Falsafah Cinta.


Her:  He no longer cares about you IF he performs the disappearing act, has no regard for your feelings and it becomes all about him.

Me: kalau ikut buku John Gray, bila dia buat disappearing act tu tandanya dia nak cooling period kejap, bukan tanda tak sayang.

Her: kalau takde angin takde pokok goyang, hilang, acane?

Me: biasanya macamtu. Susah nak explain tapi tu sifat smulajadi lelaki. 


Begitulah perbualan maya saya pagi tadi dengan seorang rakan perempuan. Ya, ni situasi yang agak common bagi orang bercinta dalam jangka masa panjang. Mula-mula percintaan memang indah. Lelaki sayang, perempuan sayang. Berkepit sana-sini. Tidak henti-henti bermesej, chat, video call dan sebagainya. Kemudian lepas beberapa ketika lelaki menjauhkan diri. Kurang reply calls, chat dan tweet. Sentiasa mengelak untuk menghabiskan masa bersama. Bila ada masa terluang, lebih cenderung lepak dengan kawan-kawan, saudara, ataupun berdiam diri main game dalam bilik. Si gadis pun mula rasa pelik. Adakah dia tak sayang?

Well, selagi dia tidak mencurangi anda dengan gadis lain, jangan risau, sebenarnya dia masih sayang!

Kalau anda pernah membaca buku bestseller “Menare from Mars Women are From Venus” karya John Gray, anda mungkin akan faham ini perkara biasa dan dijangka. Bak kata falsafah cinta beliau, “men are like rubber bands. When a man loves a woman, periodically he needs to pull away before he can get closer.”

Lelaki itu macam gelang getah

Sama ada si wanita ada buat salah ataupun tidak, si lelaki akan tetap juga akan menjauhkan diri sejauh-jauhnya. Ini kerana lelaki mempunyai keinginan untuk merasa bebas dan autonomi (tanpa kawalan sesiapa). Bila sudah cukup puas bersendirian, menjauhkan diri; tiba-tiba dia akan datang balik dan menagih cinta si wanita kembali. Malah dia mungkin lebih romantik dan mesra!

Ni sah PMS.
Bagi orang perempuan, benda ni nampak suspicious. “Mesti ada apa-apa ni. Mesti ada orang yang lain, mesti dia tak suka aku...bla bla...” especially bila time dia menjauhkan diri, dia memang “jauh” betul. Nak ajak bercakap, taknak. Bila ditanya sayang ke tidak, sayang! Tapi bila ditanya lagi, terus marah, terus gaduh besar.  Haish!


Tapi begitulah lelaki. Nak tahu tak, lelaki ada problem sikit bab “feelings” ni. Tak semua boleh buat luahan rasa macam perempuan. Malah dia pun tak tahu macam mana nak describe masalah dia, yang dia tahu, nak cooling off kejap. Tenangkan diri kejap. Yelah, asyik jaga hati si awek—manja-manjakan dia, dengar luahan dia, dengar bebelan dia, pujuk-pujuk dia, layan PMS dia, si lelaki lama-lama rasa macam dah hilang sense of self (jati diri).

Dia nak menyendiri untuk jaga hati dia pulak. Bak kata John Gray “to feel autonomy again”. Gitu.

“Awak, kenapa taknak cakap? Tak suka saya eh?”

Perempuan sukar untuk menerima perubahan mendadak si pasangan. Apatah lagi jika dia sendiri pun tak dapat explain.  Tapi, janganlah buat perkara-perkara berikut kepada lelaki anda yang sedang dalam tempoh “cooling off”:

1) “Mengejar” lelaki itu sama ada secara fizikal, emosional atau mental. Fizikal—kalau lelaki tu pergi menyendiri dalam bilik ke, pergi road trip ke, duduk mamak sorang-sorang minum teh tarik ke, anda ikut walaupun tak diundang. Mental—main psikologi dengan menarik muka, jadi attention seeker, buat-buat curang dan lain-lain. Emosional—risau, asyik tanya macam-macam, desak dia bercerita, tuduh dia macam-macam, buat drama. Ataupun terlebih caring macam overly attached girlfriend.
Googled up OAG memes. Now cannot sleep. #badluckbrian

2) “Menghukum” lelaki itu apabila dia kembali. Secara fizikal, emosi dan mental. Secara fizikal (ni kes orang berkahwin la), bila ajak ehem terus dia taknak. Kalau belum berkahwin, bila dia buat benda romantik contohnya bagi bunga, anda tongsampahkan. Anda tak mahu berjumpa dengan dia, layan call dan mesej dari dia. Secara emosi pula, anda menyimpan dendam dan memberi dia silent treatment balik. Dari segi mental, anda menjadi dingin dan perahsia dan tidak percaya pada dia.

