Raya Raya Cinta

Lima hari blog ini tak dikemaskini. Maaf sebab kami semua sedang bercuti dan pejabat kami pun bercuti sehingga 29hb ini. Apa apa pun aku mewakili warga kerja Terfaktab mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Maaflah sepanjang tahun ini jika kami ada buat kecil hati ke, terasa hati ke, salah dan silap semua itu kami mohon maaf sepuluh jari. Kosong-kosong ya?

Aku cuma nak sentuh beberapa perkara tentang cinta yang aku jumpa baru-baru ini;

1. Aku percaya dengan long distance relationship. Tapi aku tak percaya dengan perkahwinan jarak jauh. Perkahwinan jarak jauh are totally sucks dan sila elakkan kalau tak nak bercerai.

2. Setiap lelaki ada prinsip tersendiri dalam relationship. Ada yang guna kaedah best men win, ada yang guna kaedah chill and carry on, dan ada yang guna low risk is the best. Mana-manalah yang ada sekalipun, tapi aku lebih suka dengan cara low risk is the best. Sebab malas nak pening-pening kepala.

3. Kalau teman wanita kau dah mula macam mendesak nak ikat untuk ke arah perkahwinan sedangkan kau belum rasa untuk ke arah itu. Apa perlu kau buat? Memang kebarangkalian besar hubungan kau akan terputus macam itu saja. Kamon, kita kena sedar hakikat bahawa perempuan mahukan masa depan. Kau ready?

4. Pilihlah wanita yang terbaik sebagai isteri kau. Bukannya yang aku jumpa baru-baru ini anak dah tiga empat orang tapi bini dia masih nak meramping-rampingkan badan sebab nak kawan-kawan dia puji diri dia cantik bergetah walaupun anak dah empat orang. Padahal rumah tangga dia berterabur menanti belah sebab dia taknak jaga anak dia sebaliknya campak kat mak mentua. Suami dia pula? Dayus gila. 

Keep calm and carry on. Selamat bercinta dan selamat pengantin baru buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan. 

Kuih apa kuih raya, awak nak jadi makwe saya? Ewahhh.

Ulasan

bLaCk | maWaR berkata…
tolong citer pjg ckit utk point no 2 aci? :)

n point no 3 sangatlah betoinya hu2
Tanpa Nama berkata…
wa suke part "Dayus gila."
n u r e e c h a berkata…
Hari Raya telah tiba
Makanlah kamu berpada pada
Tidak dilupa pada duit raya
and yeah ! teruskan mencari cinta juga !

=DD
Adziim berkata…
Ending entry ni power.
akukaudia berkata…
aku tak berapa setuju dgn point no 1. who said that perkahwinan jarak jauh sucks? as an example pelaut. how they got married just to be apart and yet hidup bahagia sehingga anak cucu. they got married on the name of love, trust and loyalty. kalau tak setia, tak setia jugak. perkahwinan yg tengok muka psgn masing2 hari2 pun boleh jadi sucks. kan? ;)
Aprimia ✿ berkata…
I'm too young for these things.
Lalaa~ HAHA
Ok ok. Selamat Hari Rayaa :)
fifie berkata…
Sedang berusaha ke arah no 3. Hahaha.
solitude berkata…
Parents saya 4 tahun duduk jauh kira perkahwinan jarak jauh tak? Hehe. Bapak bintulu, mak semenanjung. Its hard certain times, tapi mak sangat tough jaga kami anak2. Alhamdulillah okay lagi sekarang.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.