Second Choice

Berikut ialah kiriman dari Iffa Zalila (lady_effazalila@yahoo.com). Ni orang cakap menulis itu terapi. Kena dengan jiwa perempuan kan? Hayati.


Seriously aku tak pandai menulis sangat. Bolehlah kalau nak tulis suka-suka, fen-feeling sengsorang sebab aku jenis tak suka sangat cerita direct dengan orang apa yang aku tengah rasa. Aku lagi suka express kan feeling aku melalui tulisan. Bila aku menulis aku rasa macam aku tengah bercerita dengan orang secara ikhlas lagi telus. Puii. Ayat gebang. Serius aku cakap. Menulis bagi aku lagi baik dari cerita face to face. Kang kalau face to face aku tak sempat habis cakap orang dah potong line. Menyampah aku. Sebab itu orang sekeliling banyak tahu kisah aku pun dari blog aku. Almaklum, aku pernah jugaklah bercita-cita nak jadi penulis. Tapi haram tersasar entah ke mana. Mengutuk aku. Mengutuk. Mentang korang terror menulis nak kutuk aku lah tu. Kang kaki makan dia.

Merujuk kepada identiti Terfaktab, article mesti related dengan cinta. Ye, selaras dengan tagline Cinta Infiniti. Tagline kemain. Aku ni takdelah hebat sangat macam bak hang nak cakap pasal cinta yang sampai boleh buat movie 7 Petala Cinta. Tapi bolehlah. Article ni pun ditulis sekadar nak kongsi pendapat and kisah aku. Korang suka tak suka belakang cite.

Actually aku nak cakap pasal 'second choice'. Apa yang aku cuba nak maksudkan second choice kat sini adalah ada orang approached kau, tapi dia approached orang lain yang terdekat dengan kau dulu atau couple dengan kawan kau dulu atau flirt-flirt dengan kawan kau sebelum kau. Faham tak? Meh aku aku bagi contoh kisah aku.

Dulu, aku ada sorang abang angkat ni. Dulu lah time baru nak up. Biasalah, orang ada abang angkat aku pun nak jugak. Gatal. Entah macam mana aku dengan dia masing-masing macam ada satu feeling towards each other. Tapi kitorang tak pernah confess benda tu. Nak dijadikan cerita, bestfriend aku tetiba masuk line dia and diorang couple. WTH?! Tapi aku buat cool je. Jodoh diorang pun tak panjang, diorang clash (kalau aku cakap padan muka jahat sangat tak rasa?). Lepas diorang break up, si mamat yang bukan lagi abang angkat aku ni boleh pulak approached aku. Kau rasa aku nak terima dia?

Hatta, disinilah bermulanya kisah terfaktab aku. Celaka.

Sambung cerita balik. Bukan sekali dia try aku. Banyak kali tapi haram satu pun aku tak terima. Sebab aku rasa yang dia buat aku ni macam second choice. Kejadah hape dia setiap kali lepas break up nak cari aku. Agaklah kalau nak buat aku jadi crying shoulder pun. Aku pun ada perasaan apa. Aku cakap kau, 5 ex-girlfriend dia pernah ada, 5 kali jugaklah dia pernah approached aku. Kau rasa kalau dia couple 10 kali apa cerita? Stop jap. Aku dah start emo. Ini pun keyboard aku dah start bunyi kuat lain macam aku hentak.

Tinggalkan cerita pasal aku.

Serious aku tak faham dengan orang yang macam mamat tadi tu (tak nak mengaku abang angkat dah) dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku bila ada lelaki buat aku macam tu, aku rasa macam aku ni second choice eventhou lelaki tu cakap tak. Bro, lu tau wa suka lu dulu, lu pun suka wa. Tapi lu couple dengan kawan baik wa. Lu rasa wa nak terima lu ke bro. Otak letak mana? Alasan dia takut nak approached aku sebab aku nampak serius instead of kawan aku yang lagi senang nak tackle. Bila dia cakap macam tu aku rasa macam nak cakap balik;

"Kalau kau dah tahu aku susah nak di tackle, kau approached aku lagi kenapa?"


Tengok, aku dah marah lagi.