“Tak ada apa-apa, jangan risau.”

Pada masa “menyendiri” ni, lelaki memang menjadi senyap. Bukan benci ke apa, cuma dia tak ada apa nak cakap. Pada masa ni janganlah buat perangai lama, merajuk dan suruh dia “teka” perasaan anda. Contohnya anda ada masalah di tempat kerja. Janganlah datang dekat dia dengan muka monyok, expect dia meluru dan tanya “apa masalah sayang? Ada orang buli sayang ya? Meh sini abang slugger kan dia!” Most likely  dia tak akan perasan dan anda pulak makin merajuk!

Dia punya telinga ada sistem penapisan, noks. {sumber gambar}

Walaupun dia tak cakap apa-apa, cerita je lah. Kalau dia tak respon sangat, atau respon sepatah dua, rilek je. Fahamkan yang dalam tempoh kritikal ni, dia memang tak ada apa nak dicakapkan. Kalau dia cuma respon sikit je pun, ucaplah dengan ikhlas: “thanks abang, sudi dengar.”Biarlah bila bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding sekalipun. Mungkin sekali bila dia kurang tertekan, dia akan mula open up dan bercerita pula.

Kalau risau sangat tentang dia, mungkinlah boleh tanya kawan-kawan dia sikit, atau stalk dia sikit (jangan sampai kantoi kat dia sudahlah). Kalau dia cuma sekadar lepak dengan member atau layan main game, biarkanlah dia. Inilah masanya untuk anda pula ambil masa untuk diri sendiri. Pergilah call kawan-kawan perempuan, ajak shopping ke, spa ke, tengok movie jiwang ke. Tak payah risaukan dia, dia ok.

Ingat, bahawa lelaki ni bukan macam perempuan. Kaum hawa kalau ada masalah memang suka story-mory. Lelaki suka senyap setel sendiri, melainkan dia nak kena pinjam duit (biasanyalah). Tapi perempuan kenalah percaya, yang letting go si lelaki adalah untuk kebaikan bersama. Bukankah orang pernah kata “if you love something let it go, if it comes back it shows, that how you knows, it’s for keeps.” 

Eh tu lagu Christina Aguilera! 
Sekian saja untuk pagi ini daripada saya kepada anda. Maaf kalau panjang sangat. Ini adalah untuk kemudahan siapa-siapa yang belum baca buku John Gray. Seriously, jika anda mahu berkahwin atau memanjangkan hubungan percintaan anda, atau hanya sekadar nak memahami orang lain jantina, ini buku untuk anda. Assalamualaikum dan Chalo!

Ulasan

Zinedine Zaiddin berkata…
Saya setuju. Tapi mostly pompuan akan terasa yang laki dia dah x sayangkan dia...then mula la meroyan2
fifie berkata…
Pernah buat macam tu. Pernah mengejar bila si dia tiba-tiba senyap. Memang suspicious gila, pelik pun ada. Tapi sejak dah matang nie jarang nak layan sangat pasal negatif feelings nie. Cemburu tak percaya letak tepi.
Anisa Hang Tuah berkata…
Hehs

senyap
main game
menyendiri
menjauh
datang balik
makin romantik

sebijik perangai bopren gua

kakakkaah

nyway

suke entri ni

bagi buka mata-fikiran luas-luas

yeah!
ERMA HARIFUDDIN berkata…
saya dah baca buku dr John cray tu,dan saya menambah pengetahuan lg dgn mmbaca buku "think like a man act like a lady". Hasilny sy dapat mempelajari lbh baik lg akan perangai seorg lelaki. Sangat2 berguna.. dan akhirny hubungn saya dgn dia skrg alhamdulilah masih terjalin walaupun dalam jarak yg jauh dan skrg kami akan bergerak ke lebih serius pd thun depan,InsyaAllah..pesanan sy,dua buku ni patut dibeli,dibaca dan dihayati bg setiap wanita yg inginkn hubungn berpnjgn..
Siti Nj berkata…
Dan penanda aras utk lelaki, ego tu tolak sikit 2 tiang kalau dah betul sayang, apa salah berbagi masa dan bertolak ansur. dan senyap bukan penjamin si dia boleh faham semua benda.
insta: lea_na_nur_ berkata…
HAHAHA!

