Falsafah Cinta.
Her: He
no longer cares about you IF he performs the disappearing act, has no regard
for your feelings and it becomes all about him.
Me: kalau ikut buku John Gray,
bila dia buat disappearing act tu tandanya dia nak cooling period kejap, bukan
tanda tak sayang.
Her: kalau takde angin takde pokok goyang,
hilang, acane?
Me: biasanya macamtu. Susah nak explain tapi
tu sifat smulajadi lelaki.
Begitulah perbualan maya saya pagi tadi dengan
seorang rakan perempuan. Ya, ni situasi yang agak common bagi orang bercinta dalam jangka masa panjang. Mula-mula
percintaan memang indah. Lelaki sayang, perempuan sayang. Berkepit sana-sini.
Tidak henti-henti bermesej, chat, video call dan sebagainya. Kemudian lepas
beberapa ketika lelaki menjauhkan diri. Kurang reply calls, chat dan tweet.
Sentiasa mengelak untuk menghabiskan masa bersama. Bila ada masa terluang,
lebih cenderung lepak dengan kawan-kawan, saudara, ataupun berdiam diri main
game dalam bilik. Si gadis pun mula rasa pelik. Adakah dia tak sayang?
Well, selagi dia tidak mencurangi anda dengan
gadis lain, jangan risau, sebenarnya dia masih sayang!
Kalau anda pernah membaca buku bestseller “Menare from Mars Women are From Venus” karya John Gray, anda mungkin akan faham ini
perkara biasa dan dijangka. Bak kata falsafah cinta beliau, “men are like
rubber bands. When a man loves a woman, periodically he needs to pull away
before he can get closer.”
Lelaki
itu macam gelang getah
Sama ada si wanita ada buat salah ataupun
tidak, si lelaki akan tetap juga akan menjauhkan diri sejauh-jauhnya. Ini
kerana lelaki mempunyai keinginan untuk merasa bebas dan autonomi (tanpa
kawalan sesiapa). Bila sudah cukup puas bersendirian, menjauhkan diri;
tiba-tiba dia akan datang balik dan menagih cinta si wanita kembali. Malah dia
mungkin lebih romantik dan mesra!
Ni sah PMS. |
Bagi orang perempuan, benda ni nampak
suspicious. “Mesti ada apa-apa ni. Mesti ada orang yang lain, mesti dia tak
suka aku...bla bla...” especially bila time
dia menjauhkan diri, dia memang “jauh” betul. Nak ajak bercakap, taknak. Bila
ditanya sayang ke tidak, sayang! Tapi bila ditanya lagi, terus marah, terus
gaduh besar. Haish!
Tapi begitulah lelaki. Nak tahu tak, lelaki
ada problem sikit bab “feelings” ni. Tak semua boleh buat luahan rasa macam
perempuan. Malah dia pun tak tahu macam mana nak describe masalah dia, yang dia tahu, nak cooling off kejap. Tenangkan diri kejap. Yelah, asyik jaga hati si
awek—manja-manjakan dia, dengar luahan dia, dengar bebelan dia, pujuk-pujuk
dia, layan PMS dia, si lelaki lama-lama rasa macam dah hilang sense of self (jati diri).
Dia nak menyendiri untuk jaga hati dia pulak.
Bak kata John Gray “to feel autonomy again”. Gitu.
“Awak,
kenapa taknak cakap? Tak suka saya eh?”
Perempuan sukar untuk menerima perubahan
mendadak si pasangan. Apatah lagi jika dia sendiri pun tak dapat explain. Tapi, janganlah
buat perkara-perkara berikut kepada lelaki anda yang sedang dalam tempoh “cooling off”:
1) “Mengejar” lelaki itu sama ada secara
fizikal, emosional atau mental. Fizikal—kalau lelaki tu pergi menyendiri dalam
bilik ke, pergi road trip ke, duduk mamak sorang-sorang minum teh tarik ke,
anda ikut walaupun tak diundang. Mental—main psikologi dengan menarik muka,
jadi attention seeker, buat-buat curang dan lain-lain. Emosional—risau, asyik
tanya macam-macam, desak dia bercerita, tuduh dia macam-macam, buat drama.
Ataupun terlebih caring macam overly attached
girlfriend.
Googled up OAG memes. Now cannot sleep. #badluckbrian |
2) “Menghukum” lelaki itu apabila dia kembali.
Secara fizikal, emosi dan mental. Secara fizikal (ni kes orang berkahwin la),
bila ajak ehem terus dia taknak.
