24 November 2012

Ganja Love

Berikut ialah kiriman entri dari Shahira Nabila (shutup_she@yahoo.com). Terdapat sesuatu yang menarik dalam entri ini hingga buat kami tersenyum. Layan!




Rindu terbang ke bulan setiap hari, setiap malam dengan awak. Rindu terbang ke bulan, kita fikir jauh, bawak balik idea, dapat markah tinggi untuk semua kerja kreatif. 

Rindu kita masak sama-sama, makan bertambah sebab lapar yang amat. Ingat dulu setiap hari makan sedap? Rindu kita duduk berdua, saya dengan ukulele, awak kadang-kadang main ukulele jugak, kadang-kadang main gitar. Pastu kita nyanyi sampai penat. Kita rasa kita macam cool gila bila dapat main lagu sampai habis, siap rap laju-laju. Rindu tak? Rindu bila kita dah terbang jauh, kita tengok cerita-cerita kelakar. Fail compilations dekat youtube tu kita dah khatam dah. Sambil tengok, sambil mengunyah.

Bila dah penat, saya tidur bau ketiak awak sampai esok pagi.

Bangun pagi, awak senyum. Saya buat kopi. Kita pergi kelas, dapat markah tinggi. Balik nanti ke bulan lagi.
Ada orang cakap, “A couple that smokes weed together, stays together.” Betul la jugak tu sebab awak la yang paling lama dengan saya.

Tapi tu semua dulu. Sekarang ni dah jarang awak bawak saya ke bulan macam dulu. Kesian saya. Markah pun menurun. Eii kedekut.

4 ulasan:

Yummiest berkata...

terfaktab crew, cemaner kau boleh tersenyum? aku menangis :(

she berkata...

Tak sangka di feature kan. Terima kasihhhhh :D

Arshralph Casablancas berkata...

7 - 8 tahun dulu aku pun mcm tu...boleh sedih boleh senyum

shemoy berkata...

Aku sedih