sejarah hidup saya yang tak seberapa pendek ini, saya telah membeli smartphone sendiri. Jenis apa, wallahualam. Tapi cantik la (kot). Yang penting boleh up status troll sepam dua pukul dua tiga pagi dekat Terfaktab. wheehee! Ok main topik entri ni bukan pasal beli smartphone. Tapi pasal rata-rata feedback orang yang #kekening semacam bila kita beli hanset mahal. Nak cerita kelebihan Android Froyo dan Ice Cream Sandwich pun bukan ada yang faham. Yang diorang tahu ialah jumlah duit yang digunakan untuk beli hanset tu. "Apasal kau beli hanset mahal, booo, inilah gegurls, suka membazir je...beli hanset, beli handbag, kita kaum lelaki pumpang kumpul untuk kahwin" kata beliau sambil mencebik di belakang skrin komputer. Mak pula berkata, "I...

5 ayat mudah untuk minta putus dengan makwe atau pakwe korang.

Imej
Kehilangan idea untuk minta putus dengan makwe atau pakwe korang? Mungkin kau kau dan kau boleh cuba ayat-ayat minta putus yang sangat rare ini :p Kalau berhasil, jangan lupa inform kat sini ok? Kalau tak berhasil, cuba lagi sampai dapat. Agak-agak yang mana pilihan kau? eemuahahahaha!

Are You A Bimbo?

Bimbo  is a term that in popular  English language  usage describes a woman who is  physically attractive  but is perceived to have a low intelligence or poor education. The term can also be used to describe a woman who acts in a sexually promiscuous manner. The term itself is not explicitly negative, but is most often used as a derogative insult towards a woman. Alright now, tell me. WHO WANTS TO BE A BIMBO ANYWAY? The fact that there's fuckin hell lotsa bimbo berkeliaran siang dan malam diluar sana is inevitable. They exists, in a very attractive form in a shape of human. Right? Siapa yang tak suka benda yang lawa, cantik, gebu, monggel, putih, ni? Even modal artis2 kpop and jpop tu semua betina2, eyh? perempuan2 cantik yang suara sebijik tapi dalam kiraan yang ramai membuatkan depa sold out dengan sangat berjaya sekali. Even perempuan2 and lelaki2 dekat malaysia yang tak sedar diri tu melayu, kulit kaler orang melayu cuba untuk tiru gaya depa. #sadfa...

Cinta dan kentut lagi

Imej

PET 101-couple perlu ke ada pets?

Imej
“Ayang, ayang suke ittew tak?” “suka, suka. Mestilah suke. Ayang kan ayang ayang. Ayang suka ayang tak?” “suke la. Tapi ada yang ayang lebih suka...” “siapa?” “kucing.” “hamagaddd! Ayang pun suka kucing jugak!” “hamagadd kite pun samew....jom bela kucing jom!” “jom....pastu kita namakan dia ayangayang...hihihi Seronok bukan bila anda mendapati bahawa pasangan anda turut meminati haiwan yang sama dengan anda. Tidak sia-sialah anda bersusah payah menyertai hashtag dengan mentweet selama 45697 kali yang kucing membuatkan anda #turnon ; alih-alih dapat RT dari sorang pakwe yang turut minat kucing. Selepas beberapa RT, secubit dua DM, dan satu #twtup dia pun menjadi pakwe anda yang sah. Ewah! Merepek la kau ni senah. Back to the program! Ya, seronok benar kalau ada “anak” yang boleh dijaga bersama-sama. Yalah, lepas ni ada la alasan nak bergilir-gilir jaga macam orang bercerai baru dapat hak penjagaaan dari Mahkamah Syariah. Tu belum lagi sesi pilih nama sama-sama, sesi beli makanan sama...