Kalau belum berkahwin, bila dia buat benda romantik contohnya bagi bunga, anda
tongsampahkan. Anda tak mahu berjumpa dengan dia, layan call dan mesej dari
dia. Secara emosi pula, anda menyimpan dendam dan memberi dia silent treatment balik. Dari segi
mental, anda menjadi dingin dan perahsia dan tidak percaya pada dia.
“Tak
ada apa-apa, jangan risau.”
Pada masa “menyendiri” ni, lelaki memang
menjadi senyap. Bukan benci ke apa, cuma dia tak ada apa nak cakap. Pada masa
ni janganlah buat perangai lama, merajuk dan suruh dia “teka” perasaan anda.
Contohnya anda ada masalah di tempat kerja. Janganlah datang dekat dia dengan
muka monyok, expect dia meluru dan tanya “apa masalah sayang? Ada orang buli
sayang ya? Meh sini abang slugger kan
dia!” Most likely dia tak akan perasan dan anda pulak makin
merajuk!
Dia punya telinga ada sistem penapisan, noks. {sumber gambar} |
Walaupun dia tak cakap apa-apa, cerita je lah.
Kalau dia tak respon sangat, atau respon sepatah dua, rilek je. Fahamkan yang
dalam tempoh kritikal ni, dia memang tak ada apa nak dicakapkan. Kalau dia cuma
respon sikit je pun, ucaplah dengan ikhlas: “thanks abang, sudi dengar.”Biarlah
bila bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding sekalipun. Mungkin
sekali bila dia kurang tertekan, dia akan mula open up dan bercerita pula.
Kalau risau sangat tentang dia, mungkinlah boleh tanya kawan-kawan dia sikit, atau stalk dia sikit (jangan sampai kantoi kat dia sudahlah). Kalau dia cuma sekadar lepak dengan member atau layan main game, biarkanlah dia. Inilah masanya untuk anda pula ambil masa untuk diri sendiri. Pergilah call kawan-kawan perempuan, ajak shopping ke, spa ke, tengok movie jiwang ke. Tak payah risaukan dia, dia ok.
Ingat, bahawa lelaki ni bukan macam perempuan. Kaum
hawa kalau ada masalah memang suka story-mory. Lelaki suka senyap setel
sendiri, melainkan dia nak kena pinjam duit (biasanyalah). Tapi perempuan
kenalah percaya, yang letting go si
lelaki adalah untuk kebaikan bersama. Bukankah orang pernah kata “if you love
something let it go, if it comes back it shows, that how you knows, it’s for
keeps.”
Eh tu lagu Christina Aguilera! |
Sekian saja untuk pagi ini daripada saya kepada anda. Maaf kalau panjang sangat. Ini adalah untuk kemudahan siapa-siapa yang belum baca buku John Gray. Seriously, jika anda mahu berkahwin atau memanjangkan hubungan percintaan anda, atau hanya sekadar nak memahami orang lain jantina, ini buku untuk anda. Assalamualaikum dan Chalo!
Ulasan
senyap
main game
menyendiri
menjauh
datang balik
makin romantik
sebijik perangai bopren gua
kakakkaah
nyway
suke entri ni
bagi buka mata-fikiran luas-luas
yeah!
xtau nk ckp ape. nice entry. tp kan, sy dgn bf sy tuh, die yg kerap ckp iloveu kt sy. sy ckp yelah, k k k.
tp die tahu sy syg die walaupun sy ego. err. mgkin sy yg ptt jd bf die. err?
sbb sy xreti msk, tp bf sy reti. ahhaa!
lepas tu dalam bulan ke 6 ke atas , dia akan normal balik . hingga lah sekarang , dah 2 taun 1 bulan . jarang mesej jarang call tapi memasing faham bizi keje (nak kawin :) )
ONLINE SHOP!!
jom terjah entri baru tengok ade ape kat online shop ni!!
http://patehadnan.blogspot.com/2012/08/cuci-cuci-mata-farazizs-shop.html
Btw, boleh tanya sikit, selalunya cooling period lelaki ni berapa lama ya? Any info on this? Atau siapa2 ada pengalaman, boleh share? Thanks!
pui.
geramnya.
@Zinedine:
memang. sebab dalam dunia org ppuan, kalau sayang kena tunjukkan.
@fifie:
kan? kita kena ingat dia pun ada life dia juga. selagi dia bukan berkepit dengan awek lain ke, biarlah dia ada alone time sikit.