xtau nk ckp ape. nice entry. tp kan, sy dgn bf sy tuh, die yg kerap ckp iloveu kt sy. sy ckp yelah, k k k.

tp die tahu sy syg die walaupun sy ego. err. mgkin sy yg ptt jd bf die. err?

sbb sy xreti msk, tp bf sy reti. ahhaa!
fieq berkata…
kalau mcm tuh, apa yg perlu buat??xpyh call or text lgsung bf kita ke?
nEuR0 shEwAzni berkata…
based on my experience > benda ni akan berlaku 3 bulan selepas anda berkapel . bulan ke 4 ke atas dia dah mula menjauh . (masa ni memang aku dan dia gaduh besar, tapi dia manyak saba)

lepas tu dalam bulan ke 6 ke atas , dia akan normal balik . hingga lah sekarang , dah 2 taun 1 bulan . jarang mesej jarang call tapi memasing faham bizi keje (nak kawin :) )
Pateh Adnan berkata…
amboi. kalau aku, aku yg selalu buat yg biase lelaki buat. tapi naseb balak aku setia. hahaha

ONLINE SHOP!!
jom terjah entri baru tengok ade ape kat online shop ni!!

http://patehadnan.blogspot.com/2012/08/cuci-cuci-mata-farazizs-shop.html
Wow. This is very informative! I'm having the exact situation now.

Btw, boleh tanya sikit, selalunya cooling period lelaki ni berapa lama ya? Any info on this? Atau siapa2 ada pengalaman, boleh share? Thanks!
-fiexa- berkata…
i remember last time when i let him alone (because i tot it's his cooling period)he cheated on me. he dating his ex-gf.
maksurozana berkata…
gua tak peduli! gua nak dia layan gua sama dari mula ngorat sampai la mati. kalau gua boleh buat benda yang sama kenapa dia tak boleh?

pui.

geramnya.
Faraa Kucas berkata…
apsal entry ni tak kuar awal-awal dulu?
Qasyh najihah berkata…
dulu ms dgn dia aku taktau pon psl 'cooling period' ni smpi laa aku break up dgn dia sbb salah phm dia dlm tmpoh 'cooling period' ni. After break up and being single till now byk bnde aku bljr dr buku john gray and terfaktab crew and byk jugak eksperimen yg aku dah buat.Alhamdulillah makin matang ni dh phm tntg cooling period n hope r/ship yg akn dtg x blaku lg spt dulu hikhik :)
TheBentPencil berkata…
Thanks for reading guys n girls!

@Zinedine:
memang. sebab dalam dunia org ppuan, kalau sayang kena tunjukkan.

@fifie:
kan? kita kena ingat dia pun ada life dia juga. selagi dia bukan berkepit dengan awek lain ke, biarlah dia ada alone time sikit.

@Anisa:
hello regular reader! :D
bila kita dah biasa dgn pattern ni, kita layankan saja.

@Erma:
true. even kawan saya yang perkenalkan buku ni dulu, dia dah sampai ke jinjang perkahwinan. dah ada anak dah.

@Siti Nj:
Ah, ada juga dia sebut pasal tu dalam buku ni. Kepada lelaki, even takde mood pun nak bercerita, bersayang-sayang, beromantis, at least jadi pendengar setia. Dengar je. Perempuan suka orang dengar apa dia cakap. kan?

@Usagi:
Ada in some cases, perempuan perangai macam ni, lelaki pula perangai macam perempuan. Kalau baca buku tu, kena baca terbalik. haha!

@fieq:
bukan xyah call atau teks langsung. give him some space. sekali sehari tanya khabar oklah. setakat nak tau apa dia buat hari tu. kalau dia enggan keluar dating/teman gi jalan-jalan dengan anda dan lebih rela duk rumah, jangan marah. cari kawan-kawan perempuan lain utk spend time.

@neuro:
yep. ikut jenis orang. pengalaman bercinta/cara didikan family akan pengaruh tempoh "rubber band" ni. tapi pada pendapat saya, yang jenis kurang kasih sayang@tak pernah bercinta, tempoh "rubber band" dia sangat lama...

