Salam Ramadan semua! Sorry, dah lama tak berFaktab dengan anda semua. Maklumlah busy kerja, study, dan tambah lagi dengan penulisan buku Terfaktab, hampir semua terlibat mengedit. Sudahnya blog ini agak terabai sedikit. Tapi takpe, kami rajin berada di Fanpage Terfaktab serta mention kami dalam @ terfaktab , insyallah ada yang menjawab! Anyway, topik ini berkisar puasa cinta. Ya, bukan setakat puasa Ramadan dan puasa Nazar dan puasa ganti saja yang wujud, puasa cinta juga amatlah diperlukan. Maksud saya ialah “berehat” sebentar dari bercouple atau mencari pasangan dan fokuskan kepada memanjakan diri dan memperbaiki personaliti. Semenjak dua menjak ni saya tengok agak ramai couple yang terputus. Yang itu curanglah, yang ini menipulah, yang itu cakap kasarlah, yang ini tak mahu kahwinlah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sampai berperang FB, Twitter dan segala macam blog post dikeluarkan. Antara tindakan melulu yang biasa dilakukan oleh orang yang putus, ialah mencari...