@Anisa:
hello regular reader! :D
bila kita dah biasa dgn pattern ni, kita layankan saja.
@Erma:
true. even kawan saya yang perkenalkan buku ni dulu, dia dah sampai ke jinjang perkahwinan. dah ada anak dah.
@Siti Nj:
Ah, ada juga dia sebut pasal tu dalam buku ni. Kepada lelaki, even takde mood pun nak bercerita, bersayang-sayang, beromantis, at least jadi pendengar setia. Dengar je. Perempuan suka orang dengar apa dia cakap. kan?
@Usagi:
Ada in some cases, perempuan perangai macam ni, lelaki pula perangai macam perempuan. Kalau baca buku tu, kena baca terbalik. haha!
@fieq:
bukan xyah call atau teks langsung. give him some space. sekali sehari tanya khabar oklah. setakat nak tau apa dia buat hari tu. kalau dia enggan keluar dating/teman gi jalan-jalan dengan anda dan lebih rela duk rumah, jangan marah. cari kawan-kawan perempuan lain utk spend time.
@neuro:
yep. ikut jenis orang. pengalaman bercinta/cara didikan family akan pengaruh tempoh "rubber band" ni. tapi pada pendapat saya, yang jenis kurang kasih sayang@tak pernah bercinta, tempoh "rubber band" dia sangat lama...
@Pateh Adnan
You are the woman from Mars! *terbalik* haha
@Nur Aqilah:
rujuk jawapan si neuro di atas.
@-fiexa-:
I'm sorry to hear that. but as I say above, "love something let it go, if it comes back, it shows that the love is real."
@Maria N:
perempuan dgn lelaki cara pikiran dia lain. camni, bayangkan emosi tu macam air. kalau perempuan, emosi dia mungkin boleh penuh satu tong dram. tapi kalau lelaki, kapasiti emosi dia sikit, mungkin besar botol Spritzer je. setiap kali kita layan orang, emosi tu kita alirkan keluar sikit-sikit. sebab kapasiti emosi si lelaki sikit, dia cepat abis. Bila dia abis, tu yang dia gi refill tu. caranya ialah dengan menyendiri dan ada "me time". gitu.
@Qasyh najihah:
thank you! :D kita sama-sama share pengalaman.
aku yg selalu wat gitu
*senyappp tetiba
hah
rimas kott
hari2 jumpe,msj,miskal,call,ym,skype
arghhhhhh xde privacy!!!!!!!!!
apahal kena keluar ngan kwn2 perempuan jugak? mamat tu boleh plak keluar ngan jantina pelbagai. Aku balas mcm apa yg dia buat..dia keluar ngn ppuan, aku keluar ngn jantan. puas hati.
susah nk mengerti kaum lelaki ni..
bila berterus terang macam ni perempuan akan paham....n bagi diorang masa....
so pendek kata berterus terang
cara tu xkn berkesan pun. in fact, boleh mmbuatkan si gadis rasa mcm si guy tu tgh buat ayat breakup plak nnt. xsuma guy pandai meluahkan perasaan melalui kata-kata.
yes.. u all akn ckp "ape yg susah.just speak up sincerely je kan" hell no! gadis ni emosinya berbagai-bagai.falsafahnya pun pelbagai.jadi cara penerimaan mereka pun xsama.
ada gadis boleh terima ayat "sorry,abg kena amik time sikit utk spend masa utk diri sendiri.hope ayg phm.just a little time.love you' while some of them akan ckp, "what the fuck,ayat simple cmtu jer? xde dah ayat bunga2 sikit,kurang-kurang jaga laa ati aku sikit" pulakk!!
see, dats why, ada baiknya baca dan hadamkan saja ape yg The Bent Pencil ni postkan. agreed 1000%
Sorry to hear that your lover cheated on you. The truth is, when people wanna cheat, they will cheat--cooling period or not. Cheating is not an accident, it doesn't just happen. ia berlaku bila si kekasih ada desire kepada orang lain selain anda.
entri ni fokuskan kepada healthy relationship yang tetibe ada cooling period. I mean lelaki tu tak suka ke siapa-siapa pun, tapi dia nak cooling off. certain people ada private time dia sendiri. kadangkala sehari, kadangkala sejam, kadangkala boleh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
I guess in this case, we should put our best trust, respect their space and let them be, right? :)
Die ckp macam tu ketika i sangat2 perlukan die
How eh
Online ada x?