@Pateh Adnan
You are the woman from Mars! *terbalik* haha

@Nur Aqilah:
rujuk jawapan si neuro di atas.

@-fiexa-:
I'm sorry to hear that. but as I say above, "love something let it go, if it comes back, it shows that the love is real."

@Maria N:
perempuan dgn lelaki cara pikiran dia lain. camni, bayangkan emosi tu macam air. kalau perempuan, emosi dia mungkin boleh penuh satu tong dram. tapi kalau lelaki, kapasiti emosi dia sikit, mungkin besar botol Spritzer je. setiap kali kita layan orang, emosi tu kita alirkan keluar sikit-sikit. sebab kapasiti emosi si lelaki sikit, dia cepat abis. Bila dia abis, tu yang dia gi refill tu. caranya ialah dengan menyendiri dan ada "me time". gitu.

@Qasyh najihah:
thank you! :D kita sama-sama share pengalaman.

dee berkata…
solution utk masalah aku. ahaks. tengs!
AkuBukanLelaki berkata…
heh
aku yg selalu wat gitu
*senyappp tetiba

hah
rimas kott
hari2 jumpe,msj,miskal,call,ym,skype

arghhhhhh xde privacy!!!!!!!!!
jaY berkata…
"Pergilah call kawan-kawan perempuan, ajak shopping ke, spa ke, tengok movie jiwang ke. Tak payah risaukan dia, dia ok"
apahal kena keluar ngan kwn2 perempuan jugak? mamat tu boleh plak keluar ngan jantina pelbagai. Aku balas mcm apa yg dia buat..dia keluar ngn ppuan, aku keluar ngn jantan. puas hati.
Ryrin Natasha berkata…
ehem... if kite bg si bf tu cooling period nnt terover plak dia nyer cooling period tu.. tgk2 dok pergi cari gf baru.. adoi. ;p

susah nk mengerti kaum lelaki ni..
Nadirah berkata…
I like the way u put words in a well managed sentences.. X kelam kabut and x complex.. Love this post.. :)
Unknown berkata…
bila boyfie diam..xreply msg..saya as perempuan sy tak curiga..sy diamkan juga..hati kuat kata dia tengah bz..and maybe nak spend time dengan kawan2 dia..sebulan..2 bulan...3 bulan..dan bulan2 berikutnya...lastly ditinggalkan si perempuan ini.... dan si perempuan ini makan hati..makan hati..terkilan..dan terus terkilan....sampai dah tak ada apa rasa yang hendak dikilankan..
Luna Nisa berkata…
kenapa tak tulis entry ni setahun yg lepas..kalo x mesti r/ship ktorg dpt diselamatkan..kan cooling period bole jadi salah faham dan menuju breakup..hahaa..whatever, everything happens for reason!
Luna Nisa berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
paling terbaik...lelaki tu berterus terang.....bagitau perlukan masa untuk bersendirian atas sebab2 yang xdpt diberitahu dan apa yang dibuat semua ni bukan bermakna xsyg atau ada perempuan lain...

bila berterus terang macam ni perempuan akan paham....n bagi diorang masa....

so pendek kata berterus terang
OmmaWany berkata…
eke? aiseyy aq kena beli buku nie..ada lg x??? kt bookstore like mph ke blh dpt? kesian bf aq..aq slalu mrh2 dy lw dy acting cm 2...p dy byk bersbr..ishh nk kna pujuk dy blk nie..heheh
Syuhada berkata…
Gua ade beli buku ni semata-mata sebab Ayah Gua suruh beli - sebagai persediaan ke alam perkahwinan katanya, hew hew hew~
Unknown berkata…
gadis kampung separa bandar..

cara tu xkn berkesan pun. in fact, boleh mmbuatkan si gadis rasa mcm si guy tu tgh buat ayat breakup plak nnt. xsuma guy pandai meluahkan perasaan melalui kata-kata.

yes.. u all akn ckp "ape yg susah.just speak up sincerely je kan" hell no! gadis ni emosinya berbagai-bagai.falsafahnya pun pelbagai.jadi cara penerimaan mereka pun xsama.

ada gadis boleh terima ayat "sorry,abg kena amik time sikit utk spend masa utk diri sendiri.hope ayg phm.just a little time.love you' while some of them akan ckp, "what the fuck,ayat simple cmtu jer? xde dah ayat bunga2 sikit,kurang-kurang jaga laa ati aku sikit" pulakk!!

