Permasalah Cinta?
Permasalahan Cinta.
Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu.
Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam.
Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan kawan-kawan pun kau nak pinggirkan. Setakat bercinta setahun jagung tu tak payah la nak melarat sangat. Masalah orang lain lagi complicated pun takde sampai nak tulis buku 600 halaman.
Kadang-kadang aku tengok budak sekolah pun kemain lagi perangai. Putus cinta sikit dok kelar-kelar tangan. Aku kalau dapat jumpa depan depan memang aku buat senyum setan. Apa benda la masa kecik-kecik kau makan? Dunia ni bukan end sebab masalah cinta kau tu je kan? Jadi cuba buat perangai elok sikit. Orang bercerai berai pun tahu erti kehidupan.
Aku cuba nak nasihatkan, tak salah nak rabak bagai tapi biarlah berpada, biarlah bersesuaian. And jangan biar kisah lama kau drag kepada hubungan baru. Tak salah kalau kau buat fresh start macam kau tak pernah bercinta sebelum ni. Jangan bawak hukuman dulu ke perhubungan yang akan datng. Jangan jadikan cinta tu complicated sangat. Tak kesah lah kau dah umur 35 tahun seklai pun, if jodoh tu bukan untuk kau, jadi maknanya memang tak ada harapan.
Biarlah sampai 5000 news feed Facebook pasal gambar kahwin kawan-kawan pun, enjoy la sementara hidup single ni. Kau boleh buat apa yang kau nak, masa untuk diri kau sendiri, semua duit pun hak kau seorang. Ada je orang yang dah kahwin beranak pinak merungut tak ada masa untuk diri sendiri. Jadi persiapkan lah diri sepenuhnya.
Tak kahwin awal bukannya mati pun. Bela lah kucing.
p/s: Buku gua nak keluar awal tahun depan. Gua saja je nak promote.
Ulasan
macam dalam cerpen yg I kasi hari tu.
jadi single parent, duk ngan membe, bela anak angkat sorang. bahagiaaa
*ni sebenarnya nak pujuk suruh masukkan dalam buku baru. haha*
tak faham.
xsuka kucing..camne?
aherherher
Ya. Enjoylah hidup sementara single ini.
Takde orang nak kacau makan.
Takde org nak mengganggu tidur kau di tengah-tengah malam.
Takde orang nak kata "tak boleh. I tak benarkan."
Takde halangan.
sedang melalui fasa itu
kucing mmg bela pun
ada sedozen kt rumah
meoww~
:D
*dh 4thn single, rilek je. heeehuuuw*
*dh 4thn single, rilek je. heeehuuuw*
*dh 4thn single, rilek je. heeehuuuw*
*dh 4thn single, rilek je. heeehuuuw*