Aku percaya ada segelintir umat kat luar sana yang ada prinsip macam aku which is tak kan couple dengan ex kawan. Ah, tak kira ex kawan ke, bf/gf tak menjadi ke, scandal ke. Once kau pernah flirt-flirt dengan kawan aku, tetiba kau datang kat aku, aku kategorikan benda tu as second choice. Fyi, I've never dream to be the second choice. Get it? Tapi aku jugak percaya yang ada jugak orang yang takde masalah nak deal dengan second choice ini. Orang-orang macam tu bagi aku adalah sangat positive. Kalau kau boleh terima orang yang pernah duk flirt-flirt and berkasih sayang dengan orang terdekat dengan kau depan mata kau, aku sangat-sangat salute kat kau. Sumpah bukan senang.

Benda ni sama jugak macam bekas abang ipar kahwin dengan adik ipar. Jap berbelit. Contoh macam kau kahwin dengan bekas suami/isteri kepada abang/kakak kau. (jangan cakap tak faham lagi). Bagi aku benda tu macam second choice jugaklah. Again, bagi aku. Bagi korang aku tak tahu lah. Tapi kalau dah sampai kahwin tu orang kata jodoh. Betul. Tapi entah. Aku boleh terima kalau dia ex orang lain, tapi bukan dengan orang terdekat dengan aku.

Sakit sebenarnya kalau jadi second choice ni. Let me tell you, bila dia ada problem dengan pasangan dia dan hubungan dah retak menanti belah dia cari kau. Time tu dia layan kau baik punya sebab dia tengah tak baik dengan gf. Sampai masa dia dah okay dengan gf dia, dia blah gitu je. Dia tinggalkan kau terkontang-kanting gitu. Biadap tak biadap lah kan. Tapi aku tak lah kena sampai macam ni sekali. Haha.

Bagi aku, lelaki pun kena lah stay and keep try kalau kau betul sayang kat perempuan tu. Kalau setakat suka tu cukuplah sekali lepastu blah. Ni tak. Kena reject sekali, lari kat minah lain. Dah break up datang balik try. Reject lagi. Cari lagi perempuan lain. Try lagi. Eh, dah kenapa kau. Biasalah tu. Perempuan kekadang memang menggedik sikit reject lelaki. Nak tengok lelaki tu betul ke sayang kat dia. Kalau baru kena reject lepastu terus cari minah lain kau rasa macam mana? Aku tak nak jawab.

Pasal bekas abang angkat aku ni entahlah. Jauh mana pun aku lari, lama mana pun aku hilang, dia still akan cari aku jugak. Tau-tau kang muncul. Susah. Bukan aku tak nampak usaha dia tu cuma aku still tak dapat terima yang dia tu ex kawan baik aku. Bukan kawan biasa weyh. Tahap terfaktab aku dengan terms second choice ni kalau 10 tu aku level 9 lah. Haih.

Dalam cinta mungkin takde istilah second choice, tapi terpulang kepada diri masing-masing. Setiap individu ada pendirian dan prinsip hidup. Kalau rasa benda tu tak mengganggu and korang selesa just go on. Tapi kalau tak, better jangan. Nanti kalau terima cinta sebab terpaksa lain jadinya.

"Choose me or lose me. I'm no one's second choice."

Ulasan

Unknown berkata…
betul-betul , ikut kata hati .
ilyia syafira berkata…
bukan setakat second choice dah cerita iffa ni. Dah jadi last resort dah bebeh.
Tanpa Nama berkata…
saya dulu ada gak mamat ni...dia suka kat saya...saya reject dia...terus dia cari minah lain....bila dah putus...cari saya balik....sumpah la saya takkan terima dia balik dah walau cmana cara sekalipon...=hi by2 la jawabnya
Skull Writers berkata…
Sadisnya jadi second choice
berkata…
Ini thumbs up. Kenapa ya? Kaitan dengan aku? Ah.
Unknown berkata…
macam pisangkan bila jadi second choice? :3 tapi boleh siap goreng pisang bila aku baca, panjang ke laut . heh
misz yan berkata…
"Sakit sebenarnya kalau jadi second choice ni. Let me tell you, bila dia ada problem dengan pasangan dia dan hubungan dah retak menanti belah dia cari kau. Time tu dia layan kau baik punya sebab dia tengah tak baik dengan gf. Sampai masa dia dah okay dengan gf dia, dia blah gitu je. Dia tinggalkan kau terkontang-kanting gitu. Biadap tak biadap lah kan. Tapi aku tak lah kena sampai macam ni sekali. Haha."

damn it!!! aku pun penah kena mcm ni.. jilaka punye lelaki.. lepas aku dah kapel ngn org lain still terhegeh2 suh aku terima dia.. apekejadah!! sori bro, tiada lagi hati utk mu.. buerkkssss~
Munirah berkata…
suka sangat yang ni. so true!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.