see, dats why, ada baiknya baca dan hadamkan saja ape yg The Bent Pencil ni postkan. agreed 1000%
bLaCk | maWaR berkata…
o shit...time baca nie berair mata sbb tringt balik n benda ni mmg kerap jadik n totally 101% mcm writer describe...ggggrrrr...geram!3 pui3
TheBentPencil berkata…
Thanks girls/guys for reading (again):)

Sorry to hear that your lover cheated on you. The truth is, when people wanna cheat, they will cheat--cooling period or not. Cheating is not an accident, it doesn't just happen. ia berlaku bila si kekasih ada desire kepada orang lain selain anda.

entri ni fokuskan kepada healthy relationship yang tetibe ada cooling period. I mean lelaki tu tak suka ke siapa-siapa pun, tapi dia nak cooling off. certain people ada private time dia sendiri. kadangkala sehari, kadangkala sejam, kadangkala boleh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

I guess in this case, we should put our best trust, respect their space and let them be, right? :)


adnzh berkata…
Aduh, baru gaduh pasal benda ni -_- ni kes, dia pergi text perempuan lain time cooling time, ha yg tu camna pula ? Text siap pernah ngaku dia start sayang perempuan tu.
adnzh berkata…
Aduh, baru gaduh pasal benda ni -_- ni kes, dia pergi text perempuan lain time cooling time, ha yg tu camna pula ? Text siap pernah ngaku dia start sayang perempuan tu.
Cooling period dia (boyfie) dah habis! Thanks to this entry which I read on 29 August ;) Seriously membantu gila. Hubungan pun dah selamat, Alhamdulillah hehe. Thanks again TheBentPencil. I even bought the book by John Gray to understand both sexes better. Thanks again :')
cik puteh pucat berkata…
tambah lagi info dengan baca buku drp STEVE HARVEY, ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN
seorangAku berkata…
tapi kalau senyap smpai 4bulan= goodbye bukan.hahaha
Unknown berkata…
Same thing goes to me. I give him time to cool himself. But then he look for another girl. Now ktorg dah clashed.
mr f berkata…
Agreed!!! Even bnda kecik mcm ni ppn xfaham. Mengamuk. Meroyan. Provoke xhenti2. Smpai boleh dia yg mntx putus? Watdefak. Dua kali bhai. Mana xpanas. Mcm brg mainan lak laki ni. Nk mengadap dia 24hrs. Lek sudah. Bila dh putus merengek nk smbung. Xsempat nk decide sambung, dia meroyan sekali lagi. Kata dh ada pompuan lain la. Dah baik dgn crush zaman college la. Halooooo. Adoiiiii letih. Skunx dh seharian dia xcontact. Letih letih letih aku.
missybelle1393 berkata…
semalam aku call pakwe aku dekat 40kali dia tak angkat. hapdet status main dota ngn geng dia. wadepak? aku tak tahan, aku gugel trus jumpa entry ni. mentang-2 voucher buku da dapat, trus aku blah gi popular. rembat buku John Gray nie. hahaha. harap2 nie cooling period dia la. harappppp sgt...........
Unknown berkata…
Die cakap need a space untuk belajar agama.
Die ckp macam tu ketika i sangat2 perlukan die
How eh
Unknown berkata…
aku lg la dia masih marah kan aku reply pon x kol x angkat.. aku cume nak bantu dia je... dekat seminggu dia ignore aku,, ase sedih la gak.. da org xnak kat kita terpaksa redha aje la...
Lullabies berkata…
Buku ni dalam bahasa inggeris ke?
Online ada x?
Lullabies berkata…
Nak tanya kalau dalam tempoh cooling down tu... saya dah terkejar n terhukum dia... n hubungan pon makin teruk... ada x solution nak pulihkan hubungan... harap ada yang membantu
Tanpa Nama berkata…
Dia block call n whatsapp saya...ttba ajak kawan..katanye dia xnak ade ape2 perasaan...setiap kali ade masalah dgn kakak or kwan2 dia..dia akan sndiri..akan jauhkan diri..harini dah 16 hari..sy bagaikan nk gila..ape ptt saya buat...bila stalk or tnya kawan2..dia marahkan saya balik..
Unknown berkata…
sebijik mcm perangai pakwe saya sekarang.dia mula jarang cntct.mula la saya fikir bukan² kekadang.haha.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.