Memory is History

Aku masih ingat apa yang dia cakap dalam kereta Proton Gen 2 warna putih, kat depan Mcdonalds Sungai Dua setahun yang lalu.

"Saya menyesal bercinta dengan lelaki yang takde masa depan"

Terpukul. Macam kena pelempang percuma. Masa itu aku tak tahu nak adu kepada siapa. Nasib baiklah ada kawan baik aku, Asang (pemuisi handalan) dan Man Aziz (jurufoto berpengalaman) menemani aku selepas aku jatuh gila melihat bekas kekasih aku kena sailang dengan lelaki foreigner.

Macam-macam kata semangat mereka berdua ini bagi kepada aku selepas aku pulang dari menghadapi situasi sukar. Sampai ke bilik Asang, dia tanya pada aku;

"Kau ok ke tak ni?"
"Hmm.. tak tahu lah Asang"
"Jangan buat teghok lah, cerita sikit"

Aku menceritakan segalanya apa yang berlaku dari A sampai ke Z. Ternganga jugaklah bila rasa macam tak percaya yang ex aku buat seperti itu. Tapi Asang tetap cool. Sambil dia petik gitar lagu Fake Plastic Tree, dia cakap;

"Rilekslah beb, Tuhan tarik satu benda yang kau sayang, untuk beri kau sesuatu yang lebih baik"

Aku masa itu macam yakin tak yakin je dengan apa yang Asang cakap. Ye lah, benda rabak apa jadahnya aku boleh lihat masa depan bahawa akan ada benda lebih baik Tuhan akan bagi. Aku terus capai playlist MP3 aku dan cari lagu yang paling sesuai dengan mood waktu itu. Ya, lagu The Smiths - Please please please paling baik. Lepas itu aku capai gitar dan petik satu lagu kasi suasana muram itu terhidang dengan suara rintihan aku. 

"Sungguh, tak pernah ku menduga. Ia akan mengulanginya semula. Sanggup untuk menodai cinta, dan membiarkan aku sengsara...."


Setahun sudah berlalu kisah itu berlaku. Aku masih hidup di bumi ciptaan Tuhan ini. Masih tak kebulur. Asang pun dah ada kerja tetap yang baik. Empat puluh satu lagi. Man Aziz pun dah berkahwin. Aku pula? Bekerja dan buat dua kerja dalam satu masa. Ada ramai peminat dan dah ada makwe. Ok, abaikan. Mungkin kalau rezeki aku melimpah ruah, aku akan bekerja sebagai seorang empat puluh satu juga dalam bahagian kutip mengutip cukai. Insyallah kalau ada rezeki. 

Setahun sudah berlalu. Yang berlalu aku kenang sebab nak dapatkan pengajaran. Kalau kamu semua baca apa yang aku tulis ini, jadikanlah sebagai pengajaran. Jangan jadi dendam. Jangan jadi bara yang merosakkan diri. Kita kadangkala tak sedar dengan apa yang kita buat. Unplanned things. You can't expect what will happens next.

Setahun sudah berlalu, aku rasa ex aku mungkin dah berjaya dengan Master or PHD dia. Itulah yang dia kata pada aku dahulu bahawa kalau dia teruskan hidup dengan aku, dia takkan berjaya, takkan dapat capai apa yang dia nak kalau terus bersama aku. Aku tahu mungkin ada rasa bullshit. Tapi, aku hormat apa yang dia nak. Aku pun dah tiada rasa cinta, sayang, rindu, kasih, tanggungjawab mahupun simpati pada ex aku. Khabar apa pun aku tak tahu. Lantak dia apa dia nak buat. Walaupun aku sering je tengok kereta dia di Pusat Pengajian Kimia itu, aku buat-buat tak nampak.

Aku petik cerita ni sebab satu je. Aku masih ada memori. Dan memori itu takkan boleh dipadamkan. Memory is history. Kalau ada orang cakap 'sejarah ditulis oleh orang yang menang', cerita aku pula lain, 'sejarah ditulis oleh orang yang kalah'. 


Setahun sudah berlalu. Yes, this is original me.

Ulasan

Ell Swift Dotz berkata…
hidup mesti diteruskan ye dak...hee
Syamimi Asilah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
DZERG berkata…
Aku suka ayat member ang Asang tu. Betoi sungguh. Kena sabaq ja skit.
Ms Yunis berkata…
kadang-kadang racun tu ibarat penawar bagi kita.
Unknown berkata…
ak dpt rasekn kesedihan tu.
tsk tsk tsk. ~
De' Nurul berkata…
Berair pulak mata. isk.
Tanpa Nama berkata…
biarkan ia berlalu... takde ape yang boleh dikenangkan pun...
AsyieqiN Rkey berkata…
moving on is not about forgetting the memory..yet still remember just don't effect you je kan..
miRa'e berkata…
uix? aqram ni student usm jgk ke?
Iman Nur Aima berkata…
school kimia...seberang jalan jer... mungkin aku boleh nampak kereta dia dari sini.
Halimatun Sa'adiah berkata…
yg terbaek masih menanti kamu!
AkuBukanLelaki berkata…
eh?sama!

tp aku perempuan
dan syabas utk diri aku
sebab

AKU TAK RUGI!
Unknown berkata…
Insyallah dpt 41 :)
fifie berkata…
MOVE ON may be the painful chapters, but it's worth of it.
Siapa sangka perasan yg kuat setahun lepas berkurangan setahun yg akan dtg....kena bwk haluan masing2 buat sementara waktu. Itu je ye dak. :)
CtZ berkata…
wah, kastam ke bro. all the best. semoga dimurahkan rezeki..
ya, mungkin memori tak boleh dipadankan.. tp mungkin boleh cuba dilupakan.. cuba lupa, or buat2 lupa mungkin.. :)
kisah kita xsama, tp rasanya mungkin sama.. apa-apa pun, smoga berjumpa dgn 'memori yg baru'.
TheBentPencil berkata…
Apa barang DG41. DG 48 lah baru kewl.

<-- ayat nak pancing masuk postgrad. wkwkwkwk
AlexiaAqram berkata…
terima kasih semua.

tak payah pancing sgt izzie. aku dah tak larat.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.