Perca-Terabur

Berikut ialah kiriman dari Adi (bknmlkt@gmail.com). Sebuah artikel yang sangat 'kena' dengan konsep idealisma Terfaktab. Menarik menarik. 

Mohon bertenang dan senyum baca ini karangan, wahai zombi cinta sekalian.
Babi kan bercinta ni?
Dulu, kalau masa single mingle lagi, rilek je hati yang nak kena jaga cuma hati sendiri. Atau kalau kau ni manusia sosialit, beberapa hati yang lain. Itupun, kalau ikut satah pandangan aku, cuma beberapa kerat je yang layak dijaga. Yang jumlahnya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Yang lain? Boleh cari leprechaun dan pergi meninggal.

Itupun, di dalam mod single mingle ni, banyak kali jugaklah hati koyak, rabak dan berdarah sebab kena rodok dengan manusia lain. Yang tahap celakanya memang sudah sampai neraka jahannam. Tapi yang bagusnya, sebab kena rodok tu adalah sebab eksternal, takde kaitan dengan hal-hal internal pun. Jadi, kesannya tak berapa nak deep, bak kata indie boys and girls.

Misalannya, Team Member tugasan yang kerjanya jadi parasit. Kita duk sibuk struggle nak kasi siap tugasan, time tu jugaklah dia dengan alasan sepanjang Tembok Besar China terbentang dengan tema : Aku tak dapat buat sebab.... Kang kena tarik nama dari muka depan laporan, ternganga kau. Lepas tu mengamuk, duk kabor kat orang lain, aku ni pulak yang parasit, lepas tu hijack dari belakang sampai nama kau kena buang.

Bodoh tak beralas, sial tak berlipat.

Nasib baiklah dia cuma satu lagi manusia dari sekalian 6 biliona manusia dalam dunia ni, yang tak ada signifikasi dalam hidup kita. Cuma habuk yang menempel pada pipi, tinggal kita jentik ke hembusan angin, supaya dia hilang jauh dari hidup kita.
Atau,
Kalau seorang kawan surface, buat taik dengan menghijack dari belakang, mengata mengumpat pumpangpumpang pasal diri kita yang tak betul pun faktanya. Dan dia lakukan semua itu, atas sebab yang kita tak pasti asal usulnya. Mungkin kita pernah terpakai spender dia di masa-masa genting alias semua spender dia dah mahshem dan cuma tinggal itu jelah spender dia dan KITA jugaklah yang terpakai – kamon bro, spender kita sama kaler kot, aku nak cepat masa tu! Maka atas sebab marah tak berpenghujung dia ceritalah semua pasal kita yang tak ada fakta itu. Atau mungkin ada sebab lain. Entah, karanglah sebab dia sendiri. Jadikan karangan ni milik semua. Cewah. Cumanya, slack dia, dia tak berani berdepan.

Kawan surface begini, memang konfem bikin rabak hati jugak. Sudahlah hubungan antara kita-kita cuma ditahap surface je. Yakni tidak rapat dan tidak juga renggang. Cuma bila bersua di tengah jalan, berhentilah kejap borak sikit-sikit lepas tu chalo buat hal masing-masing. Tapi sebab tak puas hati, atau sebab apa pun tak tau, dia canang hal kita yang tak berfakta ittew ( demmit, aku dah bosan ulang hal ni, dah tiga kali kot kena sebut)

Kawan macam ni pun, sebab sekadar di surface saja, boleh saja jadi habuk macam parasit tadi tu. Kita kasi rilek.

Tapi, kalau pasangan kasi hati rabak?
Peh peh peh.

Itu yang babinya bercinta tu.

Rabak tu boleh jadi perca-perca yang takde bekas lagi dah. Dah terabur atas lantai. Nak pungut satu-satu dan tampal balik supaya jadi seperti semula, akan jadi usaha yang memenatkan dan menjerihkan. Dan bila penat dan jerih kuasai jiwa, segala usaha akan jadi tidak relevan, segala fikiran jadi tidak rasional. Dan masa itulah, yang kita nampak cuma ratapan, dan putus asa.

