14 Ogos 2012

Pergi Tak Kembali


Bila kau rindu dia, 
Tapi tak dapat dengar suara, 
Tapi tak dapat bergurau mesra,
Tapi tak dapat berlawan bicara,
Tapi tak dapat lagi bersua muka.
Kau hanya ada,
Kenangan bersama,
Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,
Gambar yang lepas sewaktu bergembira. 
Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,
Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata, 
Masih jelas berita sedih itu bergema,
Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama. 
Kau merenung jauh, kosong. 
Kau rindu dia separuh nyawa. 
Kalaulah dapat putar semula..
Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..
Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya. 
Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.
Bersemadilah engkau di sana.
Di dalam hati yang dipaksa rela.
Semoga Ramadhan meringankan bebannya.
Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.
Buat semua yang pergi meninggalkan kita di Ramadhan Al Mubarak ini, semoga roh mereka tenang di sana. Al Fatihah. 

9 ulasan:

Aisumi Chan Kawa'i berkata...

amin.. al-fatihah :)

Maria Menado~ berkata...

Amin. Al-Fatihah..

Azizah Alwi berkata...

Sebak.Al-Fatihah.

리타 (Rita) 에릭 berkata...

Al-Fatihah. Genap setahun perginya nyai(nenek)hari ni.

fifie berkata...

Tak pernah rasa kehilangan semacam ini kecuali bila kawan baik pergi menemui pencipta. Al-fatihah, semoga arwah Husna ditempat dikalangan yang beriman.

dari sisi hidupku berkata...

sedih bila teringat arwah opah meninggal 1st raya taon lepas.Alfatihah.

Nur Laili Binti Iswan berkata...

amin...al - fatihah...mohon share terfaktab, nak bagi pada adik beradik yang lain... :)

anitasia berkata...

8tahun jalan sama2..susah senang ada depan mata..tp dia pergi tiba2..dah 3 minggu arwah pergi.tp aku masih belum dapat terima. Al-fatihah (mohd hanafi kalil)

Unknown berkata...

emm:(