Kita cuma mampu jadi robot. Yakni tetap jalani hidup seperti biasa – ketawa, gembira, senyum, marah, tak puas hati, join Bersih, tumbuk Adam Adli, kutuk bini Bik Mama, layan Ustaz Don dekat YouTube, atau stalk Facebook Ustaz Aj-har, tapi hakikatnya, dalam hati kita ada lohong hitam. Suram, kelam, dan menyedihkan. Kita nak jadi seperti semula, seperti masa kita bercinta sakan dulu, nak rasakan kembali perasaan semasa dia ambil berat pasal kita, bagi mesej yang jadikan kita rasa kitalah pemilik dunia, jadi pengharap masa tak akan berhenti dan segala yang cliche tapi hakikatnya kita suka. Kita nak yang itu. Atau setidaknya perasaan sebelum dia wujud dalam hidup kita sebagai pasangan. Kita nak sangat rasa balik perasaan tu semua, bak kata Bobby Singer, you want it so badly you will kill for it. Masalahnya, kita dah kena bunuh dulu.

Oleh perangai celaka pasangan kita.

Dia sudah tiup helium cinta baik punya dalam hati, tapi bila dah sampai Marikh, dia jugaklah jadi asteroid yang hentam hati tu, dan sekaligus bikin helium-helium cinta tu lari jauh dari kita. And god know how painful gravity is.

Kemudian, macam aku sebut tadi, kita jadi rabak. Hati jadi perca – terabur tak terpungutkan.
Lalu jadilah kita, manusia bertopeng yang hatinya sudah jadi lohong hitam. Yang orang lain nampak cumalah sesuatu (bukan seseorang) yang kita ingin mereka percaya adalah kita. Andai saja mereka tahu, kita sudah mati.

Ulasan

berkata…
Ok nampak point dia disitu. Ini cantik.
fi berkata…
kejap sahabat, kejap kekasih. Mana satu yang kamu mahu? ada unsur sarkastik daripada pemilihn kata tapi susunan ayat buat aku yang celaru nak membaca. sesuai dengan tajuk entri. heh.
Unknown berkata…
kekasih dgn kawan adalah objek yg sama, iaitu manusia. aku boleh rasa kesempitan kau cuba luahkan. haha

eh, bila aku baca perenggan "Misalannya, Team Member tugasan yang kerjanya jadi parasit. Kita duk sibuk struggle nak kasi siap tugasan, time tu jugaklah dia dengan alasan sepanjang Tembok Besar China terbentang dengan tema : Aku tak dapat buat sebab.... Kang kena tarik nama dari muka depan laporan, ternganga kau. Lepas tu mengamuk, duk kabor kat orang lain, aku ni pulak yang parasit, lepas tu hijack dari belakang sampai nama kau kena buang."

teringat pialang yg hentam aku dulu. haha. klakar ble di ingatkan blik. jantan, tapi perangai macam budak2. kesian.
Tyraaaaa berkata…
Ini awesome! Serius. Aku faham sangat. Manusia-manusia. Haihh.
adinda berkata…
artikel terbaik yang dapat mengungkapkan perasaan aku selama ini. seperti mana penulis, aku hanya mampu memberontak dalam diam. aku, sudah lama mati.
Cik Kaishi berkata…
aku nampak ape yang kau tulis..
dan aku paham segala bende yang kau tulis ni..
kau memang terbaik!!! aku suke artikel ko yang ni..
Cik Dania berkata…
Aku faham. jadi selama ni orang lain cuma tengok aku sebagai 'sesuatu' sajalah kan? umpama robot. Sangat menyakitkan bila graviti hentam diri. apa boleh buat, aku sudah lama mati.
kuca berkata…
Tepat and padu, love it, i can relate to every single lines and words..bravo
Unknown berkata…
one word. pergh.
Nys Zairee berkata…
my lecturer said..
buang sume bnde2 lampau yg mengganggu jiwa raga fikiran kita..
tulis atas kertas semua.. then u can throw it, burn it, shit or pee on it.. muahaha
mr f berkata…
U got a point der. How miserable ur fren caused u, x tercapai miserablenya life ko disebabkan someone "u thought or used to be special".

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.